Nuffnang ads

Monday 15 June 2015

(Day 3) Single Woman 30-days Blogging Challenge

Hai, so hari ni hari ketiga. Sebenarnya dah masuk hari keempat tapi kan tadi ada ribut petir guruh so aku tak leh nak bukak internet. So, sebab aku rajin sangat malam ni aku nak buat hari ketiga dan keempat terus. Kira okey la kan. Kenyit mata sikit.


okey topik hari ni adalah:


Describe a moment or a day when being single was really awesome. 



Sebenarnya kan single tu taklah seronok mana. Lagi sedap makan bebola ketam yang aku beli dekat sabasun tu. 


Single ni taklah membahagiakan sangat sebab apa yang nak bahagia sangat. Biasa sahaja.


But one thing yang aku rasa ialah freedom. 


"Kau kena buli/seksa ke masa couple?"


Tak lah. Freedom aku rasa ni ialah tak payah nak ada perasaan rindu/ sayang/ cemburu/ sedih or seangkatan dengannya. Biasa biasa sahaja.


Aku ada satu tabiat pelik iaitu mood berubah setiap 20 saat. 


Contohnya, if la aku bosan kan, aku akan text sesiapa. After 20 saat tu, aku rasa takde mood pulak nak balas mesej dia. Then aku pun jawab hambar.

After 20 saat lagi, aku terus tak balas. 


So, if laa sesiapa dapat mesej aku then tetiba aku balas hambar sila abaikan aku.


Hahahahahaha.


The moment yang aku rasa bahagia bila single adalah aku tak payah nak ada feeling rindu tu semua. 

Kalau kau tengok wechat aku kan,dekat what's up aku tulis cenggini tau. "Seorang yang payah reply messages."



Sebenarnya, Aku tak suka menunggu. Aku tak suka text dulu. Aku tak suka nampak aku desperate nak dekat orang tu. Aku tak nak ada rindu sampai aku text dulu. Kalau ada hari aku nak bersendirian aku tak perlu nak cakap dekat dia "saya badmood hari ni, biarkan saya tidur." Tak perlu. Kalau aku malas nak tidur sepanjang hari tak ada orang nak cari aku. and aku tak payah nak dengar bebelan tok yang marah aku ada pakwe selagi tak habis belajar.


Aku nak biasa sahaja. Nak berjaya dulu kejar cita - cita aku. Tapi apa yang kita sayang mesti kita doakan. 


So, aku nak tekankan dengan setegasnya. Single ni tak lah seronok sebab kekadang aku terganggu dengan member yang asyik otp dekat luar koridor dengan bahagianya. Aku terancam bila bebudak univ aku pergi date sweet sweet. Main komen sweet dekat timeline twitter, mention semua. 


Tapi nak cakap satu je, aku terselamat dari semua perasaan jealous gaduh dengan boyfriend. Lupa dah bila kali terakhir aku menangis sebab lelaki. Kihkih. Nangis sebab layan korea adalah. 

Single ni kau jadi diri kau sendiri. Kau hidup atas kaki kau sendiri. Kau rasa bagaimana bahagianya hidup seorang. Nanti dah kawin sibuk layan anak dan suami. Untuk diri sendiri tak ada dah. Lebih lebih lagi perempuan ni haa. So, hargai masa bujang kita ni dulu. 


Aku bahagia single. Kalau kau rasa hidup kau asyik tertekan dengan boyfriend kau, satu je nasihat aku. Mohon Clash sebelum anda ditinggalkan. Leks ah wei, kalau takde orang nak dekat aku nak suruh mak aku cari pakcik pakcik duda yang kaya sedang cari isteri. Dia kaya boleh lah aku ajak dia travel pusing dunia. Dia pun selalu ada kat rumah sebab dah jadi jutawan. Cantik tak plan hidup aku. 

Mesti ada je yang nak kahwin dengan aku. (angkat kening)


Sekian. Bubyeeee.


No comments: