Nuffnang ads

Thursday 30 April 2015

MOVE ON

Hai and assalamualaikum.

Malam ni nak update pasal topik sensetif. 


Malam ni aku nak cakap pasal move on. 



Move on ni adalah satu proses untuk melupakan seseorang ataupun proses kita nak berubah. Contoh mudah, kalau aku ada suka someone then kena reject of course la aku kena move on. Nanti dikata syok sendiri tak sedar diri sediri. Takpun dulu ambik course Law di UiTM lepas tu aku dah give up tak leh nak survive so aku move on lah dari Law ni. Aku pilih Akademi Bahasa pulak.



So move on ni bukanlah proses melupakan someone semata mata. 


Minggu lepas adalah seorang hamba Allah yang asyik tanya aku cara nak move on. 


"Susah tak nak move on?"

"Berapa lama nak move on?" 

"Apa kena buat bila nak move on?"



Merujuk soalan di atas sebenarnya move on ni atas diri kita. Susah or senang bergantung dekat diri kita. Sebab kita yang control hati kita minda kita.


Aku rasa move on yang aku paling sakit sekali masa aku frust dengan someone yang aku panggil pingu. "7 MONTHS" Sumpah sakit gila sebab aku tak tahu the actual reason dia berubah. Sekelip mata. 




Kalau pernah terbaca post aku yang lama lama aku ada banyak kali mentioned pasal dia ni. And betapa berterima kasihnya aku dekat dia yang mengajar aku begitu banyak kesabaran dan kepayahan.



Hidup aku masa move on tu amatlah sedih. Aku hilang berat badan sebanyak 6 kilogram sebab aku putus selera makan. Aku jadi rendah diri. Aku terpaksa berlakon happy setiap kali aku jumpa dia. Aku pergi travel ke KL sebab nak lupakan kesedihan aku. Aku melalak setiap malam but still I can't forget him. Aku pergi waterpark pergi zoo siap food hunting but tak jadi apa pun. Lepas tu masa cuti sem aku pergi cari balik diri aku. Aku imbal balik apa yang berlaku. Aku pergi jumpa ramai orang. Aku pergi berseronok dengan kawan kawan aku. 



And finally aku berani story cerita ni dekat my mom. Aku cakap la aku tak tahu dah nak buat apa. Lepas tu mak aku bawak aku pergi jumpa ustaz. Ustaz tu suruh aku minum air bacaan AlQuran.


Orang akan cakap apa kejadah patah hati jumpa ustaz. Ni kira bukan sebab aku patah hati ni sebab aku perlukan ketenangan diri. Aku hilang diri aku siapa.


Dan kata kata ustaz amatlah bermakna. 

"Sudah masa awak cari Dia balik"


Sentap. Masa tu lah aku menangis sepenuh hati aku. Apa yang aku buat selama ni. Kenapa aku jahil sangat. Mana diri aku. Mana jati diri aku. Mana ilmu yang aku belajar dekat sekolah.



And after tu, aku mula buang semua kenangan. Aku sibukkan hari aku. Aku call mak aku instead of rindu dia. Aku pergi kacau member aku . Aku delete semua gambar kami.




Then, aku dah boleh move on. Alhamdulillah. Aku ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang ada masa aku jatuh tu especially mak aku selaku penguat semangat dan buah hati buah hati kesayangan Bat Noi Tiya Toi Biha Aimi sebab tolong aku move on.




And minggu lepas aku ada frust dengan someone. Sebab aku respect dia and tetiba aku dapat tangkap perlakuan dia yang aku tak pernah bayangkan. Masa first time aku tahu sakitlah jugak. Nak menangis but air mata tak keluar. 


But afer 2 days only , I can laugh happily as I am. 



Sebenarnya, apa yang jadi dalam hidup kita adalah rancangan Dia.

 'Expect less hurt less', Zulfa,2015


And aku tahu, if something happened mesti ada sebab. Mungkin sebab untuk aku jadi lebih baik . Who knows.

So untuk move on, tu sebenarnya atas kita. 


Cara yang aku boleh suggest untuk move on, 

Solat taubat. Tu adalah teguran dari Dia. Sebab kau lalai so Dia tarik balik apa yang kau sayang. Nah sebijik atas kepala.


Mengaji. Masa mengaji tu bacalah surah yang menunjukkan Allah itu Maha Penyayang. Aku prefer surah Ar Rahman. Sumpah kalau kau hayati mesti leleh air mata kau. Takpun baca Surah At Taubah sebab dalam tu banyak diingatkan seksa kepada orang yang lalai. Mohon sentap! If tak pandai mengaji bukak youtube. Dengar dan faham makna.




Solat hajat. Mohon kepada Dia agar diberi kekuatan dan diberi rahmat agar tak mudah sedih dengan hal yang tidak penting. 



Pergi baca buku motivasi. Janganlah baca novel cinta nanti terkenang dekat memori si dia pulak. Bacalah buku yang membantu kita kuat dan ingat kepada Allah. InsyaAllah.



Pergi tengok muka parents kau. Lama mana kau dah abaikan diorang sejak ada buah hati. Dah terbalas ke jasa diorang??


Pergi kelas agama. Kau akan bercampur dengan ramai orang so bolehlah kau lupakan masalah kau buat seketika.


Workout. Bila kita bersenam sebenarnya sangat membantu kita mengeluarkan perasaan yang tak bagus.



Denda diri sendiri. If kau rindu sangat dekat dia dan tanpa kau sedar kau termesej dia. Kau hukum diri kau dengan mengaji satu juzuk takpun buat solat taubat 12 rakaat atau kemas satu rumah atau yang paling sakit sikit kau hukum diri kau buat squat 200  kali. Sumpah taknak mesej dah. Tapi kau kena patuhilah apa yang kau targetkan untuk hukum diri sendiri tu.

Cari kawan untuk meluahkan kesedihan. Yelah sebab manusia ni kekadang perlukan seseorang untuk support dia. Kalau aku sedih tak sampai sesaat all my girls akan tahu problem aku. So diorang akan nasihatkan aku bagi semangat semua. Sayang korang semua tau Muah ciked.

Ni antara step yang aku ada baca dalam buku dan dari pengalaman aku sendiri.


It's okay to fall in love again, but this time TAKE ALLAH WITH YOU.


Sebenarnya, kita nak bercinta boleh. Tapi sayangilah diri sendiri. Aku admit salah aku. Bila kesayangan taknak balas mesej aku or abaikan aku, aku tak makan nasi berhari hari. Aku tak tentu arah. 


Mungkin aku terlalu sayang  orang lain melebihi diri aku. So jangan tiru perangai tak elok aku. I need some time to change my bad habits.


Bagi yang nak bunuh diri sebab cinta ditolak, letakkan dalam hati kau bahawa orang yang bunuh diri ni NERAKA JAHANNAM lah tempatnya.


Aku selalu fikir nak bunuh diri masa kecik sebab mak aku selalu takde kat rumah. Aku fikir mak tak sayang dah aku sebab asyik busy je Tapi sebab aku tahu orang yang bunuh diri terus masuk neraka dan tak dapat keluar ke syurga jadi  aku tak berani. Lepas tu kan aku tak sanggup lemas bawah bantal, sakit kot nak cabut nyawa sendiri.


Yelah masa kecik, so childish. Damn!


Yang nak bunuh diri sebab pakwe ke, abang angkat ke, adik angkat or sesiapa sahaja letaklah satu kata kata ni,

"kau fikir dia kesah kau mati? siap datang makan free kenduri arwah kau kot"


So my last words. Sayangilah diri anda 90% dan orang lain 10%. Bila kau dilukakan kau jatuh sikit saje. Tak sempat nak tergolek pun sebab banyak lagi kekuatan yang ada dalam diri kita.


Dan jangan lupa Dia sentiasa ada samada waktu SUSAH dan SENANG. Tapi sikap manusia ni cari Allah masa susah sahaja. Masa senang cari Chris Brown takpun Ed Sheeran. 


Tam ! Kena atas kepala sendiri. So guys, jangan sedih sedih. Hiduplah beriman agar dirimu beroleh kemenanagan. 

No comments: