Nuffnang ads

Saturday, 7 March 2015

Sem 2. Ayuh !

Assalamualaikum guys. Dah 1.20 pagi 8 Mac 2015. Umur makin bertambah. Dan moga hati juga makin sado.

First of all, malam ni aku baru ada ruang yang sangat lapang dan mood yang sangat baik untuk betul betul share dekat blog.  Banyak cerita yang aku tak update sebab dek kesibukan yang terlampau. *sebenarnya aku malas.

Tanpa membuang masa. Aku mulakan cerita sem 2 yang penuh keajaiban kasih sayang.


First, kami travel sebab temankan Noi pergi hadiri kenduri kahwin kawan dia. Sangat menarik sebab kami travel pakai duit sendiri dan plan sendiri perjalanan. Macam orang dah besar. 

Tak ada gambar sangat untuk dishare,


Second,


Sambut birthday Tiyayaya kentang si buah hati comel kiut miut.

Kami plan party ni lebih kurang sebulan dan lebih kurang seminggu kami berusaha cari idea yang bernas nak hasilkan surprise yang dia tak pernah sangka. 

Kami nak dia menangis, Dan alhamdulillah dia menangis. Dan kami hampir dihanyut ombak dek prank birthday sangat. Nasib Allah masih bagi kami peluang nak hidup. Nak menangis sebab takut.










Menarik kan?? Jangan pernah rasa rugi untuk menyayangi seseorang. 



Third, kami pergi Hiking dekat Bukit Panorama. 

Sangat penat tapi sebab azam yang sangat kuat kami berjaya sampai dekat atas. Thanks dekat gemok kesayangan selaku ketua kumpulan yang sentiasa temankan kami yang tercungap cungap nak naik kat atas. Pisang goreng awesome. 5 bintang untuk semangat yang tinggi. Toi hampir putus asa nak patah balik tapi aku tipu dia cakap kalau dia turun dia kena turun sorang sorang. Then dia sampai ke atas jugak. Wee tahniah Toi.


Fourth, aku sahaja yang pergi program rumah anak yatim. Seronok tapi sedih tengok nasib diorang. 
Lepas balik rumah anak yatim aku terus call mak aku cakap aku berterima kasih sangat sebab sayangkan aku. Dan sentiasa ada untuk aku. Nampak tak manja. Aku tak boleh imagine kalau mak aku takde. Mommy !! sobss





Fifth, kami pergi camping pulak. Masa program camping ni, ada satu lagi event untuk bebudak UiTM iaitu Sandiwara Pantai. Tapi sebab penat sangat berkhemah selama 2 hari 1 malam kami tidur kepenatan. Tak pergi pun program Sadiwara Pantai.

TLP yang GOJES



Satu khemah dengan diorang. 

Sixth, aku pergi rumah Bat. Seronok sangat. Tak ada jugak gambar yang nak share.


Seventh, debate kami havoc sangat. Walaupun kami selalu emo masa berlatih tapi kami berjaya mempersembahkan debateyang sangat baik. Congratz All.


nilah partner in crime dekat kelas.

Eighth, sambut bithday aku. Sebab baru je berlaku hari ni ( 7 Mac 2015) aku nak share dengan penuh semangat. 


Semalam , selepas study nak Muet Bat sibuk nyanyikan lagu Happy Birthday dekat aku. Dia suruh aku berlakon pura pura terharu sebab dia ingat birthday aku. Lawak gila. Selepas tu, ramai lah yang wish birthday dekat aku. Siap hantar voicenote nyanyi semua tu. Aku asyik kena marah dengan Bat sebab taknak tidur. Katanya aku nak exam duduk sibuk main handphone. Baru je nak tidur Hussain pulak call. Wish birthday semua. Aku senyap je bila dia wish sebab aku ingat dia tak ingat. Thanks Hussain.

Then, aku pun berusaha nak tidur. Baru jer tertidur, aku terbangun balik sebab bunyi phone Noi. Ada orang call. Then Noi keluar bilik. Then ada patut dia kunci pintu. Dia tak tahu ke Aipa nak kejutkan aku nak study Muet subuh nanti. Aku nak marah tapi dah tak berdaya sebab mengantuk. Then Bat pulak keluar dan dia tak kunci pintu. Aku pun sambung tidur. Then baru je terlelap kejap, aku dengar suara Noi kejutkan Toi cakap dia sakit. Aku malas bangun sebenarnya sebab esok kan Muet. Then bunyi suara Noi menangis. Aku pun bangun tengok Noi dah meringkuk dekat katil Bat. Aku tanya sakit kat mana dia tak jawab. Aku pun bangun nak cari phone nak call sesiapa then masa tulah bebudak ni masuk bilik bawak kek sambil nyanyi lagu happy Birthday. Then aku tengah terharu dia lempar serbuk putih. Aku berdebar dah sebab aku tengah duduk dekat katil Bat dan diorang lempar tepung ke. Pedih sangat mata aku sebab masuk debu tu. Rupanya bedak JB. Apekahh. Then diorang tarik aku keluar bilik. Tengah rumah ada lilin bentuk love. Lepas tiup lilin kami makan gelak gelak. 

The pagi tadi aku Muet dan ramai sangat yang wish birthday. Moga makin cantik, makin solehah la. Apepun , thanks korang. Dan sebab semalam aku tak tidur hadap korea aku tertidur kepenatan lepas habis exam Muet. Aku bangun tidur sebab suara Noi jerit suruh aku bangun. Aku baru je mimpi kahwin dengan putera raja. K tu tipu. Rupanya dia nak tanya aku boleh bawak kereta manual ke tak. Aku angguk jelah. Then dia suruh aku bersiap nak pergi ambil kereta sewa. Amboi Noi siapa yang nak bawak ni.


Plan asal aku dan Toi jadi pemandu. Masa aku turun tu aku jumpa class rep aku. Dia duduk berbincang pasal lagu untuk dinner kot. Aku pun cakap pasal plan Noi dan tetiba dia baik hati dan nak tolong kami. last last Toi tak pergi sebab Toi nak bersiap pergi tengok bola dekat stadium. 

Kami pun pergi ambil kereta. Aziz la yang bawak. Then tetiba keluar idea nak pergi makan dekat Tanjung Lumpur. Aziz pun suruh aku drive sebab nak tengok aku boleh drive ke tidak nanti nak ambil dia dekat asrama siswa. Tak sangka aku berjaya drive.

Then tadi kami pergi makan malam sambut birhday aku dekat Ana Ikan Bakar. Aziz belanja kami makan ikan siakap seekor. Kami siap pergi Kuantan Waterfront dan bersiar siar. Dan malam ni aku terharu sangat sangat dapat ucapan kasih sayang. 

"Dalam hidup kita, kita ada family dan kawan. Tapi mak ada dua dua" - Tiyo

" Walaupun dia selalu unsound, tapi dia sayang aku dan aku sayang dia." -Bat

Aku tahan je air mata sebab malu dengan aziz. Tapi sumpah Aziz baik sangat. Mohon girlfriend Aziz sayang kawan aku ni elok elok. 

Dan esok ada lagi plan . Nak sambut birthday dengan TLP. Tadi Toi takde. 

selalu cari gaduh dengan aku

happy us



friendship is the most important thing that a friend needs in his/her life



Tantarang. Kalau Aziz takde girlfriend aku dah suruh dia jadi menantu aku. Hahaha. Terima kasih semua. 

Thanks to sissy yang selalu ada untuk aku. Trololol dan TLP yang selalu buat aku sakit urat perut banyak sangat gelak, I love you guys.

kami adik beradik sepusat sepusing mak ayah lain lain.

TROLOLOL

Dah dekat pukul 3.Kepada yang komen blog aku entri qwertyuiop tu aku ada cakap pasal Ex aku. Kau cakap aku tak patut nak buat macam tu.

Aku cakap senang je. Siapalah kau yang nak judge apa yang aku buat. Apa yang aku buat aku dah cakap elok elok dengan dia. Cuma aku buat post tu sebab aku nak bagi jawapan yang pasti jangan cari aku dah. Hiduplah sebahagianya. Apa yang aku buat, aku dah discuss dengan parents aku, family aku, dan semua member aku. So, kau nak komen aku tak berhak buat macam tu dekat dia tak patutlah kot. Sebab kau tak rasa apa yang aku lalui. Dan tak faham apa situasi aku.

"Kenapa taknak couple?"

Taknak penat sakit hati.

Sekian.

Monday, 1 December 2014

a new beginning

Assalamualaikum and haloo pretty people.

Hari ini dah 2 Disember 2014 dah hari ini aku dah start kuliah. Semalam seusai aku sampai UiTM dan kemas bebarang aku mama Erni tetiba ajak pergi jalan-jalan. Aku pun apa lagi terus cakap yes. dan kami semua roomates pergi ikut mama Erni.

Btw, aku dapat sebilik dengan Bat, Zati dan Erni. Pergh heaven senyum memanjang. Dan rumah aku kami empat orang je bebudak law. Yang lain teslian semuanya. Aku memang krik krik la dengan diorang sebab aku kan dah ada geng, same goes to them. So memasing buat kerja sendiri dan rumah aku senyap gila. Masing-masing duduk dalam bilik jarang keluar bilik. Ruang tamu kosong je. Pelik kan. Maybe sebab awal lagi kot dengan kata lain kami tengah cuba menyesuaikan diri dengan orang baru. Hihihihi

Kelas aku macam biase dengan perangai bising-bising lagi. Tiada apa yang berubah. Group Homa sama blok dengan aku so kitorang macam agak kerap terserempak. So kitorang taklah jadi macam sem 1 payah jumpa. Hmm sadis betol.

Hmm aku rasa tenang lepas balik Kuantan. Tiada lagi stress kena marah  sebab suara aku terlalu kuat. Dan tiada lagi nak bebel aku kalau aku malas nak mandi ke, makan ker ape ke. Simple.

And aku rasa hidup aku sebagai ajk GIA busy sikit kot. Doakan hati aku sado dengan jadual kelas yang agak paat ditambah pulak subjek yang kena struggle. 

Dan moga sem 2 ini dipenuhi kerahmatan. InsyaAllah.Biiznillah. 

Saturday, 22 November 2014

sayang aku semue comel comel ^_^

Assalamualaikum. And good morning . Cis morning ape ke bende dah pukul 9. 37 pagi. Ala morning jugak.

Hari ni dah 23 haribulan dan tinggal 6 hari lagi nak balik Kuantan. YYYYEEEAAAAAAAAAAH Kuantan! 

Ahaa hari ni aku bangun awal sebab dah nak biasakan bangun awal. Nanti dah ada kelas kat Kuantan senang la sebab dah ada preparation. Bangga jadi diri sendiri. (ayat sepet aku)

Aku dah rancang dah nak bawak baju berapa helai, nak bawak tudung berapa helai dan banyak lagi yang aku dah nak masukkan dalam list. Eksaited nak balik Kuantan Tuhan je tau. Rasa nervous sebab budak rumah pun baru dan rasa happy sesangat sebab dah sure budak bilik adalah my bestfriends. Siapa yang tak bahagia kan. We own the world. 

Aku rasa bahagia gila ada korang wei. Sumpah kalau aku rasa lost dengan diri sendiri sebab masalah peribadi aku, korang lah penyembuh luka aku. "Wei ayat nak suruh belanja makan pizza ker".  Tak tak, aku ikhlas. 

Semalam aku macam baru sedar dengan diri aku sendiri, yang aku banyak abaikan parents aku, family and pelajaran aku sebab perkara sia-sia. Dan alhamdulillah aku masih hidup hari ni dan berpeluang untuk tebus balik dosa aku. InsyaAllah.

"Kat Kuantan nanti kita solat subuh jemaah nak?"

"Zohor depends la sebab tengok kelas macam mana."

"okey okey, kite jemaah setiap kali Subuh, Maghrib dan Isyak"

"kite try istiqamah yang ni dulu"

Aku senyum je bace conversation diorang ni. Asal korang ni sweet dan comel sangat aku rasa. Hish aku tak caye korang ni member aku. Satu dalam seribu. Eh tak tak. Empat dalam seribu.

Korang ada keistimewaan sendiri. Okey aku rajin nak cakap sebab korang kan suka stalk blog aku. So aku rasa aku confess perasaan aku kat sini jer.

Zati : mak rasa zati paling kebudakan yang boleh buat mak rasa nak gelak je dengan perangai tak matang. Selalu buat mak rasa semangat sebab selalu tolong dalam pelajaran. Walau rasa nak give up tak jadi sebab zati selalu cakap "takpe, kite belajar sama- sama". Ayat tu comel gile tau dak. 

Erni : aku rasa erni ni macam kekasih aku. Sebab kalau aku boring ke ape ke, aku call dia lah sebab aku suka kacau die. "mak, kau nak penampor ke haa" "mak , nak peluk". Aku selalu otp ngan die memalam sampai mama dia asyik tanya dia tu otp dengan pakwe ke ape. Hahaha. Aku selalu pinjam duit dengan dia and dia tak pernah kesah aku bayar bila. Weii kalau aku mati halalkan eh takpun mintak dengan family aku.Hahahhaha

Bat: kalau aku rasa nak mulakan sesuatu yang payah dan aku rasa sedih, kaulah yang jadi matahari aku. Sampai aku nangis kat meja makan semalam sebab kena tazkirah. Dan semua family aku macam "kau gaduh dengan boyfriend eh". Dan kalau aku nak beli baju 2 pasang murah kaulah yang jadi mangsa kena beli jugak kan.Untuk cukupkan jadi dua. Kau satu aku satu. Hehehe.

Tiya: yang sentiasa cool semacam. Kau selalu je jadi penyokong aku dari belakang. Walaupun kau terasa hati ngan aku tapi kau buat tak peduli pun. tiya I love you tau. Takde istilah bezakan sesiapa dan kaulah yang jadi kawan aku dulu mase kita masuk kelas H dulu. Aku takkan lupakan jasa kau tau. Muah ciked.

Memang aku tak tahu nak cakap apa atas kesyukuran aku. Aku akan cakap jasa korang yang dah banyak sedarkan aku dari jahiliyyah ni dekat padag Mahsyar nanti tau. InsyaAllah. Aku sentiasa doakan korang ni sentiasa di bawah naungan kasih sayang.

And cop cop Aku ada nak cakap aku sayang my sissy Zulfa Abdullah sebab selalu caring pasal aku. Selalu ajarkan aku cara nak pakai baju bergaya tapi tutup aurat, ajar aku pakai lawa-lawa. Selalu gak bagi pinjam baju dan semuanya yang buat aku sayang gila kau sissy. "kenapa sayang gila?" Sebab kalau kau dah tak jadi kawan aku entah la nak jadi apa hidup aku nanti. You're my star in my dark night.

Betullah apa yang mak aku cakap. Biasa apa yang Allah uji adalah sebab Allah sayang. Berapa kali ntah aku asyik salahkan takdir aku takde bestfriend masa sekolah menengah. Aku rasa kalau aku dah ada bff dari dulu mungkin aku takkan hargai korang. Sebab aku dah pernah rasa tak dihargailah aku rasa sayang korang sangat-sangat dan taknak korang rasa tak dihargai sebab aku. Apa yang aku terkurang maafkan aku eh. Aku tak sempurna. Sobss...

Dan moga berakhir segala ketidakgembiraan untuk bulan November. :)

Dan aku nak sambug buat keje. Take care my sweethearts . Love yu to the moon and back. Love till Jannah.