Nuffnang ads

Friday 27 March 2015

LAST CLASS FOUNDATION OMG



           Hyyyy Asmaa akmal. it's me, your dearest top most adorable cute pretty honest kind innocent lovely tiyaa ever. *mohon tahan jgn muntah lg* Now, im waiting for our last elc speaking class to end. The end of this class also means the end of our foundation lecture. for.ever. SAD ok SAD change your mood to SADDDD everybadyy



          Because im just too bored listening to speeches infront so i on la my laptop but then asmaa si model victoria secret nie kidnap pulak huhh. But now, i got my laptop back and im updating her blog on behalf of her well because she allowed me to sign in her gmail k not curi2. 

          Well at least maybe someday, when we had to live separate away and far from each other, then if and only if your memories about me getting fade from day to day till you almost forget me * I KILL YOU IF IT ACTUALY HAPPENED WITCH!*, so then when you open your blog, found this entry, i hope at least, it will automatically remind you of me :' OK? remind you of US. 



         Penat la weh speaking, tak feel~~ Act td time aku nk update si tuah nie la suruh aku buat post full english hamboi mentang2 kelas elc yee. xmo. nak rojak jugak i dont care.

         Perut pun dah kenyang nie mkn roti telur. Sebab Selain kelas, hari nie jamuan penutup uolss kata lainnya farewell party la konon. kitorang buat kelas nie sambil makan2 ha uolss ada? hehehe actually hari nie persuasive speech je sebenarnya. And asmaa, u did your speech very well k seriesly ok dah puji budak nie takleh lebih2 nanti terbang sampai kayangan tak balik2 karang susah. nanti secret admirer dia cari nak jwb hape.

         Jamuan nie bukan roti canai je tau, ada nasi lemak, ada pizza farisya masak,kek secret recipe nuri sponsor,cocktail hasil tangan semak dgn noi,puding adawiyah, dan paling penting ada polysterene *entah mcm mana eja benda alah nie* yg hampir2 hilang. kalau hilang td mak weh agak2 kitorang makan dgn tapak tgn , minum air pakai tuang masuk mulut je eh? 

        Apa lagi nak merepek. Currently aku dah kat bilik dah, kelas habih pukul 2 weh series lama gila kelas elc hari ni dari pukul 8 sampai 2 tapi x mengantukk magic kan? maklumlah kelas last. kelas madam mazni pulak tu mana pernah ngantuk.



Bentar ya red velvet nak mencelah jap.



Sedapnyaa






nak nieeee!!!



Now sebab aku malas nak mandi malas nak study malas nak gerak ke mana2 jd aku nk tulis lagi panjang2 izinkan ye tuan hamba. 

        Sempena last kelas hari nie, aku nak buat appreciation la sikit dekat classmate paling havoc uitm kuantan 2014/2015 iaitu LAW H!!!!!!!!! YEAHHHHHHH k mcm hambar je? tak kesahlah. hambar itu cool. yg penting sekarang nie, sepanjang dua sem dgn depa, live dekat uitm kuantan yg besar teramat nie bahagia tiap2 hari. i love you all and i will i will i will i willlllllll misss yooouuuu allllllllllll sangat sangat. dah rasa dah rindu tu nie haa belum betul2 habis lagi nie. all the best final, and all the best for your futue everyone. moga jumpa di syurga.

        Paling penting ni ha, appreciation aku dekat tuan empunya blog nie. dear ASMAA AKMAL MAD DIN. aku sayang mu ketat2 simpul mati kunci besi 14 kali. aku mintak maaf atas semua salah silap aku terhadap dirimu Asmaa, selama aku kat sini. SEMUA k semua. maafkan aku. dan aku maafkan salah mu kat aku kalau ada. 0-0 gitu nahh


hubby nk menyelit jugak

        Ehhh jap mu janji ngn aku nk tunaikan cita-cita aku sebelum balik last day nanti jgn lupa. kalu x merana menyesal xsudah la aku hmmmm tolong eh? hahaha mu je boleh tolong ak tunaikan cita cita nie. ok sambung.

        Nk describe pun mcm xbest describe sini. cuma ringkasnya, orang yg xkenal asmaa akmal mungkin akn kata budak nie dah pahal perangai terencat semacam unsound mind ke apa? tp whatever pun lah yg org judge, kami yg berkepit dgn dia sepanjang detik nie lebih mengenali queen kita nie k. paling penting emosi dia nie kadang2 xstabil.
first selfo dgn asmaa guna enset org tu haaa tak malu


       Banyk lagi la aku nk mengarut tp nanti lah ye aku sambung atau aku buat entry baru haha. btw thank you majlis hari nie hasil usaha keras asmaa, aimi dengan aziz. good job.


      Lagi satu, aku tak tau la siapa kawin dulu nanti but tak kira la bila bila pun jangan lupa jemput. insyaAllah kalau kami , sahabat selamanya mu ni dipanjangkan umur, kitorang akan gi jadi tukang tolong pegang gaun mu yg celeret kat belakang tu nt hahaha. 

      Lagi satu lagi satuu, Final minggu depan kan awak kan? aku tau mu x amek law. aku pun. tapi aku harap kita buat yg terbaik walaupun aku sedar aku sepatah pekatan pun xstudy lagi. takpe takpe hari ni jumaat. paper isnin. lambat lagi kan kann? hahaha cuma aku sangat sangat lah xmo repeat. aku harap kawan2 aku takde yg kena repeat jgk. seksa.
jgn jadi macam koala nie tau, xsedar hape.
                                                                          

      And And aku nk gitau jugak, Aku ingat first day aku kenal mu yg kita melompat lompat depan pintu rumah aku sebab jumpa classmate pertama masing2. hahahaha pastu aku ingat kita kena kejar ngn budak mana entah kat taman gelora. aku ingat kita kena kejar ngn monyet kat tc. aku ingat kita makan sepanjang hari sampai kembung kat melaka. aku ingat kita guna perfume free tiap kali gi watson. aku ingat kita sewa kete and mu jadi driver paling scary aku pernah naik. aku ingat kita partner asignment, aku ingat kita group sama the whole sem elc speaking. aku ingat kita pernah terbaring betul2 depan pagar uitm mujur xdek kete lalu kalu x kena lenyek dh pdn muka. aku ingat denim night kita gi stemboat jalan beserah. aku ingat kita round kuantan seharian jalan kaki alasan nak cari penal code tapi xbeli pun sebab habis. aku ingat kita gi hiking bukit panorama sama group, kita gi camping sekhemah. Dan banyak lagi. Aku akan ingat sampai kapan pun bak kata indon dan paling penting , kita buat semuanya dengan TLP. Bat. Noi. Tie. Mak. aku akan ingat sampai bila bila.



STAY STRONG,STAY PRETTY.  
Terima kasih untuk segalanya ASMAA. terima kasih banyak.


Typing with Love,
Tiyaaaaaaaaaa. @kasturigarnet





Thursday 12 March 2015

tell me the story ^_^

Assalamualaikum dan salam maghrib semua.

Sebab tengah bosan tuggu bebudak ni buat discussion dekat group whatsapp aku pun bukak blog. Cuba mencari ilham. 

Aku now kat rumah. Baru je balik. Entah hati ni meronta sangat nak balik rumah aku pun tak tahu sampaikan aku sanggup ponteng kelas. 

Apekah. Minat maaflah lecturer lecturerku. Saya ingatkan kalian ke Jengka. Jadi saya pun menyusun strategi bagaimana mahu pulang ke kampung.

Cis Asmaa dah muka pemalas macam muka biri biri tu buat alasan semua. Pergi mereput sekarang. Hahaha lol. Weh pernah tengok Marie had a little lamb tak. Jap jap aku pergi google gambar dia.

Takdelah gambar tapi aku screen capture marie punya video.


Tang taram taram taram. Nilah Marie. Weh sheep dia sumpah comel sangat. Nak bela seekor. Tapi kan. Lepas aku tengok gambar biribiri yang sebenar terus cancel nak beli.




Nah ni Encik biri-biri. Terasa geli. K nampak sangat aku jahat. Tapi itulah. Aku rasa yang Marie punye ni mesti baby biri biri.

Sebab aku cakap macam tu kerana......




Ya Tohan comel sangat. Pastu lepas Marie bela sampai besar dia pun bunuh biri-biri dia sebab dah tak comel. Hahahahaha k tu aku tipu. Takpun dia jual dekat then beli baby sheep yang baru. Sebab nak mengekalkan imej sexy baby sheep itu sendiri. Lol merepek apekah aku ni. 

Dah stop Asmaa merepek. Aku tengok video Marie had a little lamb ni sebab anak sedara aku lah suruh aku tengok. Punyalah aku tengok video sama setiap hari aku boleh kira dah bulu baby sheep Marie ni. Cis penipu! Okey okey aku siap hafal dah lagu dia. 

Tahu tak, masa aku dah beli tiket nak balik Terengganu tetiba petang tu Naim cakap yang sebenarnya Madam Syazrah ada je. Dia malas nak pergi Jengka. 

OO EM GEE. Aku dah beli tiket. Huwaa apekah. Dahlah minggu lepas aku ponteng dah kelas dia sebab pergi berseronok makan aiskrim pusing dekat ECM. Cis ni semua agenda semata mata. Okey aku ngan Noi terpaksalah ponteng kelas lagi sekali sebab balik. Dahlah minggu lepas tanpa rasa bersalah kami pergi makan aiskrim putar yang dekat Padini. Kalau sesiapa rasa nak makan aiskrim yang dia machine, pergilah kat sana. Mintak yang perisa jagung dan ada buah kiwi. Harga dia RM7.40 tak termasuk GST dan harge service.

Aku tak jumpa gambar yang betol tapi adalah lebih kurang. Imagina ade buah kiwi sekeliling dia dan dia dalam mangkuk. Bukan gelas tinggi ceni.


First time makan dengan Afiqah. Kitorang share sama rata. Tapi sebab kali ni makan dengan Bat dan Noi aku rasa tak puas hati. 

Kalau makan dengan Bat memang rasa nak tampar je muka dia sebab selalu makan lebih. Kalau aku share laicikang ngan dia kan sumpah dia hirup air laicikang tu banyak gila. Tapi takpelah Bat. Aku sayang kau. Muah ciked. Nanti aku rindu orang yang selalu pow makanan aku.

Haa tadi aku pergi sekolah adik aku. Mesyuarat PIBG. Tak menarik langsung. Takda yang handsome nak buat ngorat. Okey tampar muka sendiri . Emerald sedar diri kau tu dah 19. Diorang 17 dan mohon berpijak pada bumi yang nyata. *sakit jantung

Tapi sebab pergi sekolah yang semua bebudak aku rasa aku matang matured bergaya semua. Sebab kan dah masuk universiti. Tambahan lagi aku dah nak masuk degree bulan 9 ni. Cis padahal final pun belum lagi.

Hish mana Azizun ni. Aku ngan Noi dah berbincang dia je krik krik. Hish stress aku. Dahla esok dah kena hantar. Akibat bertangguh sangat camni lah jadinya.




Okey back to story. Aku cerita dekat my mommy pasal kes budak universiti aku yang keluar asrama sebab stress ape ntah dengan pakwe dia. Pastu parents dia datang Kuatan cari dia tapi dia takde. mak dia hampir pengsan tau dak. Aku still concern jugaklah pasal budak tu walau dia pernah fitnah aku. Sedih sobss. 

Dah nasib kau Emerald, selalu ada je manusia yang tak puas hati dengan kau walau kau tak usik hal diorang.

Dah sebab aku comel dan baik sangat. K tu aku tipu. 

Pastu aku tanya lah pendapat mak aku. Dia sedih tak kalau aku buat hal cenggitu.

Pastu jawapan mak aku tak boleh blah.

"Mak doa dia mati cepat-cepat. Tak guna hidup kalau menyusahkan mak bapak."

Aku terdiam sebab kasar sangat bunyinya. Mak pandang aku.

"Cuba fikir, kalau dia selalu susahkan mak dia lagi berdosa besar. Mak doa supaya Allah ambil dia dalam keadaan terindah. Mungkin semasa tidur takpun masa solat ke. Lagipun dia buat macam tu bukan sahaja susahkan parents dia tapi jugak orang sekeliling dia. Mak harap kalau ada anak mak macam tu mak doakan dia diambil Allah supaya tak banyak dosa dia buat. Allah akan ambil orang yang Dia sayang kerana Dia taknak lagi banyak dosa yang hamba Dia buat."

Mendalam tak. Hish terdiam aku. Mak baik sangat. Muah ciked.

 Tapi jauh di sudut hati, aku taknak dah mak aku nangis sebab aku. Cukuplah aku susahkan mak dengan nakal yang melampau ni. Aku taknak mak aku nangis sebab risaukan aku dan sebab aku derhaka. Tapi hati mak ni even kita rasa perbuatan kita biasa je. Tapi dia dah terasa. 

Contoh kalau dia suruh basuh pinggan dan kita jawab kejap lagi tu pun mak dah terasa. Lembut sangat hati mak ni. Mak,I'm sorry sebab tidur tadi tak dengar mak suruh sapu depan rumah. Penat sangat naik kereta tadi. 

Cakap dekat mak tadi. Rasa tenang balik rumah sebab tak payah fikir duit nak habiskan kalau nak makan. Makanan 24 jam ada. Dahla kat rumah selalu mak masak sotong. Kat UiTM takde sotong. Jahat!

Semalam lepas balik bukak tudung kuali nampak sotong goreng. Sangat terharu sebab instinct mak kuat sampai aku rasa nak makan sotong terus ada. 

Takde ape sangat pun nak cakap tapi thanks kepada yang selalu view blog ni. Walaupun isi dia tak menarik tak bermanfaat sangat dahla kekadang typo tapi aku nak ucapkan terima kasih jugak. Blog ni sebenarnya kawan aku. Tempat aku nak luahkan rasa sayang aku dekat kawan aku. Kadang kadang segan nak cakap depan-depan tapi dekat sinilah aku luahkan. Jadi jika rasa ada yang annoying dengan aku sebab perasan bajet diva dan semua hal yang tak senonoh di samping banyak merepek. Ni lah life aku. Semua yang jadi aku tak tipu. Jadi bila ada yang menyinggung hati sesiapa tanpa aku sedar maafkan aku. Aku tak sempurna,


Dah sekian.


Saturday 7 March 2015

Sem 2. Ayuh !

Assalamualaikum guys. Dah 1.20 pagi 8 Mac 2015. Umur makin bertambah. Dan moga hati juga makin sado.

First of all, malam ni aku baru ada ruang yang sangat lapang dan mood yang sangat baik untuk betul betul share dekat blog.  Banyak cerita yang aku tak update sebab dek kesibukan yang terlampau. *sebenarnya aku malas.

Tanpa membuang masa. Aku mulakan cerita sem 2 yang penuh keajaiban kasih sayang.


First, kami travel sebab temankan Noi pergi hadiri kenduri kahwin kawan dia. Sangat menarik sebab kami travel pakai duit sendiri dan plan sendiri perjalanan. Macam orang dah besar. 

Tak ada gambar sangat untuk dishare,


Second,


Sambut birthday Tiyayaya kentang si buah hati comel kiut miut.

Kami plan party ni lebih kurang sebulan dan lebih kurang seminggu kami berusaha cari idea yang bernas nak hasilkan surprise yang dia tak pernah sangka. 

Kami nak dia menangis, Dan alhamdulillah dia menangis. Dan kami hampir dihanyut ombak dek prank birthday sangat. Nasib Allah masih bagi kami peluang nak hidup. Nak menangis sebab takut.










Menarik kan?? Jangan pernah rasa rugi untuk menyayangi seseorang. 



Third, kami pergi Hiking dekat Bukit Panorama. 

Sangat penat tapi sebab azam yang sangat kuat kami berjaya sampai dekat atas. Thanks dekat gemok kesayangan selaku ketua kumpulan yang sentiasa temankan kami yang tercungap cungap nak naik kat atas. Pisang goreng awesome. 5 bintang untuk semangat yang tinggi. Toi hampir putus asa nak patah balik tapi aku tipu dia cakap kalau dia turun dia kena turun sorang sorang. Then dia sampai ke atas jugak. Wee tahniah Toi.


Fourth, aku sahaja yang pergi program rumah anak yatim. Seronok tapi sedih tengok nasib diorang. 
Lepas balik rumah anak yatim aku terus call mak aku cakap aku berterima kasih sangat sebab sayangkan aku. Dan sentiasa ada untuk aku. Nampak tak manja. Aku tak boleh imagine kalau mak aku takde. Mommy !! sobss





Fifth, kami pergi camping pulak. Masa program camping ni, ada satu lagi event untuk bebudak UiTM iaitu Sandiwara Pantai. Tapi sebab penat sangat berkhemah selama 2 hari 1 malam kami tidur kepenatan. Tak pergi pun program Sadiwara Pantai.

TLP yang GOJES



Satu khemah dengan diorang. 

Sixth, aku pergi rumah Bat. Seronok sangat. Tak ada jugak gambar yang nak share.


Seventh, debate kami havoc sangat. Walaupun kami selalu emo masa berlatih tapi kami berjaya mempersembahkan debateyang sangat baik. Congratz All.


nilah partner in crime dekat kelas.

Eighth, sambut bithday aku. Sebab baru je berlaku hari ni ( 7 Mac 2015) aku nak share dengan penuh semangat. 


Semalam , selepas study nak Muet Bat sibuk nyanyikan lagu Happy Birthday dekat aku. Dia suruh aku berlakon pura pura terharu sebab dia ingat birthday aku. Lawak gila. Selepas tu, ramai lah yang wish birthday dekat aku. Siap hantar voicenote nyanyi semua tu. Aku asyik kena marah dengan Bat sebab taknak tidur. Katanya aku nak exam duduk sibuk main handphone. Baru je nak tidur Hussain pulak call. Wish birthday semua. Aku senyap je bila dia wish sebab aku ingat dia tak ingat. Thanks Hussain.

Then, aku pun berusaha nak tidur. Baru jer tertidur, aku terbangun balik sebab bunyi phone Noi. Ada orang call. Then Noi keluar bilik. Then ada patut dia kunci pintu. Dia tak tahu ke Aipa nak kejutkan aku nak study Muet subuh nanti. Aku nak marah tapi dah tak berdaya sebab mengantuk. Then Bat pulak keluar dan dia tak kunci pintu. Aku pun sambung tidur. Then baru je terlelap kejap, aku dengar suara Noi kejutkan Toi cakap dia sakit. Aku malas bangun sebenarnya sebab esok kan Muet. Then bunyi suara Noi menangis. Aku pun bangun tengok Noi dah meringkuk dekat katil Bat. Aku tanya sakit kat mana dia tak jawab. Aku pun bangun nak cari phone nak call sesiapa then masa tulah bebudak ni masuk bilik bawak kek sambil nyanyi lagu happy Birthday. Then aku tengah terharu dia lempar serbuk putih. Aku berdebar dah sebab aku tengah duduk dekat katil Bat dan diorang lempar tepung ke. Pedih sangat mata aku sebab masuk debu tu. Rupanya bedak JB. Apekahh. Then diorang tarik aku keluar bilik. Tengah rumah ada lilin bentuk love. Lepas tiup lilin kami makan gelak gelak. 

The pagi tadi aku Muet dan ramai sangat yang wish birthday. Moga makin cantik, makin solehah la. Apepun , thanks korang. Dan sebab semalam aku tak tidur hadap korea aku tertidur kepenatan lepas habis exam Muet. Aku bangun tidur sebab suara Noi jerit suruh aku bangun. Aku baru je mimpi kahwin dengan putera raja. K tu tipu. Rupanya dia nak tanya aku boleh bawak kereta manual ke tak. Aku angguk jelah. Then dia suruh aku bersiap nak pergi ambil kereta sewa. Amboi Noi siapa yang nak bawak ni.


Plan asal aku dan Toi jadi pemandu. Masa aku turun tu aku jumpa class rep aku. Dia duduk berbincang pasal lagu untuk dinner kot. Aku pun cakap pasal plan Noi dan tetiba dia baik hati dan nak tolong kami. last last Toi tak pergi sebab Toi nak bersiap pergi tengok bola dekat stadium. 

Kami pun pergi ambil kereta. Aziz la yang bawak. Then tetiba keluar idea nak pergi makan dekat Tanjung Lumpur. Aziz pun suruh aku drive sebab nak tengok aku boleh drive ke tidak nanti nak ambil dia dekat asrama siswa. Tak sangka aku berjaya drive.

Then tadi kami pergi makan malam sambut birhday aku dekat Ana Ikan Bakar. Aziz belanja kami makan ikan siakap seekor. Kami siap pergi Kuantan Waterfront dan bersiar siar. Dan malam ni aku terharu sangat sangat dapat ucapan kasih sayang. 

"Dalam hidup kita, kita ada family dan kawan. Tapi mak ada dua dua" - Tiyo

" Walaupun dia selalu unsound, tapi dia sayang aku dan aku sayang dia." -Bat

Aku tahan je air mata sebab malu dengan aziz. Tapi sumpah Aziz baik sangat. Mohon girlfriend Aziz sayang kawan aku ni elok elok. 

Dan esok ada lagi plan . Nak sambut birthday dengan TLP. Tadi Toi takde. 

selalu cari gaduh dengan aku

happy us



friendship is the most important thing that a friend needs in his/her life



Tantarang. Kalau Aziz takde girlfriend aku dah suruh dia jadi menantu aku. Hahaha. Terima kasih semua. 

Thanks to sissy yang selalu ada untuk aku. Trololol dan TLP yang selalu buat aku sakit urat perut banyak sangat gelak, I love you guys.

kami adik beradik sepusat sepusing mak ayah lain lain.

TROLOLOL

Dah dekat pukul 3.Kepada yang komen blog aku entri qwertyuiop tu aku ada cakap pasal Ex aku. Kau cakap aku tak patut nak buat macam tu.

Aku cakap senang je. Siapalah kau yang nak judge apa yang aku buat. Apa yang aku buat aku dah cakap elok elok dengan dia. Cuma aku buat post tu sebab aku nak bagi jawapan yang pasti jangan cari aku dah. Hiduplah sebahagianya. Apa yang aku buat, aku dah discuss dengan parents aku, family aku, dan semua member aku. So, kau nak komen aku tak berhak buat macam tu dekat dia tak patutlah kot. Sebab kau tak rasa apa yang aku lalui. Dan tak faham apa situasi aku.

"Kenapa taknak couple?"

Taknak penat sakit hati.

Sekian.