Nuffnang ads

Wednesday 29 June 2016

RANDOM THOUGHT?





Assalamualaikum dan salam Ramdhan Kareem. Lagi lima hari nak raya dan aku masih tersadai dekat UiTM di hatiku untuk jawab final paper.


Tadi aku buka blog afie. Afie ni boyfriend kawan baik aku dan aku agak tahu lah perangai dia macam mana. Terhibur. Kalian boleh baca blog dia untuk kepastian.


Dalam entri yang terbaru, Afie ada cakap pasal perempuan. I mean characteristics of human being called a girl.


Sebenarnya sebagai seorang perempuan sendiri aku mengaku kami ni agak rumit. Serius cakap, kadang-kadang aku pun tak faham kawan perempuan aku yang lain. Contohnya, kawan baik aku kan Batrisyia, fatiah, Ernie dan Ezzati. Aku selalu je gaduh dengan mereka sebab aku tak faham apa yang mereka nak. Mereka selalu je tak puas hati dengan aku sebab keputusan aku. Selalu je aku sentap atau terasa hati dengan mereka sebab bukan tak bersefahaman tetapi manusia berjantina perempuan sangatlah rumit,


Serious talk.

Apa yang perempuan nak?

1. Marah dekat kau, merajuk dekat kau tapi dalam masa yang sama nakkan perhatian kau.

Aku selalu je merajuk dengan dia. Taknak balas mesej sebab dia saja cari gaduh. Tapi aku nak dia mesej aku walaupun aku tak balas pun mesej dia berhari-hari Aku selalu je tengok conversation lama-lama walaupun aku taknak reply.

"Missing you but ignoring you messages"

Lelaki kena faham. Perempuan sebenarnya nak tengok effort kau untuk curi perhatian dia. Tak balas mesej kau, spam laa, tak de respon jugak?? call je la. Takkan kau call 10 kali dia masih taknak angkat. Please laa guys, tunjuk sikit effort.

2. Jangan buat benda lain masa text/otp dengan dia.

Aku faham kau sibuk. Aku student, kau pun student. Aku faham je kalau kau tak text 24/7 pun. Malah kalau kau tak text seharian sebab kau sibuk dengan assignments kau aku faham je. Aku pun ade je sibuk sampai tak sempat nak reply text dia. Kadang-kadang sebab qada tidur dan mestilah tak balas mesej tak angkat call. Tapi janganlah bila masa yang seciput tu kau buat benda lain. Ye aku faham kau nak sembang dengan kawan, kau ade life, tapi janganlah nak buat serentak. Dah tahu nak SEMBANG DENGAN KAWAN TAK PAYAHLAH CALL. DAH TAHU NAK TENGOK MOVIE TAK PAYAHLAH NAK TEXT.

Tak marah, cuma nak tekankan point.

3. Main phone masa jumpa.

Yang ni aku paling benci. Dah la susah nak jumpa lepas tu main phone. Tak kisahla kau nak text perempuan lain ke, nak main games ke, nak cari baju (shopping online) ke tak pun nak berchat dengan kawan kawan dalam ws group tak payah laa nak buat masa jumpa. Baik kau duduk diam diam dekat bilik dan mainlah phone kau sepuasnya. Macam bodoh je pon ada perasaan tu. Bukan aku nak suruh kau tenung muka aku tau, tapi fokus laa apa yang aku cakap. Ni aku cakap kau duk main games, bila aku habis cakap duk ha haa haa tak tahu aku cakap pasal apa. Pastu buat muka bila aku cakap nak balik. Dah kau nak main phone mohlaa kita balik.

4. Period jokes

Sebab ni bulan puasa, maka golongan boyfriend akan mula buat lawak tak kelakar yang aku rasa bangang.

"you kan tak puasa"

"puasa tak cukup tak boleh raya"


"you puasa ke??"



*diiringi muka nakal.

Serius aku tak suka lelaki macam ni Tak kisahla kau ni caring berjiwa perempuan macam mana period thing tu benda sensetif tau. Memang ada perempuan yang tak kisah tapi kau sebagai lelaki tolonglah faham bukan semua perempuan jenis 'tak kisah'. Kalau ada orang tanya hal peribadi kau bengang. Dah tak reti duduk diam diam ke. Banyak lagi benda nak cakap.

5. Jangan buat perempuan risau.

Aku paling tak suke bila lelaki sibuk dengan assignments mula abaikan makan minum. Lepas tu bila aku marah tak makan buat muka. Yelah kau tak sayang diri kau, buat kerja sakit sakit pastu taknak makan. Aku je yang bodoh yang sayang dan peduli diri kau. Sakit siapa nak jaga? Aku tak boleh nak jaga kau. Lainlah dah jadi isteri kau.


6. Kalau ditanya soalan tu jawab bebetul. Jangan berkias!

Walaupun aku ambil bidang pragmatik dalam bahasa Melayu tapi aku paling tak suka jawapan berkias. Kalau aku tanya sayang aku tak? Cakaplah sayang kalau sayang. Jangan jawab nak buat apa sayang ke takpun jawapan yang menyakitkan hati. Memanglah aku tahu kau sayang aku tapi kadang kadang bila hati terkeliru tak tahu tu perasaan kau betul betul ataupun sekadar hormon je, kau kena yakinkan yang kau memang sayang dia.

tak luak pun kalau cakap

" haa ye sayang. puas hati?"

7. Jangan pernah ungkit.

Kalau gaduh jangan pernah mengungkit. Gaduh besar mana pon jangan lah mengungkit kesalahan dia dulu (buka balik cerita 3 juta tahun dahulu). Gaduh pasal tu dah laa. Jangan meleret.

8. Jangan tengking

Tak tahulah kenapa. Kalau nak tahu apa rasa kena tengking tu, cuba kau fikir bila ayah kau tengking mak kau. Ha tak suka kan? Janganlah buat macam tu.

9. Jangan lupa text bila sampai rumah.

Kalau kau jenis drive ke ataupun bagitahu die pergi mana mana ke, pastikan bila sampai kolej ataupun rumah, text! Tu memanglah bukan wajib pon. Tapi sekurangnya bagitahu kau dah sampai rumah semua. Perempuan akan rasa dihargai.

10. Marah mana perempuan dekat kau dia akan cari kau jugak

Jika kau ada buat benda yag boleh menimbulkan kemarahan dia. Minta maaf dan mengaku laa kesalahan kau. Dan biar dia sejuk dulu. Kalau aku dalam 3 hari takpun seminggu. (bagi aku masa nak maafkan kau ke tidak). Lepas tu barulah pujuk.

Tu je laa aku rasa setakat ni. Moga hubungan kalian baik-baik sahaja. Jangan gaduh.



Kata sayang?






No comments: