Nuffnang ads

Tuesday, 16 June 2015

(Day 5) Single Woman 30-days Blogging Challenge

Harini dah 29 Sya'ban. Malam karang dah start terawih. Yeah.


Maka terkatuplah segala pintu kejahatan dan terbukalah semua pintu kebaikan. Haa marilah berhenshin rakyat jelata sekalian.


Okey hari ni dah kelima. Masih kental berblog aku ye.

The biggest misconception you think people have about single life.


Bila buat reunion kawan sekolah lama, diorang akan tanya soalan ni .


"Wei, kau dengan siapa sekarang?"
"Dengan si A lagi ke?"
"Dah lama tengok kau single, kau tak bosan ke?"


Dan lain-lain.


Dan bila kau jawab kau single lagi, diorang buat muka labi-labi mintak penampar. 

OMG OMG ada lagi ke orang single sekarang?? Wei dah takde sangat ke manusia ?



Kau seorang yang membosankan.
-Kalau tak bosan mesti tak single. Mesti ramai duduk terkejar kejar. 


Kau seorang yang tak pandai jaga pasangan.
-Ni mesti single sebab kecewakan? Tulah, lain kali kau jagalah dia elok elok.


Parents atau keadaan sekeliling
-Mesti anak emak tak boleh couple. Tak pun menyorok couple takut publisiti jatuh.


Takde life.
-Mesti kau ni jenis yang tak suka flirting and manja manja. Kau suka layan drama korea lagi.




Biasa itulah yang akan diutarakan bila kau mengaku single. Ada yang betul.


Sebenarnya kau boleh je nak keluar atau couple dengan sesiapa. Bukan takde orang nak. Cuma kau memilih untuk sendiri. Kau memilih jalan yang selamat.


Aku mengantuk dan tak berapa sihat. Bye!


2 comments:

Nur Hamizah said...

haha ok kenapa labi labi hahahhahahahhahhahahhahahhahahahahhahhaha

semaa kemal said...

sebab buat muka innocent