Nuffnang ads

Thursday 9 April 2015

the life of Kasturi Garnet

Okey next entri is Kasturi Garnet. Ataupun K E N T A N G.


Okey perkara yang paling aku ingat pasal budak ni keras kepala. Kekadang aku rasa nak sepak je dia sebab keras kepala sangat. Sebab dia tegas pendirian kot jadi apa apa yang kami cakap dia susah sikit nak terima. Sebab dia ada pendapat sendiri.

Dia selalu sudi dengar kisah aku yang tak seronok tu. Walaupun benda tu tak kelakar mana pun dia punya gelak alahai. 


Dia selalu marah kalau aku baca buku mengarut. Dia cakap aku tak bermoral tak senonoh lah macam macam kutukan dia. Last last dia cakap nak pinjam buku tu sebab dia terpengaruh dengan buku tu.

" Tiya, kalau kau jadi macam aku sebab buku tu kau jangan marahkan aku eheh"


Dia antara orang yang jadi mangsa bila aku nak test lipstik ataupun pemerah pipi. Sebab pipi dia senang nak applykan make up. Kami lah antara golongan yang pergi watson sebab nak try make up dan perfume free. 


Dia suka baca blog aku. Weh tiya kau bila nak bagi link blog kau. Aku penat dah dengar janji kau. Hii penipuuuu bila tah nak bagi.


Aku rasa sebab bosan kot dia selalu stalk blog aku. Cis rindu aku tapi taknak mengaku ye kentang. Tiya ni bijak. Sebab even dia tak study sangat pointer dia perghh tinggi. Macam orang yang selalu duduk dengan buku 24 jam.


Kalau dia badmood jangan pernah pergi tegur dia taupun kau akan menyesal seumur hidup. Kalau dia tengah tidur lagilah jangan pernah pergi kejutkan dia. Nanti kau akan kena marah kaw kaw.


Tiya ni suka betul tidur lepas asar. Weh tiya mak aku cakap kalau selalu tidur lepas asar hingga maghrib nanti suami kau ada gigi taring macam pontianak tau. Takpun kau akan bertukar jadi anak monyet.Hahaha. Mohon insaf selepas kau baca entri ni.


Aku harap dia dapat suami yang handsome baik dan tak keras kepala maca dia. Satu lagi hal tiya yang aku tak boleh blah ni ego dia. Jahanam betul dia punya ego sampaikan tembok besar china pun kalah. Hmmmphhhhh. Aku harap kita boleh sambung degree sesama jugak sebab aku taknak hilang kau. Aku tak puas lagi bermanja dengan kau. 

"tiya, bila kita leh gi MYNY nak usha abang hotsetap yang kita minat tu, nak jumpa last. Mana tahu tu jodoh"

Aku takkan puas nak hadap muka kau. Walaupun kita selalu jugak ada selisih paham, aku harap itulah yang akan buatkan kau ingat aku. Jangan pernah tak sayang aku tau. Haa jangan hilangkan gambar aku dengan kesayangan ataupun kau akan menyesal nanti tiya.

Bye.

No comments: