Nuffnang ads

Saturday 4 July 2015

(Day 26)Single Woman 30-days Blogging Challenge






Ramadhan Kareem gais. Now pukul 3 30 pagi.



Dah aku ni memang penyangak sebab tak tidur malam so macam tak dapat diselamatkan lagi. Okey menangis semorang sebab menangisi nasib malang aku.


Rasa macam bukan manusia sangat. Tak tahulah feeling tak tidur malam dan tidur siang ni macam zzzzz (baca:serabut) sangat. If ada yang ws aku siang hari dan aku reply 4 5 jam kemudian sila faham yang tu waktu aku tidur.


Aku baru siap baca blog zack zukhairi. Walaupun blog zack ni tahap ni bangang apa tah tapi kan aku asyik gelak je. I adore him very much. Dengar cerita dia dah ada anak now. Moga bahagia selalu ye zack.


Tetiba kan, aku dapat feel ape ke bangang la aku ni taip blog macam taknak menaip. If laa aku tetiba ada secret admirer yang begitu meminati blog aku, aku telah mengecewakan harapannya untuk baca blog aku. Aku tengok entri aku sejak kebelakangan ni macam hampeh sia. Cis takdak feel macam seorang blogger langsung. So sebab aku dah baca dah blog zack zuckhairi ni aku kutip balik feeling nak menaip dan menyahut seruan single woman 30 days blogging challenge ni. Maafkan aku tapi aku ada sedikit gangguan emosi sejak kebelakangan ini.



Name a song that makes you cry every time you hear it and why.


Okey baru baru ni aku duduk menghabiskan sinetron "Healer" . Biar ah nak panggil sinetron untuk kata kunci drama. Satgi ada lah tu si tikus yang perli Healer tu as drama not sinetron sebab tu indonesia.


Okey sila abaikan tikus yang bangang abadi.


Okey lagu dalam tu tajuk dia Eternal Love nyanyian Michael eh.

Lagu dalam drama healer ni pasal bond antara orang yang kita sayang tak kira betapa jauhnya seseorang itu dari kita, tapi kita tetap ingat antara satu sama lain.


Okey aku still tak boleh move on dengan lagu ni sebab aku teringat dekat someone yang dah lama tinggalkan aku. Dah 3 tahun dia tinggalkan aku senanya.


Okey aku kenal dia since aku darjah dua. Aku selalu berutus surat dengan dia. Yelah masa tu aku mana pandai main handphone. Every year dia akan bagi hadiah dekat aku. Dia akan bagi baju raya ke peralatan menulis semua tu. He was a good man.


Aku start kurang call dia after aku masuk asrama. Sebab busy and masa tu aku form three. Ada cikgu aku cakap aku ada surat. I really know and cam sangat tulisan dia. Tulisan dia berangkai and sangat cantik kemas.


And dalam surat tu dia ada bagi aku duit and pesan suruh aku belajar rerajin. And after tu aku terus call cakap surat dah sampai and aku ada la promise kan nak balas balik surat tu. Tapi bila aku nak pos, aku dapat satu call dia meninggal dah. Pulang ke pangkuan Tuhan.


Sedih and aku nangis kot masa tu. 7 tahun je aku sempat rasa kasih sayang dia. Masa aku tahu tu, aku rasa macam tak boleh berdiri sebab the day yang aku takut sampai dah. Aku call ayah cakap dia dah takde. Ayah diam je. Ayah laa yang selalu hantar aku pergi beraya dekat rumah dia. Setiap kali kereta ayah dah nak menjauh, nampak lambaian tangan dia dengan senyuman dia yang membahagiakan. Dia selalu pesan dekat ayah. lama sangat ayah diam tak bercakap. Last ayah cakap, Tuhan lebih sayangkan dia. Suara ayah sebak.


Ingat lagi semua nasihat dia. Kata kata dia. Even meja study yang aku beli dengan guna duit yang dia bagi tu still dalam keadaan elok lagi. I really miss him.


Setiap kali aku lalu depan simpang nak masuk area rumah dia pedih sikit tau. Sebab ingat first time aku sesat nak pergi beraya then dia cakap lorong nak masuk rumah dia ada signboard "Perdana Textile". And dia selalu  cakap kat situlah dia selalu beli baju raya untuk aku.

Sedih kot bila orang yang selalu tulis surat kata semangat tetiba dah takde dalam hidup kita. And sebab kami selalu berutus surat aku pandai buat ayat puitis. Thanks to him.


Every night, biasanya aku akan pasang lagu ni dekat phone and mesti akan teringat segala memori aku dengan dia. Sedih serius!

Bila fikir balik yang aku terlepas nak hantar surat last betapa hancurnya hati. Moga alfatihah yang selalu dikirimkan menjadi pengikat antara kita berdua.



Al fatihah untuk insan yang sangat menenangkan masa zaman kecil. (Lap air mata). Semoga beliau dijaga dengan rahmat Illahi. Selamat beristirahat dan semoga tenang di 'sana'.

No comments: