Nuffnang ads

Thursday 18 February 2016

2016.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sebelum berangkat ke Shah Alam tangan rasa laju je nak menaip.


Semalam semua tengah berdebar nak ambil keputusan. Semua cuak fikir apalah result yang akan dapat nanti. Sama macam aku. Mimpi ngeri je seminggu sebelum keputusan diumumkan.


Dan semalam semua orang dah tahu keputusan masing masing.

Setiap orang ada reaksi yang berlainan sedih terharu semua ada. 


Tahniah untuk mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan menggunakan usaha mereka sendiri. letak tangan kanan dekat hati dan cakap, "tahniah, semoga keputusan ni terus berkekalan"



Dan bagi yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan janganlah bersedih.



Masa aku ambil asasi undang-undang dulu, aku tak pernah dapat keputusan yang tinggi tau. Sedih tu Tuhan je tahu. Kau bayangkan perasaan aku. Aku berkawan baik lima orang dan semua kawan aku empat orang tu dapat pointer 3.00 ke atas dan aku tak sampai 3 pon. Setakat lulus semua subjek siap ada C lagi. Keputusan aku teruk sekali.


Masa tu semua ahli keluarga aku terduduk kecewa. Aku pun tak reti nak terangkan macam mana dekat diorang bahawasanya aku tak boleh nak bawak course aku ni. Serius! Dalam kelas aku tak tahu pun pensayarah aku ajar apa kat depan. Tapi kawan kawan aku bagi semangat. Aku kuatkan hati untuk sem 2.


Keputusan sem 2 tinggi sikit dari  sem 1. Kawan aku semua 3.3 lebih ke atas. Aku tak terasa sangat sebab aku tahu masa jawab memang aku tak tahu apa aku jawab. Ramai yang menangis jawab paper law 3, aku tak menangis sebab aku tahu aku menangis pon memang tak boleh nak jawab. Ada satu soalan 40 markah aku tinggal bodoh macam tu je. Takde air mata nak menangis. Sedih gila.

Saat yang paling sedih sekali bila aku pergi ambil transkrip aku dekat Shah Alam dengan abang aku. Masa tu kawan kawan aku pun minta tolong aku ambilkan sekali untuk diorang. Abang aku tolong pegang transkrip tu sebab aku nak betulkan tudung tak silap. Dan dia bandingkan keputusan aku dengan kawan-kawan aku yang lain. Lepas tu aku perasan abang aku jadi diam. Muka dia sedih betul. Aku tak tahu apa sebab dia, masa aku tidur-tidur ayam dalam perjalanan balik dari Shah Alam aku dengar dia cerita dekat mak aku. Pasal kekecewaan dia. Masa tu kan aku rasa aku tak berguna langsung.

Sedih tu tak payah nak cakap.  

Bila aku nak berhenti belajar undang-undang dan ambil bahasa Melayu sekali lagi keluarga aku mempersoalkan keputusan yang aku buat. Aku malas nak fikir pendapat orang. Aku yang nak belajar dan aku minta diorang faham kemahuan aku. Keluarga aku mengalah.


Masa masuk kelas kali pertama aku tak tahu apa yang aku belajar. Lepasan STPM ramai kot dalam kelas dan diorang ada asas sikit sikit pasal ni. Aku menangis tau aku rasa aku salah pilih jalan. Sampailah aku jumpa seorang senior aku, Kak Ifa. Aku tanya dia banyak perkara tentang aku tak faham.


Aku mula kenal ramai senior sebab aku rasa diorang boleh bantu aku dalam masalah aku. Sampaikan ade senior yang cerita tentang ada kawan dari batch aku kutuk aku macam macam sebab nak kejar populariti. Baik dengan senior itu senior ini nak kejar nama. Masa tu aku langsung tak faham kenapa ada orang salah faham tentang niat aku.


Lepas tu aku cuba kurangkan jumpa senior dekat luar. Aku cuma tanya melalui whatsapp dan baik dengan pensyarah jugak. Sampaikan ada satu saat yang aku tak boleh lupakan bila aku ajak seorang hamba Allah ni masuk program dia cakap macam ni "Kau boleh la masuk prog,kesayangan lecturer tak siap assignment pon takpe!"

Masa tu jugak aku rasa tamparan sindiran yang buat aku sedar tak ramai yang suka aku. Mungkin baik depan aku je belakang aku kutuk. Sama macam sekolah dulu. Aku mula belajar sendiri berdikari kalau tak faham tanya lecturer kalau terdesak barulah aku akan minta tolong kawan kawan. 

Ada jugak kawan aku yang cakap dekat aku ramai tak suka aku sebab aku sombong suka simpan ilmu sendiri lah. Sebenarnya aku dah takut nak percaya dekat orang sampaikan berani kutuk aku depan senior semua. Aku ada masalah aku tak reti nak ajar orang bagi faham sepertimana aku faham. Aku memang tak pandai bab bab terang ni. Bila orang tanya soalan aku rasa macam salah pulak apa yang aku ajar. Sebab tu lah aku prefer study alone dekat bilik.


Sem 2 lagilah akan study alone sebab aku duduk rumah sewa. Habis kelas terus balik rumah. Semalam masa dapat keputusan aku menangis tau. Sebab aku dah buktikan dekat keluarga aku yang aku memang boleh bawak course aku ni. Keputusan aku takdelah tinggi sampai nak cecah 4 rata tapi lepas 3 tu dah kira Alhamdulillah :). 


Penat kena kutuk sebab rapat dengan senior dan pensyarah, pergi UKM seorang diri sebab taknak susahkan orang , malam test masih dalam train pergi cari bahan nak buat assignment dan tak boleh nak gambarkan semua kesusahan yang aku rasa. 

Rasa macam aku gedik kan. Eleh manje betul kena kutuk sikit dah meroyan. Cuba kau duduk tempat aku kau tak kenal sesiapa tetiba ada orang cakap si polan kutuk kau. Kau tak kenal pun yang mana satu dia. 


Pesan aku, kalau tak suka aku. Datanglah jumpa aku. kalau aku salah aku minta maaf jadilah kutuk aku. Tak de faedah pon.

Sepanjang sem 1 ni, aku nak ucapkan terima kasih dekat rakan sekelas yang sangat membantu aku dalam pelajaran masa susah aku. Aku pun nak minta maaf kalau aku ada terbuat kalian terasa hati ataupun marah dengan aku. Jasa kalian terlalu besar. 

Ribuan terima kasih dekat semua pensyarah dan senior yang tabah layan soalan aku yang merepek. I love you all. 


Terima kasih dekat team #Hangoutgirls sebab selalu habiskan masa dengan aku.

Terima kasih dekat team #TLP sebab selalu dengar setiap luahan meroyan aku bila aku sedih. Selalu bagi semangat bila aku lemah. 

Terima kasih dekat roomate aku yang selalu layan drama aku, cerita aku yag pelik pelik, layan selera makan aku yang gedik taknak makan dekat DC minggu exam nak makan luar je teman pergi jumpa abang aku semua. Sem depan jangan rindu aku sebab dah tak sebilik. Tabahlah hadap kolej.

Terima kasih dekat Batman yang hadir jadi penyelamat emosi aku masa aku sedih gila malam paper last. Rasa kalau Batman takde aku tak boleh nak jawab langsung kertas Tatabahasa hati koyak teruk sangat.

Apapun, jangan bersedih. Kita usaha lagi kuat sem depan. Kalau rasa keseorangan carilah senior atau pensyarah takpun kawan yang betul-betul boleh ada masa susah dan senang. Tak rugi berbaik dengan senior. Walaupun rasa takut nak tegur senior, cuba je rapat dengan diorang. Senior senior banyak pengalaman dan ilmu yang kita takde. 


Semoga Asmaa Akmal terus tabah sem seterusnya. Stay strong, beautiful!