Nuffnang ads

Saturday 7 March 2015

Sem 2. Ayuh !

Assalamualaikum guys. Dah 1.20 pagi 8 Mac 2015. Umur makin bertambah. Dan moga hati juga makin sado.

First of all, malam ni aku baru ada ruang yang sangat lapang dan mood yang sangat baik untuk betul betul share dekat blog.  Banyak cerita yang aku tak update sebab dek kesibukan yang terlampau. *sebenarnya aku malas.

Tanpa membuang masa. Aku mulakan cerita sem 2 yang penuh keajaiban kasih sayang.


First, kami travel sebab temankan Noi pergi hadiri kenduri kahwin kawan dia. Sangat menarik sebab kami travel pakai duit sendiri dan plan sendiri perjalanan. Macam orang dah besar. 

Tak ada gambar sangat untuk dishare,


Second,


Sambut birthday Tiyayaya kentang si buah hati comel kiut miut.

Kami plan party ni lebih kurang sebulan dan lebih kurang seminggu kami berusaha cari idea yang bernas nak hasilkan surprise yang dia tak pernah sangka. 

Kami nak dia menangis, Dan alhamdulillah dia menangis. Dan kami hampir dihanyut ombak dek prank birthday sangat. Nasib Allah masih bagi kami peluang nak hidup. Nak menangis sebab takut.










Menarik kan?? Jangan pernah rasa rugi untuk menyayangi seseorang. 



Third, kami pergi Hiking dekat Bukit Panorama. 

Sangat penat tapi sebab azam yang sangat kuat kami berjaya sampai dekat atas. Thanks dekat gemok kesayangan selaku ketua kumpulan yang sentiasa temankan kami yang tercungap cungap nak naik kat atas. Pisang goreng awesome. 5 bintang untuk semangat yang tinggi. Toi hampir putus asa nak patah balik tapi aku tipu dia cakap kalau dia turun dia kena turun sorang sorang. Then dia sampai ke atas jugak. Wee tahniah Toi.


Fourth, aku sahaja yang pergi program rumah anak yatim. Seronok tapi sedih tengok nasib diorang. 
Lepas balik rumah anak yatim aku terus call mak aku cakap aku berterima kasih sangat sebab sayangkan aku. Dan sentiasa ada untuk aku. Nampak tak manja. Aku tak boleh imagine kalau mak aku takde. Mommy !! sobss





Fifth, kami pergi camping pulak. Masa program camping ni, ada satu lagi event untuk bebudak UiTM iaitu Sandiwara Pantai. Tapi sebab penat sangat berkhemah selama 2 hari 1 malam kami tidur kepenatan. Tak pergi pun program Sadiwara Pantai.

TLP yang GOJES



Satu khemah dengan diorang. 

Sixth, aku pergi rumah Bat. Seronok sangat. Tak ada jugak gambar yang nak share.


Seventh, debate kami havoc sangat. Walaupun kami selalu emo masa berlatih tapi kami berjaya mempersembahkan debateyang sangat baik. Congratz All.


nilah partner in crime dekat kelas.

Eighth, sambut bithday aku. Sebab baru je berlaku hari ni ( 7 Mac 2015) aku nak share dengan penuh semangat. 


Semalam , selepas study nak Muet Bat sibuk nyanyikan lagu Happy Birthday dekat aku. Dia suruh aku berlakon pura pura terharu sebab dia ingat birthday aku. Lawak gila. Selepas tu, ramai lah yang wish birthday dekat aku. Siap hantar voicenote nyanyi semua tu. Aku asyik kena marah dengan Bat sebab taknak tidur. Katanya aku nak exam duduk sibuk main handphone. Baru je nak tidur Hussain pulak call. Wish birthday semua. Aku senyap je bila dia wish sebab aku ingat dia tak ingat. Thanks Hussain.

Then, aku pun berusaha nak tidur. Baru jer tertidur, aku terbangun balik sebab bunyi phone Noi. Ada orang call. Then Noi keluar bilik. Then ada patut dia kunci pintu. Dia tak tahu ke Aipa nak kejutkan aku nak study Muet subuh nanti. Aku nak marah tapi dah tak berdaya sebab mengantuk. Then Bat pulak keluar dan dia tak kunci pintu. Aku pun sambung tidur. Then baru je terlelap kejap, aku dengar suara Noi kejutkan Toi cakap dia sakit. Aku malas bangun sebenarnya sebab esok kan Muet. Then bunyi suara Noi menangis. Aku pun bangun tengok Noi dah meringkuk dekat katil Bat. Aku tanya sakit kat mana dia tak jawab. Aku pun bangun nak cari phone nak call sesiapa then masa tulah bebudak ni masuk bilik bawak kek sambil nyanyi lagu happy Birthday. Then aku tengah terharu dia lempar serbuk putih. Aku berdebar dah sebab aku tengah duduk dekat katil Bat dan diorang lempar tepung ke. Pedih sangat mata aku sebab masuk debu tu. Rupanya bedak JB. Apekahh. Then diorang tarik aku keluar bilik. Tengah rumah ada lilin bentuk love. Lepas tiup lilin kami makan gelak gelak. 

The pagi tadi aku Muet dan ramai sangat yang wish birthday. Moga makin cantik, makin solehah la. Apepun , thanks korang. Dan sebab semalam aku tak tidur hadap korea aku tertidur kepenatan lepas habis exam Muet. Aku bangun tidur sebab suara Noi jerit suruh aku bangun. Aku baru je mimpi kahwin dengan putera raja. K tu tipu. Rupanya dia nak tanya aku boleh bawak kereta manual ke tak. Aku angguk jelah. Then dia suruh aku bersiap nak pergi ambil kereta sewa. Amboi Noi siapa yang nak bawak ni.


Plan asal aku dan Toi jadi pemandu. Masa aku turun tu aku jumpa class rep aku. Dia duduk berbincang pasal lagu untuk dinner kot. Aku pun cakap pasal plan Noi dan tetiba dia baik hati dan nak tolong kami. last last Toi tak pergi sebab Toi nak bersiap pergi tengok bola dekat stadium. 

Kami pun pergi ambil kereta. Aziz la yang bawak. Then tetiba keluar idea nak pergi makan dekat Tanjung Lumpur. Aziz pun suruh aku drive sebab nak tengok aku boleh drive ke tidak nanti nak ambil dia dekat asrama siswa. Tak sangka aku berjaya drive.

Then tadi kami pergi makan malam sambut birhday aku dekat Ana Ikan Bakar. Aziz belanja kami makan ikan siakap seekor. Kami siap pergi Kuantan Waterfront dan bersiar siar. Dan malam ni aku terharu sangat sangat dapat ucapan kasih sayang. 

"Dalam hidup kita, kita ada family dan kawan. Tapi mak ada dua dua" - Tiyo

" Walaupun dia selalu unsound, tapi dia sayang aku dan aku sayang dia." -Bat

Aku tahan je air mata sebab malu dengan aziz. Tapi sumpah Aziz baik sangat. Mohon girlfriend Aziz sayang kawan aku ni elok elok. 

Dan esok ada lagi plan . Nak sambut birthday dengan TLP. Tadi Toi takde. 

selalu cari gaduh dengan aku

happy us



friendship is the most important thing that a friend needs in his/her life



Tantarang. Kalau Aziz takde girlfriend aku dah suruh dia jadi menantu aku. Hahaha. Terima kasih semua. 

Thanks to sissy yang selalu ada untuk aku. Trololol dan TLP yang selalu buat aku sakit urat perut banyak sangat gelak, I love you guys.

kami adik beradik sepusat sepusing mak ayah lain lain.

TROLOLOL

Dah dekat pukul 3.Kepada yang komen blog aku entri qwertyuiop tu aku ada cakap pasal Ex aku. Kau cakap aku tak patut nak buat macam tu.

Aku cakap senang je. Siapalah kau yang nak judge apa yang aku buat. Apa yang aku buat aku dah cakap elok elok dengan dia. Cuma aku buat post tu sebab aku nak bagi jawapan yang pasti jangan cari aku dah. Hiduplah sebahagianya. Apa yang aku buat, aku dah discuss dengan parents aku, family aku, dan semua member aku. So, kau nak komen aku tak berhak buat macam tu dekat dia tak patutlah kot. Sebab kau tak rasa apa yang aku lalui. Dan tak faham apa situasi aku.

"Kenapa taknak couple?"

Taknak penat sakit hati.

Sekian.

No comments: