Nuffnang ads

Tuesday 5 May 2015

Sapphire's Rant.

I dont do beautiful words I dont do long captions I hate 'kiasan' the most cause I'm a person who loves to speak directly and just go straight to the point. Nahhh sometimes, I do love poetry. **sometimes okay. So, I WAS FORCED BY NURUL ASMAA' AKMAL to blog tonight. Told her that I'm not in the mood of updating anything, but she still insists to force me. *please just forgive me if I talk crap*

NURUL ASMAA' AKMAL (unsoundness of mind level : infinity) 

I warn you, this post might be so random, so bored to death, but I wont be taking any responsibilities towards any complexities afterwards. Just brace yourself guys!

Well said, sekarang dah masuk bulan Mei. Bulan di mana segala results nak keluar.. Time ni lah nak keluar,time ni lah nak goncang jantung semua orang, time ni lah nak rampas sedikit kebahagiaan kami untuk diselitkan sedikit kegusaran. Allahu Allah. *btw, I would like to congrate both of my sisters, asmaa' and zatie on their outstanding achievements for their MUET results.Applause applause, as your hard work had been paid off.*

Congratulation guys on your achievement!


Hmmm

Sebabtu lah kita perlu keep in mind yang setiap kejatuhan yang kita lalui itu sebenarnya merupakan titik tolak kepada kejayaan yang bakal kita kecapi di kemudian hari. Aku sudah banyak kali melihat orang-orang di sekelilingku jatuh tapi mereka takpernah putus asa untuk bangun,dan terbukti hasil usaha mereka selama ni terbalas jugak kan. Yang dekat luar sana, siapa-siapa yang selalu mengalami severe fall ke apa, tak usahlah kalian bermuram durja sebab adakah kalian tahu, perancangan Allah untuk kalian? Tidak bukan. Believe in Him, as He is the best planner among us all.

Eh maaflah terbagi nasihat sikit.lewls. 'Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi' orang kata. Itulah acuan hidup dekat dunia ni.

Oh dan lagi satu, jangan harap aku nak buat throwback sangat, sebab si asmaa' ni dah banyak kali kan cerita pasal kitorang dalam previous post dia(read: scroll sendiri,harap maklum). Cumanya, kalau korang curious sangat, aku lah si "Jebat Sapphire" yang sering digembar gemburkan si asmaa' dalam post-postnya yang terdahulu. Biasalah asmaa' ni dia sayang aku(read : obsess) sebab manusia pertama yang dia selalu lepak time awal-awal sem dulu, akulah. Since then jadi rapat and so on.

Paling aku suka dengan asmaa' ni , dia tersangatlah best untuk dibahan. Aku merupakan manusia yang paling bahagia jika dapat 'menjatuhkan' dia apabila berkesempatan. Suka buat dia sentap, suka buat dia menangis seorang diri( paling aku akan ingat time dia feeling lagu amnesia,aku suruh flashback pasal 'pingu', bhahahaha sumpah kelakar siaa), suka buat dia naik angin, suka jatuhkan semangat dia dan the list goes on. Apart from that, dia tak kisah pun aku ganggu dia macam tu, Entahlah mungkin dah immune atau kalau kau simpan marah dekat aku, mohon buanglah sebab aku takde maksud lain selain nak buat kau sedar and nak bergurau. Hihihihi. Okayla, aku admit mungkin gurauan aku kadang-kadang menjengkelkan, so aku nak mintak ampun ye mak.

And the most crucial thing yang paling aku akan ingat si asmaa, dia suka belanja aku . Andaikata aku tiba-tiba mengidam nak makan itu ini, dialah manusia yang paling rajin nak teman aku beli or belanja aku terus.

Ini cake red velvet nama dia, dan asmaa dah pun terkena virus red velvet sebab aku. Yeay me

Peristiwa Inai

One day, asmaa ni macam excited gila dengan muka penuh misteri dan muka bagi harapan dia tuh, cakap dengan aku, yang dia nak bagi sesuatu dekat aku. Macam biasalah aku pun berangan dia nak bagi red velvet ke, belanja pizza, belanja laici kang abe and paling tak pun belanja pakwe handsome sorang lol. Petang before turun dinner tu, dia nampak resah gelisah,serba serbi takkena. Hairan jugak dengan karenah si asmaa petang tu, tapi aku diam memerhati. Suddenly, she got a call daripada orang yang dia tunggu-tunggu, lepastu facial expression dia pun jadi positive balik.
Her ayat kills me, A LOT. " Kalau ada rezeki mung, adelah bat." Sheez. Sukahati maknenek nak main cikucak macamtu dengan aku. Kurang hajor  tau dak. Tapi takpe, aku terus bersabar. *acah k acah. So, time tengah rancak berbual *biasalah,aktiviti lepas dinner , semak was looking happily dekat classmate dia yang lalu berdekatan dengan gerai abe. Ernie turut melambai. Semak was so fast, alih alih dah berdiri betul betul depan classmate dia tu, and diorang nampak macam serious je. Tapi muka semak sumpah happy gila, and I wonder why. Lepastu, dengan muka happy tu dia jalan all the way menuju ke port kitorang, dan terus halakan sesuatu depan muka aku. *Surprise!!* "Oh my God, Inaiiiiiiii !!!!! " That time, Tuhan je tahu betapa bahagia kembang 7 taman aku dibuatnya, mungkin abe pun perasan, mungkin, HAHAHA. INAI RUPANYA. Inai rupanya yang dia nak bagi dekat aku. Nampak kan aku merungut dan berharap sangat nak pakai inai, tuptup ada depan mata. YEAY THANKS A LOT MAK! *although angan angan aku yang lain tu meleset.

Peristiwa 6.30 a.m 
( Untuk pengetahuan anda semua, asmaa' merupakan partner in crime saya. Segala kerja gila dan tak masuk akal, bakal saya kolaborasikan dengan dia. Harap maklum)

Selepas berminggu aku mula mendekati someone, tibalah satu idea gila di mana aku nakbagi hadiah dekat dia. Wehhh, bukan hadiah ape pun, souvernir kecil-kecilan je. So aku berkira-kira la malam tu dengan roomates aku, macam mana nak sampaikan hadiah without him knowing. Sekali aku dapat idea nak letak berdekatan locker library. Pagi esoknya before class, to be exact, 6.30 pagi, dengan takmandi dan baru selesai solat subuh, *cause semak's still in her kain sembahyang that time, turun tangga dengan penuh berhati-hati, menuju ke library. Kami berdua ala-ala spy yang nak pergi menyiasat kes berprofil tinggi, memerhati setiap sudut pergerakan kami. Langkah diatur penuh teliti, hilai tawa terpaksa ditahan daripada berderai memecah sunyi pagi yang hening itu. Jantung rasa macam nak tercabut makk oii bila kami nampak kelibat poban(read: Polis Bantuan). Terus dua-dua lintang pukang menyorok di sebalik dinding. Lantas, setelah melihat poban tersebut beredar,kami terus menyambung misi yang tergendala. Finally, aku berjaya letak hadiah tersebut dalam locker yang dah aku tetapkan. Suasana time tu, teramatlah sunyi, kau fikir siapa yang nak turun bawah time time lepas subuh macam tu, memang taklah weh, kitorang je rajin *sebab ada misi . Sebelum berangkat pulang, kami dikejutkan lagi dengan suara manusia yang seakan-akan mahu turun dari tingkat atas. lantas kami berlari tanpa menoleh ke belakang, terus menuju ke blok kami. Asmaa dengan lajunya memecut *nampak ah kain sembahyang dia yang berkibar kibar tu meninggalkan aku di belakang. Kalau aku tak tahu tu asmaa, sumpah weh aku berlari takcukup tanah. What the heck, kain sembahyang warna putih berkibar-kibar di pagi hari. Menggerunkan.


Asmaa' dan cita-cita.

It comes suddenly, out of the blue, wherever we are, whenever it is, asmaa' mesti akan mengutarakan ayat "bat, aku ada satu cita-cita." Dan aku taktahu kenapa, aku rajin nak dengar cita-cita dia tu. Mungkin sebab,sebenarnya cita-cita asmaa' takmelampau pun kalau nak dibandingkan dengan cita-cita aku. Biasanya cita-cita dia mudah sangat nak dilunaskan. Seperti sekarang ni, aku tengah merealisasikan cita-cita dia. Weh jangan confused. 'cita-cita asmaa' dalam konteks ayat aku is, benda yang dia rasa dia nak buat. It'll just pop out anytime, so you better be ready and brace yourself for any kind of situation. Susah untuk diduga bila masa dia nak keluarkan cita-cita dia tu. Sepanjang hidup 2 sem ni, dah berapa banyak cita-cita dia yang berjaya digapai. Wahhh mesti bangga kan,bila cita-cita tercapai. Terima kasihlah dekat aku okay, sebab banyak jugak aku menyumbang *jenis manusia yang nak dapat credits* haha :P *although dah takhidup di Kuantan pun, dia boleh cakap pasal cita-cita dalam group whatsapp, korang tau ape??!*


Dear Asmaa',

If suddenly distance drifts us apart,
Dont worry cause you'll stay in my heart,
Dont worry cause I wont fall too hard.

Our stories,
Our laughter,
This bond that we've built together,
Shall stay within this border,
Of friendship different from others.

Nothing shall fade,
No one could resemble hate,
Because we grow fond of each others' fate,
Not too soon nor too late.




Nurul Asmaa' Akmal Md. Din,
You're the one,worth suffering for.


12.37p.m
Love, batrisyia @btrsyafni

No comments: