Nuffnang ads

Monday 29 September 2014

PERMULAAN BARU

Assalamualaikum .

Alhamdulillah selesai mengedit blog yang dah lama tak terusik. Sebenarnya banyak saya dah buang dari catatan yang lama. Setelah dibaca berulang kali termalu seorang diri dibuatnya menyedari bahawa betapa tidak matangnya seorang manusia bernama Asmaa.

Mungkin bagi orang yang dah terbiasa dan sedar akan kewujudan blog ini macam hairan .1

" esh kenapa sikit sangat pos?"
 "mana entry dulu?" .

persoalan saudara saudari saya jawab dengan senyuman. Saya telah memadam semua entry saya yang terlalu kebudakan dan tidak berapa mencapai tahap kematangan. Saya berharap agar kawan kawan saya yang mengenali saya memahami situasi ini. Saya juga membuat pengubahsuaian pada blog ini. Mungkin saya masih tidak menulis dengan seberapa rancak seperti dahulu namun saya akan berusaha memenuhi entry dengan pengalaman, cerita yang bermanfaat, kisah teladan dan artikel yang dapat menambah ilmu pengetahun.Dengan itu saya berharap saya dapat berkongsi banyak ilmu di sini di samping dapat menabung untuk saham akhirat.

salam perkenalan saya hulurkan sekali lagi di atas penghijrahan blog baru ini. Segaa kesulitan dan kekurangan diri harap dimaafkan. Sekian, wassalam :)

No comments: