Nuffnang ads

Friday 25 March 2016

Langkah Kaki




hai dan selamat pagi.

Aku punyalah takde idea nak menulis blog sampai tulis tajuk ambik masa lebih 3 minit kot. Otak lemah makan banyak sangat jajan.


Yes hallu I'm back. Entri lepas aku duduk bercerite pasal result bersyukur semua kan.


Now, aku nak cerita pasal kehidupan aku selepas menjadi Seketariat Mahasiswa Fakulti secara rasminya.


Mungkin ada yang tak tahu apa tu  Seketariat Mahasiswa Fakulti dengan nama ringkasnya SMF.

SMF adalah satu organisasi fakulti yang olong pihak atasan uruskan program untuk pelajar. Kalau universiti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah majlis tertinggi , bagi fakulti pulak SMF adalah organisasi tertinggi.

Masa mula masuk sem, aku kena jadi pengarah program. Kena pergi UiTM awal 5 hari tak silap aku sebab ade mesyuarat bersama Timbalan Dekan dan kertas kerja Program Pemantapan Destini Siswa akan dibentangkan. Aku kena jadi pengarah program masa tu. Dan menggigil gigil tangan aku masa bentangkan kertas kerja depan Encik Azhar.

FIRST TIME KOT!

Alhamdulillah walaupun ade masalah sikit tapi timbalan dekan puas hati dengan PDS ni.


Sekarang ni semua SMF sibuk buat kertas kerja masing masing. Sebab mesyuarat TAPA dekat sangat dah. Jadi nak taknak semua pakat duduk buat kerja masing masing.

Meeting tak payah nak cakaplah. Tipulah aku cakap dalam seminggu tu takde meeting. Mesti ada. Dua hari lepas ade meeting dah, ahad ni meeting lagi. Meetig kecik kecik dekat bilik tu tak payah nak cakap. Wajib!


Sibuk tu tak payah nak cakap dan merungut. Memang kalau nak jadi SMF kena cekal tabah dan sabar orangnya, Penat macam mana kena ikhlaskan niat tu.


Yang paling kelakar, minggu lepas aku tetiba kena handle Program Sukarelawan. Organisasi ni baru lagi masih terkapai kapai dan tak nampak lagi tanah berpijak. Aku macam apa je tak tahu apa apa tetiba kena jadi ketua. Nampak tak aku gila kuasa. Dah jadi SMF lepas tu gila kuasa nak jadi ketua Sukarelawan lagi.


Kalau sesiapa nak pegang jawatan aku, aku boleh je hulurkan. Setiap tengahari Rabu kena pergi jumpa penasihat lepas tu pergi jumpa penyelaras pulak. Dalam kesusahan ade kesenangan. barisan SMF tak putus putus bagi semangat. Terbaru, ketiga- tiga timbalan presiden aku semua kawan baik aku dan boleh buat kerja. Takde aku nak stress sangat buat kerja kan.


Doakan, proposal aku berjaya. Semoga kita mampu berdiri kemas sebagai satu pasukan sukarelawan yang kuat berpijak di tanah nyata.


Btw, aku tengah usahakan kertas kerja kebudayaan untuk dibentangkan ke Indonesia. Doakan cita-cita aku tercapai.

aku pun sibuk dengan kelab drama aku. Haih, Tabahlah Asmaa Akmal.

dah lima suku. doakan aku tabah hadapi assignments berlambak dan test yang berderet tuggu aku. Take care,


haa tips aku untuk orang yang asyik tanya macam mana nak bahagia walaupun sibuk.

pertama: Enjoy setiap apa yang kita buat dan ikhlaskan niat
kedua: Buat bodoh je bila orang marah kutuk kau. Learn from it,
ketiga: kalau kau ade gf / bf yang asyik buat kau sedih. lupakan dia
keempat: hormat guru. senyum je selalu
kelima: selalu pandang positif. telefon rosak pon aku anggap Tuhan saje bagi aku rasa tukar phone baru
keenam: hargai masa tidur kau. kalau berpeluang tidur, tidur okey? Tidur boleh hilangkan stress.
ketujuh: hargai masa dengan parents. aku selalu call mak aku or abi aku bila aku rase dunia aku gelap. mitak semangat balik. (takde bf nak mengadu nasib)
kelapan: makan je sebanyak mana yang nak, avoid shopping barangan. dengan makan kita akan bahagia
kesembilan: buat baik dengan semua orang. jangan susahkan mereka. contohnya, pergi buang sampah dekat rumah sampah sendiri jangan longgokkan depan tandas kesian akak cleaner kena kutip sampah kita.
kesepuluh: JANGAN PERNAH LUPAKAN TUHAN. (NI YANG UTAMA)


jujur aku cakap, aku banyak lukakan hati kawan aku bila aku asyik sibuk. Tak sempat nak keluar. kalau aku ade masa pon mesti aku tidur. Selalu gaduh dengan diorang sebab aku asyik sibuk tapi aku tahu mereka faham kekangan masa aku. terima kasih sebab selalu doakan kekuatan aku. kalian lah pemberi kekuatan.

bye!