Nuffnang ads

Monday 15 June 2015

(Day 4) Single Woman 30-days Blogging Challenge

Bukan aku sengaja post dua kali tapi sebab tak sempat post before 15 so aku post laa dua entry.

Buat apa nak explain bukan ada orang kisah pun.


Post aku macam tak bagi inspirasi langsung pun kan. Seriously aku tak pandai nak impress orang. Hahahaha

Orang yang nak try jadi single mesti akan fikir banyak kali kalau dia baca blog aku. Kalau la sesiapa nak nasihat dari aku boleh laa cari acc twitter aku @tuahemerald. Mesti kau akan menangis lepas kena nasihat dengan aku. 


Okey entry keempat adalah:

Your biggest fear as a single person?


Biar aku fikir kejap. Apa yang aku takut eheh. Macam takdak jaa.


Mungkin sebab aku muda lagi. Baru 19 kot. Nak risau pasal jodoh lambat? Nak risau dicop andartu? 


Takdak sebab. 


Aku selalu ada group discussion tau. Pasal jodoh, pasal apa nak buat after nikah for example nak naik roller coaster sesama takpun naik bot dekat Macau macam Geum Jan Di naik boat tu sambil dengar nyanyian pendayung boat. Nampak tak aku terpengaruh dengan cerita.


Pastu nak kahwin tema apa kan. Ni bukan gatal tau tapi sesaja imagine. Masa tu kan dah berjaya so nak buat plan kahwin macam mana pun okey je. Aku nak buat tema hantu. Hahahaha


Kalau tak silap aku, ada lah haritu kitorang cakap pasal degree. And tak boleh blah tajuk dia adalah tackle senior engineer sebab bebudak yang pilih course akademi bahasa ni fakulti kitorang sebelah fakulti engineering. So konon lah nak tackle abang senior. Hahahaha mohon ke laut semua orang.


Seriously aku rasa apa yang aku takut sekali masa single ni cane laa kalau takdak orang nak terima aku lepas tahu perangai aku. 


Aku dahla bising pastu suka buat publisiti murahan. Even semua orang kenal aku. Dekat UiTM sana pun sama makcik kedai pakcik kedai makan abang dekat kedai photostect tak kiralah semua kenal aku. Nampak tak famous.(okey hantuk kepala dekat dinding)

Tapi kan, mak aku pernah cakap. 

Insan yang dijodohkan dengan kita sangat sesuai dengan kita. melengkapi kekurangan mencukupi apa yang tidak lengkap dan menyempurnakan apa yang tidak sempurna."

Aku doa bakal suami aku seorang yag suka buat kerja gila gila contoh masak megi pukul 3 pagi. Kalau megi panas letak ais. Takpun suka main adventure games macam roller coaster. Seronok sikit main jerit jerit . Aku taknak bakal suami aku suka layan coc, tengok korea or layan bola. Aku harap dia suka membaca nanti boleh aku tumpang sekali buku yang dia baca. Pastu boleh lah kami buat mini library dekat rumah. Aku harap bakal suami aku bukan yang jenis tidur berdengkur sebab aku tak boleh tidur. Setakat ni baru sorang aku jumpa tidur tak berbunyi iaitu abang aku. 

Aku ada berbual dengan madam aku. Dia cerita dia tak sangka pun dia akan ada jodoh dah nak masuk 40 kan. Tapi kunfayakun.


Dia cerita, nanti dah kahwin, "korang jagalah your husband tu elok elok. Dah lama kita tunggu dia, hargailah."


Ha nampak tak mendalam maksud madam aku. Sayang madam.


Aku cuma takut sekarang ni tak lepas interview haritu. Hahaha.


Aku tak takut apa pun dalam hidup aku. Aku pakat go on je.Hari lepas aku calarkan kereta mak aku dengan berus basuh pinggan. Apa kaitan kereta dengan berus keluli? Aku beli berus keluli then aku try berus cermin kereta mak aku. Tak sangka kuat betul penangan keluli tu. Hahahaha. Mak marah gila tapi aku cool and cakap nanti asmaa mati ni kira kenangan tanda mak pernah ada anak nakal nama Asmaa. Hahaha comel tak aku ^^


Okey dah. Esok pulak. Nak sambung tengok video dekat youtube pulak. Byeeee

No comments: