Nuffnang ads

Monday 6 July 2015

(Day 27)Single Woman 30-days Blogging Challenge




Ramadhan Kareem gais.


Titisan titisan terakhir untuk cabaran 30 hari nak tamat dah. Sebab ada hari yang hari yang rajin so kekadang update 3 entri sekaligus nak cover yang terupdate so cenilah jadinya.


Anyway, hari ni birthday Zulfa 6 Julai key. Happy birthday to the most adorable sister in my life. Me really love you. Tayang zulfa.


Sat sebelum nak masuk tajuk entri ke 27 . Ye dah hari ke 27. Gigih dan rajin tak. Yeay.

Aku nak bercerita pasal tragedi hari ni. Nak dijadikan cerita aku mengidam nak makan nasi ayam untuk berbuka while mak aku nak makan ayam tempayan. So kami terjumpa satu parking yang agak jauh laa dari bazar. Mak nak start balik kereta nak cari tempat parking baru then aku berkeras nak parking jugak. Alasan aku "dah ada peluang jangan lepaskan nanti tak jumpa dah peluang lain". Sebab mak malas nak gaduh so we agreed nak parking je kat situ. Bapak jauh tempat ayam tempayan dah laa mak asyik membebel sebab aku laa kami kena jalan jauh. Mak cakap aku degil pastu tak nak dengar orang cakap ape laa. Mafla mak ni memang perangai anak mak yang comel ni kan.


Then after dapat dah apa yang dihajatkan, aku pom berdiri tepi jalan konon nak jaga line mak nak keluar dari parking. Tapi kereta mak aku tak hidup aw engine dia. Kami dah menggelabah. Dah la pukul 5 setengah dah asar tak lagi ni.


Thanks to Allah, tempat parking kami bersebelahan dengan workshop. (siapa nak parking kat situ tadi - angkat kening). Pastu uncle tu cakap kereta mak tak de bateri so kena tukar battery baru. Dahla dalam purse ada berapa hinggit je lolol apekah. Then aku terpaksa berkorban jalan kaki jauh nak gi ambik duit dekat Petronas. Berpeluh peluh don't care asalkan dapat duit kan.


Terima kasih lah kepada pengalaman berjalan pusing satu Kuantan dan Kelantan masa asasi dan travel ke Kelantan ritu. Sebab tak lah rasa jauh sangat kan dah terbiasa.

 Then pukul 6 50 baru sampai rumah. Solat asar dinasour . Oh Allh, forgive us!

Back to topic, talk about something that you really, really love about yoursef.


uish tajuk dia. Mengancam semacam. Apa yang aku suka pasal diri aku. Banyak sangat.


Sebab malam ni baru jumpa bae ( Jang Jae Yeol ) so semangat nak taip panjang panjang. Entri hujung dah ni kan. Ehem.


1) Instinct yang sangat tepat.


Aku tak tahulah adakah ini anugerah ke apa kan. Tapi firasat aku sentiasa tepat. Not laa 99.99% tepat but almost 80% tepat tau. And if aku terlalu fikirkan sesuatu tu mesti akan dapat ilham/ hint sesuatu from mimpi ke apa ke. Yeah that's me. And aku rasa the instinct ni datang masa aku darjah enam when aku start pergi sekolah naik basikal alone. And one day aku rasa tak sedap hati pastu jantung aku berdegup sampai aku rasa nak pengsan and I told my grandma. So dia tak bagi pergi sekolah dengan basikal and suruh mak aku hantarkan. Eii gedik konon firasat laa kan. And after balik sekolah mak aku cakap pagi tu ada mamat mamat gian dadah berkumpul di jalan yang biasa aku lalu. If laa aku naik basikal jugak, maka tiadalah Asmaa Akmal now.



Since tu, apa sahaja yang aku buat dibantu dengan instinct. Even result UPSR PMR SPM ujian semester 1 aku dapat melalui mimpi. Sama sebijik.

And sebab instinct aku terlalu kuat almost semua desicion aku adalah berdasarkan kata hati aku. Tak tahulah kenapa tapi bersyukur lah kan. Bukan semua orang ada kata hati yang sentiasa menyebelahi tuannya. And sebab firasat ni jugak aku terselamat beberapa kali dari malapetaka yang hampir mencabut nyawa. Phew macam ada seorang yang jaga aku kan. ^^ Of course ada yang jaga . Yang dekat 'atas'.

2) Tersangat berani

As anak ketiga yang kononnya memegang semangat api maka keberanian ini sangatlah sukar dibendung. Kekadang nenek aku selalu mengeluh sebab keberanian aku ni terlalu sukar dibendung. Tak tahulah kenapa mungkin darah pahlawan mana tah meresap dalam badan aku. And sebab tu lah jugak mak sampai now tak bagi aku bawak kereta dia. Dia tahu dah apa akan jadi dengan kereta dia sebab motor dia dah macam kepunyaan aku.

Dulu aku selalu takut nak keluar malam tapi sejak dah pernah keluar sekali malam aku macam dah tak takut even area rumah aku memang bahaya. Entahlah sebab kemahuan nak makan burger lagi tinggi dari perasaan takut. Dulu masa sekolah aku lah yang selalu cari pasal dengan cikgu addmath sampai kena halau keluar kelas. Pastu dengan beraninya tahan kereta cikgu Zaiton acah heroin nasib cikgu Zaiton tak langgar. My bad masa zaman bebudak.


Sebab ditambah konon dengan ada instinct tu lagi maka dengan lebih yakin laa nak buat apa apa kan. Rasa macam sesuatu buruk akan berlaku aku tak buat laa.

Tapi serius aku tak berani tengok cerita hantu. Sebab hantu yang real tak sama macam yang dalam televisyen kot. (Just joking) Benci gila kalau ada orang usik hantu. If la mulut dia masin berkat ke apa ke kalau betul betul ada siapa nak tolong halaukan.


And aku lah antara anak yang berani keluarkan pendapat aku dengan kata lain membantah jika sesuatu tak kena dengan apa yang aku rasa. (Mohon jangan tiru). Bukan antara tapi aku lah anak yang paling suka melawan. Dah berapa kali kena warning dengan mak sebab nakal degil menyakitkan hati tak dengar kata. Masa form 4 aku nyaris kena pukul sebab pergi Langkawi tanpa restu mak. Maafkan anakmu ini.


And if laa aku rasa tak puas hati dengan seseorang ke, aku terus cakap apa yang aku rasa. Sebab aku tahu the worst feeling ialah tak tahu apa salah kita.


Moga berani tak melampau.

Bai.

No comments: