Nuffnang ads

Tuesday 30 June 2015

(Day 21)Single Woman 30-days Blogging Challenge




Hai and Ramadhan Kareem people.


Okey ni yang cover untuk hari ni. Sebab nak betul betul 30 hari kan.

Tajuk entri ke 21 pelik sikit tau. Macam tak masuk langsung dengan aku. The heck.



So aku nak tukar sikit tajuk dia. Don't care suka hatilah blog aku.



Voice out the quotes "no boyfriend no problem". ( Ni aku reka sendiri)


Okey sebagaimana yang sedia maklum bulan ni cukuplah setahun status memegang status janda berhias. Eh silap silap status single forever alone. Wuish bangga gila dah setahun tak couple,single.

Masa mula mula break up mak aku perli "mesti tak sampai 3 bulan mesti baik balik"


Takpun abi aku akan cakap " dah ada orang? Takkan single lagi kot?"


Yes. I am single forever alone. Tralalalala


Sebenarnya kan, aku tak single pun. Maafkan kenapa menipu kalian.




Huhu emo kejap.

Bagi aku lah. Boyfriend ni kira macam permintaan je not the keperluan


Faham dak? Hoi susah betul tak ambik ekonomi ni. Ceni. Kalau 'permintaan' ni kalau ada takpe, kalau tak ade pun takda. TAK PENTING.


Kalau 'keperluan' pulak memang keutamaan. Tanpa tu susah lah kita. As student kita kena ada duit. Kalau tak ada duit cane nak beli buku, beli makanan beli alat tulis nak shopping baju lagi buku fixi lagi. Eh silap hahaha haa macam tu lah keperluan.



Nampak tak the big difference between these matter.


Ha bagus!


Aku tak kata lah boyfriend tu tak diperlukan ke apa sebab everyone has his/her own opinion and we should respect it. Maybe dia couple sebab keluarga dia berpecah belah and kawan kawan dia pulau dia ke. Takpun lelaki tu guide dia jadi yang lebih baik. Don't judge a book by its cover.


Tapi kan bagi aku (baca:untuk aku SAHAJA) serius aku rasa aku tak perlu kot boyfriend. Sebab dah matang dan ada tempat untuk berpaut so angin kencang ribut taufan datang inshaAllah dengan izinNya kuat lagi untuk berdiri di atas kaki sendiri.


Kalau dah tahu life aku cane, aku ada seorang member yang boleh aku main bengong bengong tau dengan dia. Sampaikan kalau aku otp kan, family aku dah tahu dah aku otp dengan siapa.


We share a lot of stories. Laugh together and spend time every day.


If laa you guys ada kawan yang boleh main geli geli sampaikan kau kutuk dia kaw kaw dia steady je hold tigh onto her. You must know she's the one. Believe me.






Masa ni aku terharu gila sebab dapat gambar bulan. Acah acah sweet lolol terharu iolls.







Gedik gila. Tapi best weh. Sebab kalau aku cerita pasal sesuatu mesti dia akan layan je. Nak nak part crush ker jumpa mamat handsome tepi jalan ker takpun penjual kuiz dekat bazar yang handsome comel santun tu huish seronok bercerita. Aku call memang akan angkat 24 hours sebab dia tak layan games. Tak suka bola sepak tapi suka membaca suka masak suka makan. Food hunting is our hobbies.


Serius kalau aku nak cari suami aku nak yang versi Bat. Mesti life aku heaven gila. Sanggup layan karenah aku 24/7. Bat romantik sawit sampai diabetis pastu baik pandai buat kerja rumah lovely adorable semua lah.


Lagi apa eh yang aku suka ada dekat bat. Entah lah susah nak describe. Aku pernah cakap dekat bat if laa one day aku nak kahwin suami aku mesti sebijik perangai dengan mu bat.


Moga kami ke Shah Alam.




So no hal lah kan kalau tak ada boyfried.


Dear future, kita jumpa tu biarlah saat yang tepat. Kita dah saling berjaya. Kita dah matang dan dah faham tanggungjawab masing masing. Masa tu awaklah yang paling saya cintai.

Tak leh panjang panjang.

Surat untuk future panjang panjang entri ke 30 nanti. So guys happy moreh. Love you guys. Happy reading and thanks for reading my blog!

(Day 20)Single Woman 30-days Blogging Challenge




Ramadhan Kareem !

Pelik pulak aku dah tanda siap siap dalam kalendar tetiba ada jugak hari yang miss. Aku yang nyanyuk or memang sistem ada masalah. Hmm I just wonder.

Ni baru siap berbuka semua. Then berehat kejap before masuk Isyak kan.


Satgi nak iron baju kerja abang ipar aku pulak. Baju Husna dan baby lagi. Noi cakap aku macam bibik tapi nak buat cemana nanti aku pergi sambung belajar kakak aku yang tanggung aku belajar so kena la berkorban tenaga sikit. Dekat degree nak mintak duit dengan siapa kalau bukan dengan kakak aku.


Describe your most difficult breakup and what you learned from it.



Aku malas nak ingat apa yang jadi, tapi apa yang aku belajar dari dia adalah:


Friendzone adalah perkara paling selamat. Walaupun dia dah confess ke apa ke jangan berharap sebab confess tak semestinya you're the one. Jumpa parents set tarikh kahwin tu baru betul.


Then, jangan terlalu mudah berharap.

And, if dia tengah berusaha nak move on dari sesiapa terus jauhkan diri. Mungkin dia cuma cari seseorang untuk atasi feeling dia. Bila dia dah okey sekelip mata dia boleh blah.


Dan jangan sesekali tinggalkan kawan untuk boyfriend or girlfriend.



Bai.

Sunday 28 June 2015

(Day 19)Single Woman 30-days Blogging Challenge




Ramadhan Kareem gais. It's already 2. 20 am in the morning and I still can't sleep because there are so many thoughts running through my useless mind.


Just another sleepless nigh.


Tadi gigih aku buat nota dekat junior. Tak tahulah kenapa rajin sangat taip semua nota tu padahal tak perlu pun. Tapi mungkin sebab dah tak tahan kan nak mereput kat rumah lelama tanpa aktiviti yang berfaedah so aku buat jela.


Dah baring atas katil then terkelip kelip macam orang separuh nak mati. Dah sejam aku cuba tidur tapi macam takde hasil langsung. Pity me okay. *cries.

Satgi mesti Batrisyia bising cakap nak tidur tapi takpun. Heh


Pastu aku bukak lah laptop sebab dah takde apa nak buat sangat.


What is something about you that people would be be surprised to learn?



Aku manusia yang tak tidur malam.
Kalau aku tidur awal tu mesti aku tengah tak sihat. Dan rahsia berat aku jatuh mendadak sampai tak cukup 50 kg adalah disebab aku tak tidur malam. Badan tak sihat langsung.



Aku boleh makan nasi walaupun tengah malam tanpa risaukan aku akan gemuk.
Selalu kalau aku ngadu dekat Bat aku baru siap makan nasi jam dah pukul 1 pagi mesti dia akan jerit "the heckmu!!!!"
the life of asmaa akmal memang cenii

Aku jenis bising gila kalau kau dah rapat dengan aku. Takpun kalau aku rasa selesa nak borak dengan kau.
Sebagai manusia yang bernama asmaa bising dan unsoundness of mind itu berpisah tiada. Hari tu Boyan call aku, pastu dia terperanjat bila otp dengan aku sebab aku terlalu lah bising dan dia cakap wei kau ni bising gila. Sebab tu lah aku tak suka otp sebab bahaya nanti semua sakit jantung.





Yang ni last.

Pikir sendiri.



Selamat bersahur gais.

Saturday 27 June 2015

(Day 18)Single Woman 30-days Blogging Challenge




Ramadhan Kareem guys. Dah 10 hari kan kita puasa.

Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah. Syukur kepada Illahi kita masih berpeluang meneguk setitis air bagi menghilangkan dahaga setelah seharian berpuasa.


Aku tengah skype dengan Bat. Dia tengah update blog jugak. Do visit her blog here. You'll know more about her.


Sebenarnya aku nak tidur. Dah masuk dalam toto. Dah wish goodnite dekat Bat dekat kesayangan semua. Then aku otp dengan Bat pastu Bat ajak skype lalu kami pun berskype dan maka gagallah impian aku nak tidur awal malam ni.



If you could have a conversation with yourselves in high school, what would you say?


First aku nak cakap jangan couple. Nanti menyesal.


If laa masa boleh diundurkan aku taknak terima sesiapa pun dalam hati aku. Aku nak friendzone semua orang. Aku tak kata lah aku menyesal dengan apa yang terjadi but if laa kan masa tu boleh diundur tu aku nak diri aku mengharungi segala suka duka seorang diri,


Pastu, aku nak pesan lagi. Jangan PERCAYA  dekat sesiapa pun.


They don't deserve it.



Ha lagi aku nak pesan, jangan bersedih if takda kawan kerana akan ada jugak suatu hari nanti. Cuma sabar sikit. InsyaAllah akan ada pelangi selepas hujan.


Yang paling penting, kalau dapat panggilan ke mana mana pergi je. Jangan ikutkan kawan. jangan ikutkan hati sedih. Semua tu akan hilang.


Tu je la kot antara yang aku nak perbetulkan masa dekat sekolah dulu.



Tapi aku percaya redha pasrah sesuatu yang terjadi adalah di atas kehendak Dia. Dan mungkin kalau aku tak alami semua tu mungkin aku tak akan jadi aku yang sekarang.



Namo namo ingat perkara lepas okey asmaa.


Stay strong !

Friday 26 June 2015

(Day 17)Single Woman 30-days Blogging Challenge




Morning Gais. Salam Subuh!

Oh lupa trademark aku. Ramadhan Kareem gais.


What are your spiritual beliefs and how do they impact your relationship/ friendship status?

Topic about friendship makes me sad. Even tho I already have some people in my life that  I can call best friend or soulmate but sometimes it's really hard to say I love you because I think everyone will leave me one day.


I have a bad nightmare in my high school which leaves a big scar in my heart. I cannot trust people easily. Some says what change people is a broken heart.

You know,

It is so hard to find a good friend. A friend that you can tell them everything. Protect you and keep your secret. Protect means if your enemies attack you or spread bad rumours about you, a friend will them " oh please ask herself. Never believe any rumours. "



I remember this moment. When some people talked about me and someone in UiTM a friend that really loves me told them bravely. "I don't know about the thing. Please ask asmaa herself. I cannot give any explaination."


And when people started to believe the rumours, she told the clear situation so the people will understand the whole story.


Ah I forgot to mention. A guy came into my life and my friends did not give their bless about my relationship. Then I chose to leave him. And suddenly the guy told her something about me. You know what, she asked me about the truth herself.


Proud to have you in my life.I am the luckiest girl in the world.



Since then, I trust her and tell her everything.



Friendship isn't about whom you have known for the longest. It's about who came and never left your side.


I really believe that in order to get the real friend you must be the one first.





I really have many bad stories where people stabbed my back when I trusted them. To them it was a small matter but a back stab is the thing that I can't forgive.



To all beloved angels. I really love you guys. No matter how strong I am , but I am meaningless without you.






Told ya, friendship is the sweet thing that refreshes the soul.


Happy fasting and put on your smile. Stay pretty !

(Day 16)Single Woman 30-days Blogging Challenge




Ramadhan Kareem.



Ni hari ke 16 untuk yang hari ni. Yang post ke 15 sebab cover yang tertinggal.


If you planted a time capsule rn of your life to be opened in 20 years, what would be in it?



Lawa tak time capsule aku.

Okey sekarang umur aku dekat 20 dah. 19 tahun 3 bulan dah,


Kalau tambah 20 years lagi weh dah tua dah. Umur aku kira dah around 40 la kan. Tak sia sia aku belajar math selama ni.



Okey aku rasa masa tu aku dah kembali kepada penciptaNya.

Serius weh sekarang ramai muda remaja baya aku yang meninggal. Kawan batch aku yang aku kenal dah 3 orang meninggal. Tu tak campur lagi yang asyik masuk newspaper. Yang meninggal semua baya baya aku je.


Bersyukur boleh harungi 30 hari Ramadhan kali ni dengan family setelah di rantauan kan. 5 tahun di asrama setahun di asasi. 





Ayuhlah kita ambil masa sejenak. Merenung dan bermuhasabah.


Kepada kawan kawan aku, if la aku pergi dulu, deactivate semua acc sosial aku. Pasword aku korang semua tahu kan. Ni amanah tau untuk korang. Please buat if korang sayang aku. Terima kasih!


Masa tu jugak aku nak tengok siapa yang benar benar berada dalam kesedihan lepas aku takde. Siapa yang berbisik dalam hati dia " seandainya asmaa masih ada"


Dan siapa yang bakal hadir di pengebumian aku. Kucup dahi aku kali terakhir.


"Kita mengharapkan jodoh  yang datang dulu tertunggu tunggu. Tapi kita lupa kematian itu juga satu jodoh."


Serius zaman sekarang tak perlu lah nak fikir jdoh sangat. Terlalu banyak perkara dan amanah yang masih belum terbuat.


p/s: Aku sayang korang semua.



Tatata.

(Day 15)Single Woman 30-days Blogging Challenge







Ramadhan Kareem.


Dah kenyang berbuka? Makan apa je? Moga kenyang dan bersyukur selalu.


Aku berbuka minum sirap bandung je kot sebab tekak tak selera nak makan. Mulut rasa payau pahit je. Ni mesti kesan demam sikit sikit pagi tadi.


Narrate a conversation between you and someone in your life who you never had closure with. What would you say?What would they say? What outcome would you hope for?

Topik ni sedih gila kot. Menghiris perasaan yang makin dalam.



Malas nak cakap panjang. Tapi aku nak tujukan lagu utuk seseorang tu.


"Amnesia"

I drove by all the places we used to hang out getting wasted
I thought about our last kiss, how it felt, the way you tasted
And even though your friends tell me you're doing fine

Are you somewhere feeling lonely even though he's right beside you?
When he says those words that hurt you, do you read the ones I wrote you?

Sometimes I start to wonder, was it just a lie?
If what we had was real, how could you be fine?

'Cause I'm not fine at all
I remember the day you told me you were leaving
I remember the make-up running down your face
And the dreams you left behind you didn't need them
Like every single wish we ever made
I wish that I could wake up with amnesia
And forget about the stupid little things
Like the way it felt to fall asleep next to you
And the memories I never can escape

'Cause I'm not fine at all

The pictures that you sent me they're still living in my phone
I'll admit I like to see them, I'll admit I feel alone
And all my friends keep asking why I'm not around

It hurts to know you're happy, yeah, it hurts that you've moved on
It's hard to hear your name when I haven't seen you in so long

It's like we never happened, was it just a lie?
If what we had was real, how could you be fine?

'Cause I'm not fine at all

If today I woke up with you right beside me
Like all of this was just some twisted dream
I'd hold you closer than I ever did before
And you'd never slip away
And you'd never hear me say


'Cause I'm not fine at all
No, I'm really not fine at all
Tell me this is just a dream

'Cause I'm really not fine at all


If laa masa tu boleh diundurkan balik. Serius aku nak tanya apa salah aku? Dan jika lah masa tu boleh bagi aku peluang sekali lagi aku akan turun pergi jumpa kau. 

Dan aku harap kita jadi macam dulu. Bukan macam kawan dan bukan macam orang asing. Kita tengah tengah. Kita boleh saling share cerita macam dulu sambil makan hot and roll.



Tapi, bak kata Bat. "Dia boleh bahagia tanpa kau kat sisi mak"


The Ultimate Love: 
Kau lepas kan dia kerana kau cukup tahu bahawa dia tetap akan bahagia walaupun tanpa kau. Aku doakan kau bahagia. Aku tak mampu dah nak kejar kau. Walaupun hati aku still tunggu kau tapi apa yang jadi biarkan saja. Aku tak yakin kita ada jodoh. Dan aku tahu kau bahagia. 



P/s : Jangan lupa jemput kalau kahwin!


Wednesday 24 June 2015

(Day 14)Single Woman 30-days Blogging Challenge





Ramadhan Kareem hollla holla people!


Malam ni berjaga sebab tak boleh nak tidur. Act, aku dah nak tidur tadi sesama dengan Bat konon suwit laa buat loudspeaker then tertidur sesama.


Then aku teringat laa aku ada promise dengan Encik Jordan nak wish Happy Iftar dulu baru tidur.


Kemain.


Then aku call la Bat. Bak kata orang setelah seharian malam barulah tanya khabar apa cerita hari ni kan. Tapi aku dengan Bat setiap masa ws pastu malam otp lagi.


Tet talian terputus.


Then Bat tak online dah. Maybe masalah internet.



So aku pun tanpa fikir panjang call laa Jordan. Sebab saja nak kacau orang tengah nak berbuka puasa.


Lah dia tidur rupanya patutlah ws tak balas. Walaupun dia macam mamai mamai suara pun baru bangun tidur sangat tapi dia layankan je laa aku ni. Bukan selalu call kan.

So kami boraklah macam macam.



Then sedar sedar dah satu lebih. Aku agak if aku tidur now mesti tak bangun sahur. Confirm !


OKEY !Topik entri ke 14 adalah:

 Describe the last moment you felt, trully blissful.


Kalau tengok maksud blissful ni banyak sangat maksud dia. Tapi boleh dikatakan sebagai gembira yang amat sangat.


Okey aku nak ambik kesempatan ni nak cerita pasal kawan kawan masa sekolah rendah.
Sebab sunyi takda kawan dah nak lepak kat rumah. Sedih wuu semua masuk belajar aku alone dekat kampung.


Masa tu aku lah plan nak pergi pantai dengan alasan dah lama sangat tak jejak pantai.


So plan punya plan dibantu dengan pokya lagi so kami set la hari apa nak keluar dengan apa nak pergi nak beli apa konon nak berpicnic. Tibalah hari yang dijanjikan.


Kami bertolak lepas asar sebab masing masing nak solat dulu.




Then epi drive Kami pergi empat orang.

kami beli la makanan sikit konon nak makan KFC dah yang pergi lambat sangat terpaksa la beli makanan biasa biasa je. Padan muka.

Dahla tak kenal jalan sangat so pakat hentam semua jalan. Silap masuk tempat perikanan hoi nasib tak kena marah dengan pak guard.


Then sampai dekat pantai semua tak sabar nak main air. Epi je taknak main air sebab taknak basah. satu lagi sebab dia pakai skirt. Aku pakai skirt jugak tapi biar ah nak main jugak.



Kami gigih berdoa dikurniakan jodoh yang baik. K tu tipu duduk asyik gelak je


Ayuh dongakkan kepala dekat belakang



Lompatan bintang. Penat nak lompat untuk hasilkan gambar lawa ceni



Jangan ingat lautan yang dalam tiada malapetaka. kami seronok main air then pokya nampak sesuatu dalam air. lalu berkejaranlah kami dalam air ingatkan ketam wah nak tangkap padahal tu kepala ayam. Entah dari mana kepala ayam datang. Bhahaha mohon pokya mandi bunga takut terkena kus semangat.


Semua nak masuk


Tradisional gila.


Weh pantai pandak sumpah lawa. hoho nanti nak mandi laut pulak. InshaAllah.



tricycle eheh


The fault in our stars. Nampak tak wayar usb cucuk dekat lengan aku. Ni leha tengah transfer virus cinta plus rindu dekat aku supaya makin sayang dekat dia.


Pasir penuh dekat baju sebab baring sangat


Yang gambar lawa lawa macam TFIOS tu sangat azab nak ambil tau. Dahla mata sakit masuk pasir pastu masa kami baring tu ada orang awam pandang. Tapi sebab nak jugak macam TFIOS tu kami rela mata masuk pasir. Gila dah bebudak ni.

Gelak tak cukup tanah terbahak bahak tak sedar diri semua. kalau bakal suami nak datang meminang tak jadi sebab banyak sangat ketawanya. Air laut macam bertambah sikit sebab campur air liur yang terpercik masa gelak tu.


Haa pastu kami pergi Taman Panorama pulak sebab Leha nak tengok sunset. Uuuu leha berjiwang guys!

Cerita berdasarkan gambar!



Konon art la sangat kan. Masa diorang nak turun aku terpekik pekik wei kejap ahh nak ambil gambar. Okey semua buat pandang sana haa okey okey lawa. Jom turun.


Tinggi kami naik


Pokya, kawan aku sejak kecik dulu. kawan yang pergi tuisyen sesama duduk buat math sesama jalan kaki pergi PSI sesama. Ingat tak pokya masa tuisyen kita lapar then pergi beli makanan. dah besar dah kita 


Kami bahagia sangat. Leha cakap nak jogging dahla naik atas bukit sana naik pakai kereta pastu sambil jalan sambil tangkap gambar pastu selfie tu kot maksud jogging bagi kami.

A family. 12 tahun dah kami bercinta sejak zaman gigi rongak lagi.


Akhirnya Leha berjaya tengok sunset


kami suruh paksa rela mamat yang ada atas menara ni supaya tangkap gambar ni. Sebab pakai monopod macam tak jadi sangat.


macam biasa Epi drive. Tengah drive sempat lagi monopod selfie


Tak mampu nak buat lalalala stamina mana stamina



Aku tak mampu nak cakap apa apa. Tapi serius diorang gagah gila





Berjaya tengok sunset akhirnya


Kami dah berkawan selama 12 tahun. Wuu lama. Kalau nak lepak kedai pisang goreng nilah rakyat jelata yang sanggup teman aku.


Masa aku tengok balik semua gambar ni serius aku rasa terharu dan gembira sebab ada kawan macam kalian. Trully blissful to have you in my life. Ececeh tak suruh terharu pong!



Balik lah cepat cepat pergi bazar ramai ramai sekali please . Jaga diri kalian ye anak anak. Moga tabah berpuasa di rantauan. Love you guys!

Tuesday 23 June 2015

(Day 13) Single Woman 30-days Blogging Challenge









Ramadhan Kareem guys.



Dah 13 hari. Yeah rajinnya aku. K fine!


Aku curi masa berblog mana laa tahu kot malam ni berotp pulak


Ha if la you guys nampak sebarang typo abaikan je la. Biasaa laa clumsy memang laa jadi ceni. Tapi kan. laptop aku punya structure abjad dia lain sikit. So yeah antara alasan aku kenapa typo.



Ni aku curi laptop kakak aku sebab Husna tengah tengok Mr Bean dekat aku punya laptop.


Okey . Topik hari ni adalah .......................


J E N G J E N G !  !

Describe how you met the last person you texted and talk about your friendship/ relationship

Uhui tajuk ni. 


Life aku macam hambar sikit. Sebab aku tak ramai kawan. Tak sampai 30 orang pun yang aku boleh anggap betul betul kawan.

So kitaran yang asyik aku sebut mesti orang yang sama.



Okey baru je semalam aku otp dengan bonceh.


Bercerita pasal apa yang jadi cane life aku. Wei aku tak sorok satu habuk apa pun dengan dia. 


Ibarat kata luar dan dalam aku tahu dia tahu semua. Even perasaan aku yang paling halus pun dia tahu.


Insan itu adalah Batrisyia Afni.




Cepat cakap kami lawa. Hahaha


Hambar gila lagu dalam laptop kakak aku . 



Hilang feel kejap. Okey abaikan.


Haa aku panggil dia Bat.


Kami kenal sebab Jengka. Masa minggu orientasi Jengka. Act, aku takut dengan dia sebab dia pernah 'sound' aku pasal cara aku panggil nama orang pelik.

Pastu masa ceramah pasal Library kami duduk sebelah. Paham paham lah kalau boring ni.

Buat kerja gila, selfie then kami rapat.


Pastu masa malam tu kami duduk sebelah. Then aku pun buat kecoh konon nak bawak kerusi Ogawa dekat UiTM sana.


Masa dari Jengka nak pindah ke Kuantan kami sama sama menolong angkat barang. Sebab duduk blok sama so bond dia kuat sikit.


Even dak rumah aku banyak kali terasa hati sebab life aku banyak dekat bilik Bat je. 



Bagi aku laa. kalau lepak dengan Bat ni perasaan dia lain sikit. Weh dahla suka buli aku. Tapi apa la sangat jika nak dibandingkan dengan apa yang kami harungi sesama.



Aku takkan lupa masa pergi KL and Bat protective kot.


Masa dalam LRT dia asyik pandang sekeliling. Masa beratur nak beli tiket dia beratur sensorang sebab ada orang gila gatal kacau aku.


Kita share macroon sesama. *baru kenal macroon


Segala skandal aku Bat tahu.



Sampaikan kalau orang nak kenal Bat dia akan tanya oh kawan asmaa tu eh?



Sampai centu sekali.




Serius kalau ada orang cakap "jangan cakap dekat sesiapa" jangan percaya sebab dalam pada masa yang sama aku dah cakap dah dengan Bat. Same goes to other girls Noi Toi and Tiya.




Tapi aku selalu berhubung dengan Bat sebab kitorang ada wifi laju then selalu lah nak otp kan.


Kami ni rapat gila kot. Aku tak boleh nak describe rasa sayang aku dekat dia cane. Tak boleh nak cakap tinggi gunung berlian ke apa ke.



Tapi orang yang selalu ada time aku susah dia laa.



Kalau timeline twitter tu aku bising dengan dia jelah. orang lain tak sabar nak layan aku nak buat cemana kan.




Doa aku setiap hari , moga dapat Shah Alam. Tak sabar nak duduk rumah sewa sekali. Please pray hard for us!


Haa bonceh, aku nak kuih Badam okey. Taknak kuih lain. Byeee and happy iftar!