Nuffnang ads

Thursday 12 March 2015

tell me the story ^_^

Assalamualaikum dan salam maghrib semua.

Sebab tengah bosan tuggu bebudak ni buat discussion dekat group whatsapp aku pun bukak blog. Cuba mencari ilham. 

Aku now kat rumah. Baru je balik. Entah hati ni meronta sangat nak balik rumah aku pun tak tahu sampaikan aku sanggup ponteng kelas. 

Apekah. Minat maaflah lecturer lecturerku. Saya ingatkan kalian ke Jengka. Jadi saya pun menyusun strategi bagaimana mahu pulang ke kampung.

Cis Asmaa dah muka pemalas macam muka biri biri tu buat alasan semua. Pergi mereput sekarang. Hahaha lol. Weh pernah tengok Marie had a little lamb tak. Jap jap aku pergi google gambar dia.

Takdelah gambar tapi aku screen capture marie punya video.


Tang taram taram taram. Nilah Marie. Weh sheep dia sumpah comel sangat. Nak bela seekor. Tapi kan. Lepas aku tengok gambar biribiri yang sebenar terus cancel nak beli.




Nah ni Encik biri-biri. Terasa geli. K nampak sangat aku jahat. Tapi itulah. Aku rasa yang Marie punye ni mesti baby biri biri.

Sebab aku cakap macam tu kerana......




Ya Tohan comel sangat. Pastu lepas Marie bela sampai besar dia pun bunuh biri-biri dia sebab dah tak comel. Hahahahaha k tu aku tipu. Takpun dia jual dekat then beli baby sheep yang baru. Sebab nak mengekalkan imej sexy baby sheep itu sendiri. Lol merepek apekah aku ni. 

Dah stop Asmaa merepek. Aku tengok video Marie had a little lamb ni sebab anak sedara aku lah suruh aku tengok. Punyalah aku tengok video sama setiap hari aku boleh kira dah bulu baby sheep Marie ni. Cis penipu! Okey okey aku siap hafal dah lagu dia. 

Tahu tak, masa aku dah beli tiket nak balik Terengganu tetiba petang tu Naim cakap yang sebenarnya Madam Syazrah ada je. Dia malas nak pergi Jengka. 

OO EM GEE. Aku dah beli tiket. Huwaa apekah. Dahlah minggu lepas aku ponteng dah kelas dia sebab pergi berseronok makan aiskrim pusing dekat ECM. Cis ni semua agenda semata mata. Okey aku ngan Noi terpaksalah ponteng kelas lagi sekali sebab balik. Dahlah minggu lepas tanpa rasa bersalah kami pergi makan aiskrim putar yang dekat Padini. Kalau sesiapa rasa nak makan aiskrim yang dia machine, pergilah kat sana. Mintak yang perisa jagung dan ada buah kiwi. Harga dia RM7.40 tak termasuk GST dan harge service.

Aku tak jumpa gambar yang betol tapi adalah lebih kurang. Imagina ade buah kiwi sekeliling dia dan dia dalam mangkuk. Bukan gelas tinggi ceni.


First time makan dengan Afiqah. Kitorang share sama rata. Tapi sebab kali ni makan dengan Bat dan Noi aku rasa tak puas hati. 

Kalau makan dengan Bat memang rasa nak tampar je muka dia sebab selalu makan lebih. Kalau aku share laicikang ngan dia kan sumpah dia hirup air laicikang tu banyak gila. Tapi takpelah Bat. Aku sayang kau. Muah ciked. Nanti aku rindu orang yang selalu pow makanan aku.

Haa tadi aku pergi sekolah adik aku. Mesyuarat PIBG. Tak menarik langsung. Takda yang handsome nak buat ngorat. Okey tampar muka sendiri . Emerald sedar diri kau tu dah 19. Diorang 17 dan mohon berpijak pada bumi yang nyata. *sakit jantung

Tapi sebab pergi sekolah yang semua bebudak aku rasa aku matang matured bergaya semua. Sebab kan dah masuk universiti. Tambahan lagi aku dah nak masuk degree bulan 9 ni. Cis padahal final pun belum lagi.

Hish mana Azizun ni. Aku ngan Noi dah berbincang dia je krik krik. Hish stress aku. Dahla esok dah kena hantar. Akibat bertangguh sangat camni lah jadinya.




Okey back to story. Aku cerita dekat my mommy pasal kes budak universiti aku yang keluar asrama sebab stress ape ntah dengan pakwe dia. Pastu parents dia datang Kuatan cari dia tapi dia takde. mak dia hampir pengsan tau dak. Aku still concern jugaklah pasal budak tu walau dia pernah fitnah aku. Sedih sobss. 

Dah nasib kau Emerald, selalu ada je manusia yang tak puas hati dengan kau walau kau tak usik hal diorang.

Dah sebab aku comel dan baik sangat. K tu aku tipu. 

Pastu aku tanya lah pendapat mak aku. Dia sedih tak kalau aku buat hal cenggitu.

Pastu jawapan mak aku tak boleh blah.

"Mak doa dia mati cepat-cepat. Tak guna hidup kalau menyusahkan mak bapak."

Aku terdiam sebab kasar sangat bunyinya. Mak pandang aku.

"Cuba fikir, kalau dia selalu susahkan mak dia lagi berdosa besar. Mak doa supaya Allah ambil dia dalam keadaan terindah. Mungkin semasa tidur takpun masa solat ke. Lagipun dia buat macam tu bukan sahaja susahkan parents dia tapi jugak orang sekeliling dia. Mak harap kalau ada anak mak macam tu mak doakan dia diambil Allah supaya tak banyak dosa dia buat. Allah akan ambil orang yang Dia sayang kerana Dia taknak lagi banyak dosa yang hamba Dia buat."

Mendalam tak. Hish terdiam aku. Mak baik sangat. Muah ciked.

 Tapi jauh di sudut hati, aku taknak dah mak aku nangis sebab aku. Cukuplah aku susahkan mak dengan nakal yang melampau ni. Aku taknak mak aku nangis sebab risaukan aku dan sebab aku derhaka. Tapi hati mak ni even kita rasa perbuatan kita biasa je. Tapi dia dah terasa. 

Contoh kalau dia suruh basuh pinggan dan kita jawab kejap lagi tu pun mak dah terasa. Lembut sangat hati mak ni. Mak,I'm sorry sebab tidur tadi tak dengar mak suruh sapu depan rumah. Penat sangat naik kereta tadi. 

Cakap dekat mak tadi. Rasa tenang balik rumah sebab tak payah fikir duit nak habiskan kalau nak makan. Makanan 24 jam ada. Dahla kat rumah selalu mak masak sotong. Kat UiTM takde sotong. Jahat!

Semalam lepas balik bukak tudung kuali nampak sotong goreng. Sangat terharu sebab instinct mak kuat sampai aku rasa nak makan sotong terus ada. 

Takde ape sangat pun nak cakap tapi thanks kepada yang selalu view blog ni. Walaupun isi dia tak menarik tak bermanfaat sangat dahla kekadang typo tapi aku nak ucapkan terima kasih jugak. Blog ni sebenarnya kawan aku. Tempat aku nak luahkan rasa sayang aku dekat kawan aku. Kadang kadang segan nak cakap depan-depan tapi dekat sinilah aku luahkan. Jadi jika rasa ada yang annoying dengan aku sebab perasan bajet diva dan semua hal yang tak senonoh di samping banyak merepek. Ni lah life aku. Semua yang jadi aku tak tipu. Jadi bila ada yang menyinggung hati sesiapa tanpa aku sedar maafkan aku. Aku tak sempurna,


Dah sekian.


No comments: