Nuffnang ads

Monday, 8 January 2018

HELLO 2018






Selamat tahun baru 2018.

Sumpah lama gila tak post. The last time I wrote on  my blog was 24th October 2016. Such a lazy girl(read:busyperson).


So hello 2018?? Yas or nah???😝😝



So many stories to tell but I'll keep it simple.

......... (blank tak tahu nak mula yang mana)

Birthday saya. Yihh Asmaa Akmal dah masuk umur 21 tahun. TAHUN NI 2018 MASUK 22 I'M A VERY OLD GIRL. Takpelah it's okay. You can do this. Asmaa Akmal dapat surprise daripada girls and Muazzam. I know they love me so much. No need to tell me okay. hihi.

Muka aku masa ni macam cendol sebab memang tak de plan pon nak melawa mana tahu ada birthday surprise :')

Okay 2017 Asmaa dah start pindah rumah sewa sebab kena tendang daripada kolej. Masa ni barai teruk sebab siap nangis dekat timbalan dekan saya SMF saya nak kolej saya takde kesalahan disiplin kenapa saya tak dapat kolej??? Tapi Alhamdulillah lepas puas berusaha selama 2 minggu kot, dapat cari rumah sewa yang selesa. Mak pon dah bising sebab lama sangat tumpang bilik orang susahkan orang cepatlah cari rumah sewa.Okay mom. I got it.

Masa pergi round rumah pertama tiya tak berkenan sebab rumah tu atas bengkel motor dan kedai makan so agak bising. Okay rumah kedua (rumah yang duduk sekarang) Alhamdulillah sewa pon berpatutan bilik ade aircond bilik ade bilik air dan ada almari. Aku dan Batrisyia plan nak duduk sebilik sekali sebab kami kan memang kembar masa nilah nak duduk berdua sampai bosan nanti tak adalah peluang. so masuk 2018 dah hampir 4 tahun laa aku jadi roomate Batrisyia.



Thank you Batrisyia for being my amazing angel (kemaskan katil bila sibuk, kejutkan subuh, kejutkan untuk pergi dating sebab tertidur, bayarkan makanan, share makanan, buangkan sampah, sapu lantai setiap hari, share beli sabun beli makanan masak beli ubat gigi, share perfume baju, teman craving, teman pergi hospital)

(Takde gambar rumah malas nak ambil gambar rumah tapi ada gambar dengan roomate tercinta je)





Okay sebut pergi hospital aku ada cerita which is bila ingat ni aku rasa terharu gila. Sobbs

Sem empat kot aku kena denggi the heck nyamuk mana tak guna gigit aku lepas tu demam teruk gila suhu so kena pergi hospital Shah Alam sebab memang denggi. (Tapi tak kena tahan wad sebab aku tak kritikal cuma suhu tinggi dan paltelet drop menjunam).

Pagi tu gigihlaa Batrisyia bangun awal teman Asmaa Akmal pergi hospital Shah Alam. Sebut hospital Shah Alam hospital kerajaan memang fahamlah berjuta manusia kat situ. So lama gila kami tersadai kat situ lebih 2 jam weh stress dengan sakit kepala nak marah orang tapi aku punya turn lambat gila rasa nak maki pon ada.

Lepas 4 atau 5 jam kot aku kena suntik dengan ubat yang nak hilangkan denggi tapi kesan dia aku rasa sakit gila sampai nak marah. Aku mengamuk kot. Kahkah. Lepas tu Batrisyia dengan tabahnya temankan aku walaupun aku dah naik angin dia suruh sabar. WEII BATRISYIA SURUH AKU SABAR HAHAH K TU KELAKAR.

Lepas tu dapat ubat dan kami balik. Batrisyia pergi beli air mineral angkat dari speedmart naik ke rumah membebel hari hari suruh habiskan 2 atau 3 botol sehari.


Masa ni heaven gila sebab lecturer tak bagi pergi kelas sebab aku pergi kelas bukan belajar pon tidur je sakit tak mampu nak belajar. Platelet aku drop daripada 200 jatuh menjunam sampai 75. Siap kena tahan dekat wad pusat kesihatan UiTM.

Masa ni banyak betul nangis sebab sakit kena cucuk lepas tu menangis sebab sakit hati kena marah dengan Faiz sebab degil taknak dengar nasihat doktor banyaklah nangisnya.

Faiz siap tanya aku "nak mati ke? tak dengar orang cakap tahu tak denggi bahaya! yihhhhhhhhh aku emo betul masa ni. K lol


Thank you Farisha masakkan bubur ketam muehehehhe.

(ada je gambar rekod platlet gambar bubur ketam tapi sumpah banyak gila folder gambar tak larat nak skrol satu satu untuk cari gambar)

Habis fasa denggi.



Lepas tu masa sem 4 kitorang bertiga pergi 'surprise' kan si Toi untuk birthday. Tapi tak berjaya sebab aku laa tu dasar tak pandai menipu kantoi maafkan saya rakan rakan.

Saje belanja muka macam ni. Trademark asasi muka bajet lawa kehkeh


Happy birthday itoi malam ni Toi nangis sambil tengok kitorang bawak aiskrim.



Kami jugak sambut birthday Batrisyia. FOR THE FIRST TIME IN OUR FRIENDSHIP. Alaa bukan sebab tak sayang tapi sebab birthday dia selalu masa cuti sem. Aku selalu pos je hadiah dia sebab tak mampu nak pergi Kelantan.

So ni laa kitorang sambut Birthday Batrisyia Afni si ulat bulu love youuuu.


Muka Batrisyia masa ni terharu tapi tak nangis pon sebab Batrisyia memang susah nangislah. Dia akan nangis setahun dua kali je okay.




Okay banyak benda yang tercapai. Dapat bentang kertas kerja pasal warisan masyarakat Terengganu dekat Johor. Bangga sebab ni pembentangan antarabangsa so kertas kerja ni iktiraf sampai peringkat kebangsaan laa. Wiwiwiwi I'm proud with myself. You're doing amazing job girl.


There's your girl hihi




Dapat baby boy. Wiwi Harraz nama dia. Dah ada anak sedara perempuan nak jugak anak sedara lelaki hoho

Si gemuk dua orang ni dah laa nakal eish

 Nampak aku macam tengah pregnant, okay whatever nilah Harraz. 


Dapat kakak ipar baru. 


Majlis kat rumah kami hehe


Okay sepanjang tahun macam biasa bergelut dengan SMF. Tak pernah nak berhenti dah hantar surat berhenti pon tak berhenti jugak okay tapi alhamdulillah I'm done with SMF. I got 'Kepimpinan Terbaik' wow Hewhew.


Tak ada gambar dengan plaque sebab barai dan penat nak balik rumah nak tido.


Lepas tu gembira sebab banyak tercapai benda yang nak buat dengan boyfriend. Contohnya tengok matahari terbenam sesama. (I know I'm such a romantic person). Banyak lagi benda dah tercapai tapi malas upload nak simpan as koleksi sendiri je.



Bf belanja sephora hihi


 Tahun 2017 jugak Asmaa Akmal beranikan diri perkenalkan Faiz dekat family. Sebab mak asyik tanya bila nak tunjuk boyfriend. Asyik cerita je so kita temukan lulus ke tak.


Dah tahu kot lulus ke tak? InshaAllah jumpa atas pelamin nanti :)


Okay dah 1. 56 pagi. Penutupan dia thank you semua untuk tahun 2017.
The best thing in 2017 I still have this guy in my life.
Nothing is better than this.

Boyfriend dukung Harraz baik pulak Harraz duduk dengan Faiz. 


Thank you sayang teman makan teman layan karenah teman shopping barang teman pergi interview semualah. Love you more yanggg!

Tahun 2018 mencabar sebab dah nak masuk tahun akhir. Yes I'm struggling with my fyp pray for me okay. Dah nak pergi intern yeay I'm done with my degree life!!


No comments: