Nuffnang ads

Monday 27 July 2015

Boo :))





Hai dan selamat pagi.


Okey sebab pagi ni aku akan bertolak ke KL atas urusan family sikit so sebab aku takut terlupa aku dedikasi ucapan wish birthday dekat sini. Sini  boleh taip panjang panjang. Haha


Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 19 Boo. My Boo and my only Boo.

Maaf tau aku pos hadiah lambat sikit. Hadiah yang aku order tak sampai lagi so you must wait okey. A special gift that I ordered from a far far away land. Tapi aku taknak cakap bila aku nak pos tu. Okey so wait patiently.


Hubungan cinta kita tak berapa baik kan dua tiga hari ni. Sorry Boo, because of I can't handle my emotional feeling I mess up with our loveship? Eheh sorry thanks for giving me some time to rethink about everything. I'll try to fix it.


Boo. If laa kau baca post ni. Yang paling aku nak cakap sekali Thanks dekat MAMA sebab lahirkan kau ke dunia ni. Sebab lahirkan anak yang comel dan memahami macam kau. Kalau lah kau takde, mesti aku huru hara dah kan hidup aku. Serabai kot. I did everything with you.


Tak perlu nak throwback sebab semua orang yang kenal aku akan kenal siapa Batrisyia.


 In everything, Alhamdulillah sebab aku jumpa orang macam kau. Walaupun aku dah kenal beribu orang satu pon takkan sama dengan kau.


Lagi 14 hari keputusan kita nak keluar. Aku tahu kau takut berdebar semua tu. Moga semuanya baik sahaja. Aku doa kita boleh sama sama. Banyak kali dah aku cakap aku tak puas lagi nak hadap muka kau. Kalau kau lelaki dah lama aku suruh mak aku pergi pinang kau. Ku pinang kau dengan Bismillah (music on). Aku doa sesangat yang kita boleh sekali dan sekali dan SEKALI. Aku ada impian nak masak untuk kau dan masuk kelas mandarin dengan kau. Bukan cita cita tapi impian. Sesuatu yang besar makna bagi aku.


Aku taknak laa bagi nasihat apa dekat kau sebab kau lagi matang dari aku. Your wise words and everything that you do is the best thing. Proud to be your sweet honey bunny :))


Aku sentiasa doakan yang kau akan dapat apa yang kau nak. Aku selalu doa yang kita boleh sambung Phd kita dekat overseas . Travel sambil study laa kononnya. Mesti Muaz tak puas hati.


Moga aku jadi pengapit kau kahwin jugak. Kau kena laa sediakan meja VVVVVVVVIP dekat aku and the other TLP girls kan. Haha


Jatuh bangun yang kita lalui aku selalu kenang. part yang kau marah aku dengan Noi Toi sampai aku menangis kuat gila pastu kita sama sama gelak. Menyesal betul aku nangis masa tu.



Maafkan segala salah silap aku sebab selalu otp dengan kau even kau mandi pon kau kena bawak aku sekali (baca:mandi sambil otp). Thanks sebab selalu jadi pendengar bila aku cakap pasal pemikiran aku yang terlalu complex dan aku sendiri tak dapat tidur malam sebab fikirkan perkara yang tak penting. Terima kasih sebab asyik suruh aku bertenang je sebab aku memang selalu fikir perkara yang bukan bukan. Maafkan aku jugak sebab selalu cerita perkara yang bagi orang lain "perlu ke kau cerita" tapi kau dengar je. Siap bagi reaction yang penuh semangat gitu. kipidad Boo.

Maaf sesangat aku tak dapat turun Kelantan untuk sambut Birthday kau. Sebab aku dah pergi hari tu so tu je last trip aku ke mana mana. Masa degree nanti aku akan pergi banyak kali. Ke aku kena kahwin dengan orang Kelantan biar aku boleh lepak je rumah kau senang sikit. Hahaha


Segala luka sebab penguin yang aku tanggung berbulan bulan dah heal sebab kau dan doa kau. Thanks untuk segala ketawa dan jenaka yang tak pernah aku fikir kelakar kenapa aku ketawa senanya.



Thanks Boo for everything. I really love you and that's all from me. Bear in your mind that I'll always be your ADORABLE PRETTIEST FAVOURITE itik forever and ever.






Batrisyia and her favourite "itik" 


My boo 



Sincerely: Itik

An appreciation picture for you



Saturday 18 July 2015

(Day 30)Single Woman 30-days Blogging Challenge




Selamat Hari Raya gais.!

Berapa kali dah tangguh. Sebab kekontangan idea.

30)   Write a letter to your future mate saying whatever you want to say

Assalamualaikum. Kepada insan yang masih belum saya ketahui siapa awak, wajah dan semua nya.

Pertamanya, masa saya tulis surat ni saya tak pernah terbayangkan muka sesiapa pun. Saya tak pernah imagine macam mana rupa awak. Perangai awak cemana. Tapi kawan saya Batrisyia selalu cakap, orang yang dijodohkan dengan diri kita adalah menyempurnakan sebahagian diri saya, melengkapkan apa kurangnya saya. Kan?

Dan mungkin kita tak sempat berjumpa pun di dunia ni. Tapi bagaimanapun saya harap kita berjodoh di akhirat nanti.

Jika saya sempat berjodoh dengan awak, saya akan pastikan awak baca surat ni.


Dear one, saya sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Banyak sangat perkara yang saya nak beritahu dekat awak.


Saya seorang yang tak pandai bermadah pujangga semua. Hari ni dah raya ke tiga tahu. Tadi masa saye pergi beraya two of my bffs dah ada someone in their life. Saya rasa left out. And balik tadi saya banyak kali tanya diri saya, siapa yang saya tunggu sebenarnya? Kenapa saya asyik tutup peluang yang datang? Kenapa saya mudah sangat turned off?

Then, saya terjaga pukul 1 tadi sebab lepas maghrib dah tidur. Saya bukak laa instagram and I found a quote. "I asked Allah to protect me from enemies and I started losing the person that I love." In the end, saya buat conclusion, awak yang saya tunggu tak hadir lagi. Sebab tu saya rasa hambar dengan semua orang.

Saya pelik. Sangat pelik. Saya harap awak tak culture shock or tak kena heart attack lepas kenal the real me. Saya harap sangat awak belajar kenal saya lepas kita kahwin. "Kita kahwin", awkward kot nak taip ni. Saya gelak je sensorang. Well I'll become a wife in future. Saya harap awak terima saya seadanya sebagaimana saya menerima awak. Kita sama-sama belajar dalam kekurangan dan dalam kelebihan. Yeay muah sikit.


The first one saya nak cakap dengan awak ialah pasal hobi saya. Travel dan food hunting. Serius saya cakap saya boleh makan sebanyak mana yang saya suka if saya ada mood. Dulu saya takut nak makan pastu diet diet sampai tak cukup isi. Bila kawan saya nak membonceng motor dia suruh saya berkuat tahan motor sebab dia cakap saya kurus sangat takut jatuh motor. Shizz.


Saya selalu travel. Dengan kawan kawan la biasa saya pergi. Mak tak kasi lagi saya travel alone. Kalau saya cakap nak pergi memana mesti dia cakap "kahwin dulu". So sebab awak sayang saya so ayuh travel dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Yang paling saya suka ialah jalan jalan then beli makanan.






yeay bersedialah untuk gemuk dan membulat. Takpe nanti kita workout sesama. ^^

Okey sec, selain makan dan travel, the most thing yang saya suka ialah membaca. I read a lot. Dulu saya sanggup kayuh basikal jejauh sebab nak pergi library. Buku yang saya suka baca biasanya berkisar penyiasatan, buku fakta macam ensiklopedia tak pun buku kajian pasal haiwan. Aha saya suka sangat haiwan especially ular. Tak minat cintan cintun sebab saya nak karya sendiri cinta saya dengan awak. Eheh


Kalau saya pergi kedai yang jual pet atau zoo, haiwan yang saya wajib pergi tengok adalah sangkar ular. Tak tahulah kenapa saya suka ular sangat. Sebab ular mampu tidur tanpa makan berminggu minggu kot. Tapi tak berkeinginan sangat nak bela ular sebab cara makan ular ni leceh. Baik saya tak payah bela apa apa pun.


Hmm saya tak suka makanan pedas masin dan manis sangat. I hate chocolate. Hari tu ada someone bagi saya chocolate cadbury and I took almost a week to finish it. And I gave the choc to my roommates to. I'm so sorry but I just can't eat them because I'll feel dizzy. Masa birthday my sister bought a choc cake and I vomited after eating them. If sikit boleh laa hadam. Rajin jugak my friend suap chocolate tengah class elak mengantuk.

If saya tengah sedih or badmood, kecewa dengan something ke apa ke, just biarkan tanpa sebarang soalan. Saya cuma perlukan tidur. Tapi jangan tinggalkan saya seorang. Duduk dengan saya dan biarkan saya menangis ke. Nanti bila saya dah okey saya cerita sendiri.

And saya bukan seorang kaki pujuk memujuk. Tak pandai dan tak reti. If laa awak merajuk mungkin saya akan pujuk sekali je kalau awak still merajuk maaf saya memang tak pandai pujuk. So kemungkinan besar awak kena pujuk diri awak sendiri. Hahaha. Same goes to me. Saya tak suka merajuk over. Jadi bila saya marah ke apa ke tak payah pujuk biarkan saya cool sendiri. :)


Perkara yang saya paling benci adalah buat sepah. Bagi saya if laa saya dah kemas cantik cantik then disepahkan balik macam orang tak appreciate saya.

Memasak? Okey leave it to me. I'll do it. Tapi weekend takkan nak makan yang saya masak jugak. Ayuh kita keluar berfood hunting if tak busy. Apa salahnya spend time together. Takpun masak untuk kita. Saya nak jugak rasa sphagetti yang awak masak. *kenyit mata


Saya suka makan yoghurt dan aiskrim. Aiskrim yang tak manis of course. Impian saya adalah makan yoghut tepi pantai dan sambil bercerita. Lepak tepi pantai memalam after balik kerja and cerita hari ni dah jadi apa esok nak buat apa.


Haa nak cakap, kalau pergi cinema dengan saya kan, janganlah beli makanan. Kalau awak nak beli popcorn ke beli dekat awak sorang. nanti dah ada popcorn saya dah tak fokus dah dekat movie tu asyik makan je. And make sure selalu bawak air mineral ke sebab antara yang saya selalu bawak dalam handbag adalah air mineral.

Saya alah kepada caffein. If masuk kedai kopi saya akan sakit kepala yang amat dan of course tak boleh minum kopi or nescaffe susu. Kawan saya selalu mintak maaf if dia tersalah saya bagi minum kopi.

Saya juga alah kepada syampu aw. Bila saya cuci rambut mesti saya akan tidur terus. Entah lah kenapa tapi centulah perangai saya, Comel kan. Bhahaha

Saya suka warna Emerald dan turqoise. Tak kira biru turqoise ataupun hijau turqoise. Saya paling suka bunga tulip dan bunga lily. Jangan beli mawar dekat saya sebab saya tak suka mawar. I just don't like the smell.

Saya harap sangat saya jumpa awak pada masa yang tepat. Saya ada cita cita di mana saya nak sambung belajar sampai Phd. Saya harap orang yang selalu ada time jatuh bangun saya adalah awak. Moga awak dah ada di samping saya bila saya naik stage untuk ambik skrol Phd saya. Siapa lagi nak saya curahkan kegembiraan saya selain family saya kalau bukan awak.

Serius saya cakap. Saya rasa pelik dan aneh tulis surat ni padahal saya tak de pun lagi penerimanya. Tapi dengan berbekalkan kata hati saya gagahkan menulis.


Saya banyak kali jatuh dan masa saya jatuh tu saya alone. Dan saya harap lepas saya jumpa awak, awak akan pegang tangan saya dan tarik saya bangun balik. Dan if saya menangis saya akan menangis di bahu awak. Insan yang dah lafaz akad nama saya.

Saya tak minta banyak pun. Cuma suami yang memahami dan selalu ada susah senang kita, bertanggungjawab dan mampu bimbing kita sekeluarga serta penyayang.


Moga saya jumpa awak bila MASA DAH SESUAI.

Semoga kita terus berada dalam rahmatNya.

p/s: tetiba saya rindu dekat awak walaupun saya tak tahu siapa awak. Mohon rindu saya jugak. Saya rasa sayang dekat awak. Jumpa awak nanti. Saya harap degupan jantung kita saling mengenali sebab orang yang ditakdirkan bersama degupan jantung mereka selari dan berdegup seirama (doc stranger).

Tuesday 14 July 2015

(Day 29)Single Woman 30-days Blogging Challenge






Ramadhan Kareem gais!

Who is your closest or most special friend that you’ve never met and what do they mean to you? How did you cross paths? Talk about how you “met” them: Facebook, Twitter, an online support group, etc.


Thehehe takdak la peh peh hambar kan. Aku jenis tak suka berkawan dengan orang asing ni. Malas nak intro semua tu. Buahahaha


Sekian.

Friday 10 July 2015

(Day 28)Single Woman 30-days Blogging Challenge




Assalamualaikum and Ramadhan Kareem gais.


Hari ni dah masuk fasa terakhir ramadhan iaitu 'pengampunan' di mana semua umat Islam berlumba lumba mencari cinta Tuhannya. Dan ketika di frasa inilah maka adanya malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam lailatul qadr. Semoga amalan puasa kita diterima Allah SWT.



So today I'll share about describe a moment when I made a big, bold move. In any area of life.


Masa aku nak move on dari law.


Sebagai pelajar asasi Law atau nama melayunya Undang undang memang lah nak sangat sambung degree law. Siapa yang taknak.

If nak sambung law aku mesti achieve band 4 muet AT LEAST.


Masa aku dapt band 3 aku sedih gak sebenarnya. Aku fikir apa yang Allah nak tunjuk dekat aku sebenarnya ni. Selepas mak aku bagi nasihat aku decide lah utuk repeat. Walaupun aku tak yakin mana dengan keputusan tapi sebab abi nak suruh jugak repeat biar dapat band 4 aku gagahkan diri bayar RM 100 dekat class rep untuk repeat Muet.


Tetiba sir cakap yang repeat Muet Mac belum tentu boleh masuk law. Aku menangis kot masa kelas tu. Tak tahu nak cakap apa. Aku tak tahu kenapa jalan yang aku pilih berliku. Masa tu jugak aku dapat tahu aku tak lepas temuduga SPA. Nampak dah macam mana jalan cerita aku ni.



Petang tu aku call mak. Mak marah aku menangis sebab masa depan. Mak aku ada lah "Kau ingat kau Tuhan ke sebab fikir dah apa yang jadi dengan masa depan."



Nangis sampai tak tahu nak cakap apa. Lama aku menangis mengadu dekat mak apa yang aku kena buat. Call abang aku. Dan paling aku sentap "Tuhan buka sesuatu untuk mu takkan tak nampak. Kot Allah tahu mu tak boleh dengan law."



Lepas aku buat istikharah beberapa kali, aku rasa tak tenang tiap kali fikir nak ambik law. Aku rasa takut sampai tak boleh tidur malam.


Dan one day aku beritahu dekat mak dekat family aku aku nak quit law. Aku tak boleh nak hadam law. Aku rasa tak tenang dengan belajar law.


Family aku tenang. Praise to Allah. Diorang suruh pilih sahaja course yang buat aku bahagia. Dan aku dengan muktamadnya ak berhenti belajar Law. Sedih senanya sebab macam rugi.


Tapi mungkin rezeki aku dekat lain. Insha Allah. Doakan aku lulus temuduga. Aamiiin

Monday 6 July 2015

(Day 27)Single Woman 30-days Blogging Challenge




Ramadhan Kareem gais.


Titisan titisan terakhir untuk cabaran 30 hari nak tamat dah. Sebab ada hari yang hari yang rajin so kekadang update 3 entri sekaligus nak cover yang terupdate so cenilah jadinya.


Anyway, hari ni birthday Zulfa 6 Julai key. Happy birthday to the most adorable sister in my life. Me really love you. Tayang zulfa.


Sat sebelum nak masuk tajuk entri ke 27 . Ye dah hari ke 27. Gigih dan rajin tak. Yeay.

Aku nak bercerita pasal tragedi hari ni. Nak dijadikan cerita aku mengidam nak makan nasi ayam untuk berbuka while mak aku nak makan ayam tempayan. So kami terjumpa satu parking yang agak jauh laa dari bazar. Mak nak start balik kereta nak cari tempat parking baru then aku berkeras nak parking jugak. Alasan aku "dah ada peluang jangan lepaskan nanti tak jumpa dah peluang lain". Sebab mak malas nak gaduh so we agreed nak parking je kat situ. Bapak jauh tempat ayam tempayan dah laa mak asyik membebel sebab aku laa kami kena jalan jauh. Mak cakap aku degil pastu tak nak dengar orang cakap ape laa. Mafla mak ni memang perangai anak mak yang comel ni kan.


Then after dapat dah apa yang dihajatkan, aku pom berdiri tepi jalan konon nak jaga line mak nak keluar dari parking. Tapi kereta mak aku tak hidup aw engine dia. Kami dah menggelabah. Dah la pukul 5 setengah dah asar tak lagi ni.


Thanks to Allah, tempat parking kami bersebelahan dengan workshop. (siapa nak parking kat situ tadi - angkat kening). Pastu uncle tu cakap kereta mak tak de bateri so kena tukar battery baru. Dahla dalam purse ada berapa hinggit je lolol apekah. Then aku terpaksa berkorban jalan kaki jauh nak gi ambik duit dekat Petronas. Berpeluh peluh don't care asalkan dapat duit kan.


Terima kasih lah kepada pengalaman berjalan pusing satu Kuantan dan Kelantan masa asasi dan travel ke Kelantan ritu. Sebab tak lah rasa jauh sangat kan dah terbiasa.

 Then pukul 6 50 baru sampai rumah. Solat asar dinasour . Oh Allh, forgive us!

Back to topic, talk about something that you really, really love about yoursef.


uish tajuk dia. Mengancam semacam. Apa yang aku suka pasal diri aku. Banyak sangat.


Sebab malam ni baru jumpa bae ( Jang Jae Yeol ) so semangat nak taip panjang panjang. Entri hujung dah ni kan. Ehem.


1) Instinct yang sangat tepat.


Aku tak tahulah adakah ini anugerah ke apa kan. Tapi firasat aku sentiasa tepat. Not laa 99.99% tepat but almost 80% tepat tau. And if aku terlalu fikirkan sesuatu tu mesti akan dapat ilham/ hint sesuatu from mimpi ke apa ke. Yeah that's me. And aku rasa the instinct ni datang masa aku darjah enam when aku start pergi sekolah naik basikal alone. And one day aku rasa tak sedap hati pastu jantung aku berdegup sampai aku rasa nak pengsan and I told my grandma. So dia tak bagi pergi sekolah dengan basikal and suruh mak aku hantarkan. Eii gedik konon firasat laa kan. And after balik sekolah mak aku cakap pagi tu ada mamat mamat gian dadah berkumpul di jalan yang biasa aku lalu. If laa aku naik basikal jugak, maka tiadalah Asmaa Akmal now.



Since tu, apa sahaja yang aku buat dibantu dengan instinct. Even result UPSR PMR SPM ujian semester 1 aku dapat melalui mimpi. Sama sebijik.

And sebab instinct aku terlalu kuat almost semua desicion aku adalah berdasarkan kata hati aku. Tak tahulah kenapa tapi bersyukur lah kan. Bukan semua orang ada kata hati yang sentiasa menyebelahi tuannya. And sebab firasat ni jugak aku terselamat beberapa kali dari malapetaka yang hampir mencabut nyawa. Phew macam ada seorang yang jaga aku kan. ^^ Of course ada yang jaga . Yang dekat 'atas'.

2) Tersangat berani

As anak ketiga yang kononnya memegang semangat api maka keberanian ini sangatlah sukar dibendung. Kekadang nenek aku selalu mengeluh sebab keberanian aku ni terlalu sukar dibendung. Tak tahulah kenapa mungkin darah pahlawan mana tah meresap dalam badan aku. And sebab tu lah jugak mak sampai now tak bagi aku bawak kereta dia. Dia tahu dah apa akan jadi dengan kereta dia sebab motor dia dah macam kepunyaan aku.

Dulu aku selalu takut nak keluar malam tapi sejak dah pernah keluar sekali malam aku macam dah tak takut even area rumah aku memang bahaya. Entahlah sebab kemahuan nak makan burger lagi tinggi dari perasaan takut. Dulu masa sekolah aku lah yang selalu cari pasal dengan cikgu addmath sampai kena halau keluar kelas. Pastu dengan beraninya tahan kereta cikgu Zaiton acah heroin nasib cikgu Zaiton tak langgar. My bad masa zaman bebudak.


Sebab ditambah konon dengan ada instinct tu lagi maka dengan lebih yakin laa nak buat apa apa kan. Rasa macam sesuatu buruk akan berlaku aku tak buat laa.

Tapi serius aku tak berani tengok cerita hantu. Sebab hantu yang real tak sama macam yang dalam televisyen kot. (Just joking) Benci gila kalau ada orang usik hantu. If la mulut dia masin berkat ke apa ke kalau betul betul ada siapa nak tolong halaukan.


And aku lah antara anak yang berani keluarkan pendapat aku dengan kata lain membantah jika sesuatu tak kena dengan apa yang aku rasa. (Mohon jangan tiru). Bukan antara tapi aku lah anak yang paling suka melawan. Dah berapa kali kena warning dengan mak sebab nakal degil menyakitkan hati tak dengar kata. Masa form 4 aku nyaris kena pukul sebab pergi Langkawi tanpa restu mak. Maafkan anakmu ini.


And if laa aku rasa tak puas hati dengan seseorang ke, aku terus cakap apa yang aku rasa. Sebab aku tahu the worst feeling ialah tak tahu apa salah kita.


Moga berani tak melampau.

Bai.

Saturday 4 July 2015

(Day 26)Single Woman 30-days Blogging Challenge






Ramadhan Kareem gais. Now pukul 3 30 pagi.



Dah aku ni memang penyangak sebab tak tidur malam so macam tak dapat diselamatkan lagi. Okey menangis semorang sebab menangisi nasib malang aku.


Rasa macam bukan manusia sangat. Tak tahulah feeling tak tidur malam dan tidur siang ni macam zzzzz (baca:serabut) sangat. If ada yang ws aku siang hari dan aku reply 4 5 jam kemudian sila faham yang tu waktu aku tidur.


Aku baru siap baca blog zack zukhairi. Walaupun blog zack ni tahap ni bangang apa tah tapi kan aku asyik gelak je. I adore him very much. Dengar cerita dia dah ada anak now. Moga bahagia selalu ye zack.


Tetiba kan, aku dapat feel ape ke bangang la aku ni taip blog macam taknak menaip. If laa aku tetiba ada secret admirer yang begitu meminati blog aku, aku telah mengecewakan harapannya untuk baca blog aku. Aku tengok entri aku sejak kebelakangan ni macam hampeh sia. Cis takdak feel macam seorang blogger langsung. So sebab aku dah baca dah blog zack zuckhairi ni aku kutip balik feeling nak menaip dan menyahut seruan single woman 30 days blogging challenge ni. Maafkan aku tapi aku ada sedikit gangguan emosi sejak kebelakangan ini.



Name a song that makes you cry every time you hear it and why.


Okey baru baru ni aku duduk menghabiskan sinetron "Healer" . Biar ah nak panggil sinetron untuk kata kunci drama. Satgi ada lah tu si tikus yang perli Healer tu as drama not sinetron sebab tu indonesia.


Okey sila abaikan tikus yang bangang abadi.


Okey lagu dalam tu tajuk dia Eternal Love nyanyian Michael eh.

Lagu dalam drama healer ni pasal bond antara orang yang kita sayang tak kira betapa jauhnya seseorang itu dari kita, tapi kita tetap ingat antara satu sama lain.


Okey aku still tak boleh move on dengan lagu ni sebab aku teringat dekat someone yang dah lama tinggalkan aku. Dah 3 tahun dia tinggalkan aku senanya.


Okey aku kenal dia since aku darjah dua. Aku selalu berutus surat dengan dia. Yelah masa tu aku mana pandai main handphone. Every year dia akan bagi hadiah dekat aku. Dia akan bagi baju raya ke peralatan menulis semua tu. He was a good man.


Aku start kurang call dia after aku masuk asrama. Sebab busy and masa tu aku form three. Ada cikgu aku cakap aku ada surat. I really know and cam sangat tulisan dia. Tulisan dia berangkai and sangat cantik kemas.


And dalam surat tu dia ada bagi aku duit and pesan suruh aku belajar rerajin. And after tu aku terus call cakap surat dah sampai and aku ada la promise kan nak balas balik surat tu. Tapi bila aku nak pos, aku dapat satu call dia meninggal dah. Pulang ke pangkuan Tuhan.


Sedih and aku nangis kot masa tu. 7 tahun je aku sempat rasa kasih sayang dia. Masa aku tahu tu, aku rasa macam tak boleh berdiri sebab the day yang aku takut sampai dah. Aku call ayah cakap dia dah takde. Ayah diam je. Ayah laa yang selalu hantar aku pergi beraya dekat rumah dia. Setiap kali kereta ayah dah nak menjauh, nampak lambaian tangan dia dengan senyuman dia yang membahagiakan. Dia selalu pesan dekat ayah. lama sangat ayah diam tak bercakap. Last ayah cakap, Tuhan lebih sayangkan dia. Suara ayah sebak.


Ingat lagi semua nasihat dia. Kata kata dia. Even meja study yang aku beli dengan guna duit yang dia bagi tu still dalam keadaan elok lagi. I really miss him.


Setiap kali aku lalu depan simpang nak masuk area rumah dia pedih sikit tau. Sebab ingat first time aku sesat nak pergi beraya then dia cakap lorong nak masuk rumah dia ada signboard "Perdana Textile". And dia selalu  cakap kat situlah dia selalu beli baju raya untuk aku.

Sedih kot bila orang yang selalu tulis surat kata semangat tetiba dah takde dalam hidup kita. And sebab kami selalu berutus surat aku pandai buat ayat puitis. Thanks to him.


Every night, biasanya aku akan pasang lagu ni dekat phone and mesti akan teringat segala memori aku dengan dia. Sedih serius!

Bila fikir balik yang aku terlepas nak hantar surat last betapa hancurnya hati. Moga alfatihah yang selalu dikirimkan menjadi pengikat antara kita berdua.



Al fatihah untuk insan yang sangat menenangkan masa zaman kecil. (Lap air mata). Semoga beliau dijaga dengan rahmat Illahi. Selamat beristirahat dan semoga tenang di 'sana'.

(Day 25)Single Woman 30-days Blogging Challenge






Ramadhan Kareem gais.


Dah 17 hari kita puasa.


Describe a moment when you "paid it forward". What happened and how did it feel.



Takde lagi setakat ni.




Takde mood. Goodnite!

(Day 24)Single Woman 30-days Blogging Challenge




Ramadhan Kareem gais!


If you could relieve ONE day of your life, what would it be? And would you change anything?


Kalau lah aku ada mesin masa kan, aku nak undur balik masa aku dapat tawaran ke MRSM masa form 1.


Masa tu muka mak aku happy sebab aku dapat pergi sekolah jauh. And aku nak pergi tapi atas sebab peribadi aku, dengan bodohnya aku tolak. Muka mak aku sedih gila kot. Okey sebak setiap kali fikir masa ni,



Oleh sebab tulah bila mak suruh aku stay sekolah lama masa sekolah menengah aku tabahkan hati jer. Sebab dah pernah kecewakan mak aku.


If laa hari tu boleh datang balik , aku akan pergi.



Tapi memang tak akan. Tapi aku belajar sesuatu. If ada peluang terus grab. nanti menyesal.

Sekian,

Thursday 2 July 2015

(Day 23)Single Woman 30-days Blogging Challenge





Ramadhan Kareem guys!

Yeay hari ke 23 dah. So after cukup hari ke 30 nak berhenti lah kejap sebab entri terlalu banyak . Shizz mesti orang cakap aku perasan syok sendiri.

Maafla. Hahahahaha


Talk about a moment when you got annoyed with a married friend, a person in a relationship, or a person with kids! (Be honest! No judgement)


Haa aku takde idea sebenarnya ni. Bab bab kritik orang ni malas sikit.


Haa aku ada satu pengalaman ni. Aku ada seorang member yang couple. Then aku rapat gila dengan boyfriend dia sebab kami pernah gaduh. Bila baik balik kami memang rapat la. It's normal la kan.


Mula mula kami rapat. Dia selalu cerita masalah boyfriend dia dekat aku. And same goes to him. So kira aku orang tengah. Then diorang ada masalah besar yang melibatkan maruah jugak.


Then aku sekali lagi terpaksa jadi orang tengah nak baikkan kedua belah pihak. Tapi menda tu tahan sebulan je. Then diorang clash.


Biasanya kalau orang couple then clash mesti akan jadi strangers. Tipulah 100% jadi macam friend balik kan. Tapi after diorang clash, ex bofriend dia still rapat dengan aku. Yelah dia clash dengan kau bukan dengan aku.



Then aku kena pulau. Sebab dituduh perampas. Lol tak matang gila.Ramai gila kutuk aku masa tu.



Serius aku cakap, if ada someone nak dekat boyfriend aku. Aku akan tanya dia. Dia nak stop layan or putus dengan aku. Aku tak nak ada masalah or dia bagi harapan dekat sesiapa. If dia pilih untuk menduakan aku, sorry to say aku blah je.Kalau dia tak boleh buat keputusan aku block je terus dia dalam hidup aku. (bakal suami mohon alert)


Ha gitu.



Aku annoying kot sebab susu dibalas tuba.

So aku nak cakap, ada girlfriend or boyfriend biar matang sikit. Bye!

Wednesday 1 July 2015

(Day 22)Single Woman 30-days Blogging Challenge




Ramadhan Kareem and assalamualaikum gais!


Sihat? Moga sihat dalam jagaan Allah selalu.


Alhamdulillah kenyang hari ni. Berbuka lauk tomyam ayam sangatlah seronok. Yeay mak sangat heaven sebab buat lauk yang sedap.


Entri ke 22 sangatlah tak seronok. Dan tak de mood pun nak cakap pasal tu. Takde kaitan dengan hidup aku.



Selamat berterawih.