Nuffnang ads

Thursday 19 November 2015

K E B A Y U




Hai.

Okey selepas menangguhkan niat murni aku nak update pasal program anak angkat bulan lepas akhirya aku menggagahkan diri menaip malam. ni. Sila tepuk tangan untuk seketul Asmaa' Akmal okey ^_^




Pagi tu masa kelas Keknis cakap dekat aku pasal Kebayu nak buat program dan akan berkampung di negeri Sembilan. Aku dah tahu pasal Kebayu ni sebab aku baik dengan senior. So aku pun hantar laa mesej dekat senior yang handle pasal pendaftaran semua tu. Siap tulis nama.

Aku apply tu dalam dua minggu before program tu dijalankan. Masa tu life aku dashat gila. Assignment satu pun tak siap test berlambak dan aku berani mempertaruhkan hidup aku untuk pergi program tu. Semua kawan aku taknak join program tu. Diorang cakap tak sempat nak bergelut ngan assignments lagi. Sedih betul. Batrisyia pon sama.


Tiga hari sebelum program aku baru tahu nama aku takde. Sila menangis semua orang! Aku macam lost kejap.

Tapi Alhamdulillah. Aku dapat call dari AJK Kebayu sebab aku tetiba dapat pergi. Thanks!

Dan aku mula laa kalut kemas barang.

Okey masa daftar tu berdebar laa jugak kan. TAKDE KAWAN DAN AKU JE PART ONE. Lepas tu ada la senior yang kawan kepada senior yang aku kenal tolong approach aku. Dan boleh la. Masa dalam bas tu aku rasa nak nangis balik kolej je. Rasa alone sangat. Aku tak pernah rasa alone macm tu. Dear God, save me! Tu je yang aku doa biarlah aku dapat kenangan yang gembira dekat sini.


Abang ada jugak tanya aku okey tak, nak jawab tak okey memang takla. So aku angguk dan sambung baca notes and dengar lagu dari mp3.

Sampai sana aku duduk lepak dengan Kak Ain and the gang. Seriously Kak Jiha kawan kak Ain tu sangat baik. Gladly to meet them.

Aku malas nak cerita detail Cuma aku cerita apa yang aku ingat je la kan.

Okey masa nak bahagikan rumah aku kena duduk serumah dengan senior yang asing bagi aku. Ingat ayat Batrisyia aku boleh je nak kawan dengan semua orang kenapa nak rasa awkward. Lol.


Aku gembira sebab serumah dengan Kak Nuna which is senior yang baik dengan Kak Zu and Batrisyia. Aku sebilik dengan dia la. Mak aku sangat baik dengan aku.


Hari pertama aktiviti nya macam tradisional sikit. Kami kena kacau dodol pastu belajar tarian Indang yang sangat best. Main congkak sesama sendiri. Pergi belajar buat kuih bahulu. Aha  malam tu lupa nak cerita. Kami ada taklimat pasal Adat Perpatih. Tu je laa kot.



Cantikkan pemandangan ini


Aku tak tahu siapa baik sangat tangkapkan gambar aku masa ni. thank you!



Tarian Indang. 


Tumpang menyibuk dalam gambar senior. 

\


Ni group kami. Kami diberi satu cebisan kertas dan berdasarkan cebisan tu kami kena lengkapkan puzzle dan masa tu kami akan tahu siapa group kami.


Malam pertama nak balik rumah mak ni.


Ha tu hari kedua dan malam pertama. Aku malas nak upload gambar bebanyak sebenarnya. Lol. Kat wechat aku bersepah dah cukuplah tu.


Okey petang tu kami ada sukaneka. Sukaneka paling havoc aku rasa setakat ni. Weh aku tak pernah terlalu serius bagi komitmen ni first time aku bebetul bagi komitmen . Antara sukan yang ada ialah, bola padang, ambil gula-gula dalam tepung, baling selipar, isi ai dalam botol, golekkan tayar basikal, perahu darat, makin jauh makin sayang, ikat kaki, terompah tempurung ni je laa kot. Hmm kalau tertinggal maafkan okey. Aku lupa dah.














Kelakar gila sampai aku boleh golek golek atas tanah sebab gelak. Memang kelakar pun. Hahah I kenot laa.


Due ketul senior yang gila-gila. Hahah



Okey hari last kami pergi 'mengoca'. Mengoca tu maksudnya pergi tangkap ikan pakai selut guna tangan. Tangkap ikan keli yang orang bela tapi lepas dalam bendang. Hahaha. Best kot. AKu tangkap 3 ekor licin kot. Cis Mat tangkap berbelas-belas ekor. 


Aku bagi gambar je la hahaha


Ni gambar dengan senior semua. hmm malas nak upload bebanyak. Kami jugak pergi belajar menoreh getah. cool kot. Hahaha





Ni malam kebudayaan dan kami menari entah apa apa je. LoL


nampak tak mengoca sangat. RIP baju ni. Haha


Petang tu nak balik dah. Kami dapat No 1 untuk keseluruhan. Tepukan untuk Batu Belang okey. K nama kumpulan tu nama suku kaum dekat Negeri Sembilan. 



Sayang Mak, Rindunye sobss


SO, JOIN LAA PROGRAM KEBAYU !!. Best tau. Dapat makan sedap sedap kenal tempat orang belajar benda baru pastu of course laa dapat pengalaman dan ketenangan. Takpe laa tinggal sekejap assignment tu. Luang masa sekejap dekat diri sendiri. Yeay!