Nuffnang ads

Saturday 26 December 2015

old story



Hi .

Macam lama je tak singgah kat sini. Kekontangan idea sebenarya nak tulis apa Nak tulis pasal kehidupan universiti, pasal masalah kawan-kawan yang tak pernah habis, pasal makanan hambar?

Aku rasa semua orang tahu.


Hari ni kan, aku nak cakap pasal kisah lama.


Minggu lepas, aku pergi tengok Dilwale. Dalam cerita tu, Shah Rukh Khan tunggu Kajol selama 15 tahun 4 bulan 10 hari.


Tempoh yang aku rasa sangat lama. Dan aku rasa aku tak sanggup jadi macam tu.

Sakit kalau ada dalam keadaan tu. Kau terluka dan kau tak diberi peluang pun.


Sebab itu, aku tujukan post ini untuk seseorang.


Aku tak nafikan tiga tahun yang kita harungi bersama, kena marah dengan cikgu kena marah dengan pengawas tapi darah muda yag mengalir buat kita rasa apa yang kita buat zaman sekolah dulu tak salah. The moment pengawas asrama curi memory card camera kau sebab nak suruh aku rasa bersalah dekat kau, aku takut. Aku takut one day aku akan lukakan kau. Masa kejadian tu jadi, kau tenang je cakap takpe memory card boleh beli tapi aku takkan boleh jumpa kat mana mana dah.


Kita balik sesama dari hospital. Cerita segala-galanya. Dan setiap kali aku sakit mana mungkin aku lupa suara yang temankan aku setiap malam sebelum tidur.


Siapa yang tak sayang orang yang selalu ada dengan aku. Sampai sekarang pun, aku sayang je kau. Aku masih boleh ingat dengan jelas apa kenangan antara kita. Pandangan kau tiap kali aku cerita perkara sedih. Muka gembira kau time kita keluar.


Tapikan, bila kau masih ingat aku, masih tak de perasaan bila jumpa orang lain, tu tak adil untuk kau. Boleh tak tolong bahagia. At least aku tak akan ada rasa bersalah.


Bukan tak sayang cuma tawar hati. Kita terlalu banyak bergaduh dan aku tak rasa aku boleh jadi macam dulu.


Kalau lah kau boleh jadi kawan aku macam dulu, tak ada perasaan langsung aku rasa kita boleh jadi kawan baik balik.


Aku tak nafikan, masa aku mula-mula kita putus, sometimes aku rindukan kau jugak. Tapi aku taknak dah bagi harapan baru. Aku tak tahu kenapa kau mesej aku time birthday aku. Aku rasa kau patut lupakan segala pasal aku.




Dan aku pun dah bahagia. Gembira dengan kehidupan aku. Ada seseorang yang sedang tunggu aku dalam hidup dia. Aku pun sama. Tengah tunggu dia dengan penuh sabar. Walaupun aku tak bercinta takde buah hati, aku tengah tunggu dia dengan sabar.


Walaupun aku boleh je nak bercinta macam orang lain, tapi banyak yang aku fikir. Aku takut kalau kami rapat aku akan selalu gaduh. Nanti aku dah tak percaya dekat dia. Nanti bila aku berubah dari yang dia kenal dia akan kecewa. bIarlah dia kenal siapa yang aku sebenarnya lepas ada ikatan.


Jadi, perkara pertama yang kau kena buat ialah, bahagiakan diri kau dan LUPAKAN AKU. Serius.


Aku takut nak bercinta. Sebab aku takut aku akan pergi lagi bila aku dah tawar hati. Terluka takpe tau, kalau tawar hati takde ubat dah. Sebab hati yang sayang tu mati.


The only reason why I chose to left you because I don't think there was any feeling left for you.



Sebab tu aku harap kau cari kebahagiaan kau sendiri. Sekuat mana pun sayang kau dekat aku, aku tak akan kembali. Dah jadi milik seseorang. Walaupun orang cakap even kahwin pon boleh putus, tapi aku penat dah nak start balik. Biarlah hubungan ni kekal sampai selamanya. Aku sentiasa harap kau doakan kebahagiaan aku.



Bukan senang nak lupakan orang yang kita sayang yang pernah bagi bahagia, tapi jika tu yang terbaik , aku mohon. lupakanlah aku.


Mungkin ada yang lebih baik untuk kau. Selamat berbahagia. Semoga Allah merahmatimu.