Nuffnang ads

Thursday 9 April 2015

the life of Jebat Sapphire

Tik tok tik tok.

Jam berdetik berlalu.


Tinggal beberapa hari lagi kami dekat UiTM di hatiku ni. Bumi Kuantan yang sangat seronok. Bumi Kuantan yang dicintai.


Okey aku akan mula buat entri pasal kehidupan kami sebagai budak law, sebagai pelajar UiTM. 


Sebab blog aku adalah tempat aku berkongsi sayang so apa yang aku cerita adalah berkisarkan kasih sayang sahaja. 


Okey, back to story . Tajuk entry adalah Jebat Sapphire. Sebagaimana yang semua orang tahu Jebat Sapphire ni kawan baik aku. Antara orang yang paling aku sayang.

Die seorang yang sangat pembersih. Even nak makan atas katil dia pun kena marah. Dia ada sehelai toto biru yang kami selalu buat tikar masa lepak ataupun buat kerja atas lantai. Haa nak makan atas toto tu pun dia tak bagi. Hmpphhhh. Pastu dia selalu insecure dengan kekotoran sekeliling dia. Aku bagi contoh yang senang je. Kalau aku sentuh muka dia takpun kiss pipi dia mesti dia lap balik. Dia takut naik jerawat if ada sesuatu melekat dekat muka dia. What a nonsense. Dan dia tak akan pergi tempat kotor. Sebab takut muka dia gatal. Kalau dia rasa tangan dia kotor mesti terus pergi basuh tangan. Selalu sangat basuh tangan. Kewajipan pergi mana mana basuh tangan dulu. Even tempat basuh tangan tu jauh.


Kalau aku pinjam baju dia mesti akan basuh baju tu sendiri. Sebab dia lah aku asingkan setiap jenis baju aku. Dulu aku tak senonoh sikit sebab campurka semua baju dalam satu baldi. Sekarang baju putih asing, tudung asing dan lain-lain. Mohon future husband tak baca perkara ni.



Perkara aku yang duduk perhatikan dia ni ialah sangat optimis. Penat sangat aku dengan dia. Apa apa yang berlaku mesti dia optimis. Even benda tu tak rasional sekalipun dia akan tetap fikir from the other side. Haih kami pernah buat confession dan antara perkara buruk pasal dia ialah terlalu optimis. Lol lawak. 


Seorang yang sangat baik. SANGAT. Aku tak tahu nak balas macam mana kebaikan dia dalam hidup aku. Selalu kejutkan aku solat subuh. Aku tak pernah jumpa pun kawan yang akan sabar kejutkan aku subuh tapi Bat adalah orang yang sabar. Dia memang jam kami. Dia baik sampai apa pun dia buat aku payah nak marah. Sekarang phone aku rosak. Pastu dia baik bagi aku pinjam handphone dia kalau aku nak berwhatsapp dengan someone. 

Perkara paling lawak pasal Bat adalah katak. Weh sumpah dia takut sangat dengan katak. Kalau cakap pasal katak tengah makan mesti dia merajuk. Dia cakap geli. Hari tu aku siap kena temankan dia mandi sebab ada bunyi katak dekat blok kami. 


Tak pandai share makanan. Aku tak tahu kenapa dia ada perangai ceni. Kalau kau nak makan dengan dia baik jangan share. Sebab dia terlalu teruja dengan makanan dan dia kan makan sepuasnya. Kadang-kadang bebudak ni selalu dajalkan dia dengan taknak share makanan dengan Bat. 


Suka sangat buat kerja pelik. Tengah study mesti ada idea nak buat video lah. Nak tangkap gambarlah. Tak pandai memasak sebab dia selalu duduk dengan nenek dia so nenek dia yang masak. Sekarang kalau dia rasa nak buat sesuatu dia dah pandai guna istilah "cita cita". *terpengaruh dengan aku la tu


Sangat sukakan red velvet Tapi dia ni demand sikit sebab nak yang secret receipe je. Yang lain dia cakap tak sedap.

Aku harap dia dapat sambung EPC dekat UiTM Shah Alam nanti. Aku harap kita dapat sambung degree sesama walaupun kau selalu tanya aku nak pergi spa tak kalau dapat. Aku harap cita cita aku nak duduk serumah kau tercapai Bat. Aku nak sangat jadi orang yang selalu masakkan makanan feveret kau. Nak tengok persepsi muka kau yang teruja tu. 


Dalam hidup kita, kita akan ada sebab kenapa kita masih kuat dan mampu senyum walau banyak kali jatuh. Kaulah antara sebab aku masih berdiri hari ni, 

Aku harap jugak plan kita nak pergi legoland bulan Ogos nanti tercapai. Doakan.


No comments: