Nuffnang ads

Monday, 24 October 2016

Insan yang dirindui


Apa khabar?

Serius lama dah tak menulis kat sini. Sebab kekangan waktu.

Hari ini gelap 26 hari nenek pergi. Tak reti nak ungkapkan dengan kata-kata kesedihan yang aku rasa. 


Terlalu gelap. Betapa pedihnya hilang dia sampaikan setiap kali ada orang sebaya nenek aku yang aku nampak mesti aku menangis. Tak tahu. Aku rindu sangat dan tak mampu nak call pon. Dia terlalu jauh. 


Tadi aku pergi bank, aku duduk sebelah nenek yang umur 70 lebih. Aku renung dia lama cuba ubat kesedihan kat hati aku. Tak tahulah kenapa aku makin sensetif. Makin kuat menangis. Setiap kali aku pergi mana-mana aku nampak ada orang tua duduk dengan cucu dia aku sedih sangat.

"Alangkah bahagianya cucu tu."


"Alangkah beruntungnya dia masih dapat peluk nenek dia"


"Alangkah gembiranya dapat rasa lagi apa yang nenek masak"



Aku cuba untuk kuat tau. Aku cuba taknak menangis. Tapi...


Air mata jatuh sendiri. Setiap kali aku buat air milo, terbayang suara nenek aku yang sangat sukakan air milo aku. Terbayang dia duduk di meja makan sambil tunggu aku buat air milo dia.


Can you just kill me????????



Aku tak tahu apa rasa balik rumah lepas ni. Takde dah orang datang nak marah aku sebab gelak tengah malam. Takde dah!


Sumpah rindu!



Setiap kali aku call mak dan takde dah suara yang mintak phone nak cakap dengan aku.



Terkilan sebab tak mampu jaga dia di saat akhir. Terkilan tak mampu nak cakap sayang nenek.



Terkilan. 

"Nak bagitahu kita sayang dia, bacalah Al-Quran"


Ni yang selalu mak pesan.


Tak tahulah bila Asmaa Akmal akan berhenti menangis setiap kali nampak orang tua. Tak tahu.


Al fatihah untuk nenek yang paling sayang Asmaa Akmal. Yang tak pernah lupa nasihatkan Asmaa Akmal. Yang selalu menangkan Asmaa Akmal. Yang selalu manjakan Asmaa Akmal sangat.



Terima kasih nenek untuk jagaan selama 20 tahun dari kecik sampailah Asmaa Akmal yang sekarang.



Yang sangat merindui nenek,

Asmaa Akmal.



No comments: