Nuffnang ads

Tuesday 4 August 2015

Relationship??




I'm back! Hai dan selamat petang rakan rakan sekalian.


Hari ni aku panas hati sedikit. Eh tak sedikit. Banyak. Sangat banyak hingga aku terpaksa pasang kipas paling maximum putarannya.



Pagi tadi aku tidur. Sebab semalam aku dah jemur baju. Dahla sebab halau kucing bergaduh pukul 4 pagi tadi aku hampir terbabas subuh. Okey ni salah aku sebab tak insaf insaf walaupun bunyi azan tepi telinga.Aku kalau terkejut sekali kena terus bangun kalau tak memang subuh gajah lah jadinya.


Pastu sebab tekanan emosi pasal result serapan yang akan diumumkan esok lusa dah aku tidur la. Yelah dari aku duduk merunsingkan diri baik aku tidur. Bila aku bangun abang aku dah makan nasi minyak aku. Dahlaa aku bangun lapar. Dia tahu tak aku lapar.


Okey aku badmood.


Then petang ni group ws pulak tengah cakap pasal move on, ignore, getback dan clash. Simpton -simpton yang biasa dalam relationship. Petang ni semua bebudak ni on duduk berdebat isu yang tak pernah habis. One of my girls ada masalah sikit and semua isu keluar.


Okey aku pon nak bagi lah komen dekat blog aku.


Aku pernah tweet dekat twitter aku senangnya cara nak move on. Aku pernah jatuh dan aku pernah jugak rasa sakitnya nak move on. I know the feeling. Aku tahu sakit and takes times.  Gila kau tak sakit aku manusia jugak. Tapi aku bahagia sebab dengan move on aku dapat balik apa yang aku hilang. No more tears and nightmares.


Memanglah aku cakap senang tapi in the real word payah nak mati. Tapi kalau kau tahu betapa pentingnya move on in a relationship tu kau akan bertegas nak move on dari hidup laa kau. Aku pun nak bahagia.


IGNORE.
Okey yang ni aku pantang sikit. Memanglah sometimes kita kena ada privacy ataupun ada time yang kita sibuk, kita badmood nak bersendirian semua tu. Tapi kalau busy sebanyak mana pun, at least text laa dulu. Cakap, "saya busy. nanti saya ws" Tapi janganlah kau cakap kau busy pastu kau duduk menggatal dengan  orang lain. Perasaan menunggu tu boleh membunuh tau.


Aku pun bercinta dulu. Aku dah alami semua tu. Dia pun faham kalau aku badmood dia try pujuk dulu, kalau aku berkeras nak alone baru dia biarkan je aku cool sendiri. Nanti aku cari gak dia balik. Nak share kan. It's normal thing dalam a relationship. Kena ada give and take.

Ada jugak some juniors yang terkejut aku dah clash dengan ex masa sekolah dulu. Cikgu kat sekolah ramai tahu pasal kami and aku pernah kena panggil dengan cikgu sebab nak suruh aku belajar dulu. Bercinta after school laa kan. Tapi darah muda taknak dengar apa cikgu cakap.


Bagi aku laa, kalau dah tak boleh nak go on dengan relationship tu, asyik air mata je. Asyik gaduh je. Baik putus. Dah tak boleh nak ada kepercayaan semua tu. If laa masa bercinta pun aku tak boleh nak respect dia dalam perkahwinan nanti lagi lah. So I chose to end everything walaupun kami dah masuk 2 tahun. At first susah jugaklaa. Walaupun aku kehilangan kawan baik teman istimewa tapi itu yang terbaik untuk kami. Mungkin kat sini sahaja.


Kau kena faham antara dah move on ataupun sekadar nak menyedapkan hati. Lain maknanya tu. Kalau kau still text dia, simpan conversation lagi, tak delete lagi gambar and still dengan air mata memalam duduk throwback macam orang gila tu bukan move on. Tu kau MEROYAN PASTU BERLAGAK OKEY.


Aku tak cakap dekat sesiapa. Aku cuba kaitkan dengan apa yang aku rasa. Aku tahu macam mana the pain. If kau nak bagi duit seribu pastu kau nak robekkan hati aku, MAAf cari orang lain lah. Aku tak sanggup.



GETBACK

Ni proses di mana kau nak berbaik balik dengan ex kau. Kalau kau betul sayangkan dia takpelah tapi ketahuilah. "Bunga gubahan kali kedua tidak akan secatik gubahan pertama"

Kalau dua dua belah pihak bagi commitment baiki kekurangan memasing apa salahnya kalau give another chance kan. Masing masing dah tahu kekuatan dan kekurangan masing masing. Apa yang salah semua pakat perbetulkan. Kekadang gigi tergigit jugak lidah. Bumi pun ditimpa hujan.


CLASH

Semua percintaan yang tak kekal akan mengalami perpisahan. Hubungan korang dah tak diselamatkan. Masa ni apa yang korang kena buat adalah reflect diri, fikir masak masak, ambil pengajaran dan semua yang berkaitan.


Kenapa lah lepas clash tak boleh jadi kawan? Kita berkawan laa pulak bercinta tak jadi, kita tak perlu lah jadi stranger sebab ego.


Ambil masa untuk kau bersendirian. Kau dah penat bercinta, penat dengan ragam take time untuk alone lah kejap. Tak mati pun kalau takde wish morning pepagi wish goodnite nak tidur. Masa tu lah kau akan diuji melihat betapa bahagianya orang bercinta. Aku pun camtulah.





Takpelah, akan ada jugak jodoh one day.Yang penting aku je laa kena rajin berdoa biar  dipertemukan dengan jodoh yang baik. InshaaAllah:))

No comments: