Nuffnang ads

Thursday 18 June 2015

(Day 8)Single Woman 30-days Blogging Challenge



Ramadhan kareem guys!

Aku sihat. kau sihat? Mohon sihat sentiasa.



Five things that are most important to you in a future mate . Tet tet tet


yeayh tajuk favourite dah sampai.


Jahatnya ada tajuk favourite, hahaha sometimes laa ada jugak tajuk yang ada idea sikit.

Tadi kan aku duduk main tweet tweet dengan Bat. Aku post laa gambar impian aku nak kahwin macam mana kan. Pastu semua sibuk nak kahwin tema beach, Thehehe (siap kena perli)


Meh nak bagi pencerahan macam mana cita-cita aku.



Ni masa malam tu. majlis reception eh nama dia idc.


okey ni warna yang aku nak


after akad nikah. 


hai kami dah halal


malam makan malam bersama mentua dan keluarga


pengantin dah sampai


antara sebahagian majlis


ni bridesmaid aku


tempat kahwin

Ni Bat la punye pasal ! Hii mengarut semua orang.


Meleleh tak air liur? Hahahaha majlis ni ajak yang terdekat sahaja. Lepas tu kita sambung buat dekat kampung pulak okey. Takdak bajet nak tanggung flight satu kampung!


Ha ni yang aku goole. Imagine laa aku pakai gaun kahwin yang sopan. Hahaha

Okey berbalik kepada topik. Hmm lima ciri? Sepatutnya 100 la ciri kan. Takpelah nanti post lain pulak. hahaha


Yang pertama mestilah:


Taat kepada Allah dan Rasulnya.


Cukuplah mampu jadi imam solat keluarga kami. Mampu bacakan tahlil. Aku suka sangat dekat abang ipar aku. Masa majlis dekat rumah kitorang tak perlu jemput imam masjid pun abang ipar aku dah ada.

Abang aku pun sama. Kalau dia mengaji surah Al-Waqiah pepagi nak menitis air mata iolls. Sedap dan gemersik sangat suara dia. Hahaha

Semalam aku borak dengan Bat. Sebagaimana yang sedia maklum, segala impian aku akan dikongsikan bersama Bat. So aku cerita la dekat dia pasal aku ternampak a guy tengah mengaji, muka dia dahla dipenuhi nur orang jaga solat. kau tahu Bat cakap apa? Hahaha


"Moga bakal suami juga begitu"


Deep tak! Dulu pernah ada orang ask dekat ask fm aku, cemana nak calon suami. (siapa tah yang tanya lol)


Okey, bagi aku. Aku nak yang jaga solat puasa taat ibubapa (jangan melebih taat sampai tak betul) dan paling penting pandai mengaji. Sebab aku nak berlatih tilawah dengan dia. Pastu kalau mengaji dia boleh betulkan makhraj sebutan huruf dan tajwid aku. Ecece asmaa kemain.

Cukup solat dia. Siapa solat lambat dia kena masak. Haa begitulah baitul sakinah.

Hormat parents dia. Ada satu quote ni . kalau lelaki itu taat akan ibubapanya makan dia akan menjaga dirimu dengan baik.


Okey kedua :

pandai masak dan kemas rumah plus pandai uruskan anak dan diri sendiri.


Aku adalah anak dara zaman moden. Walaupun aku pandai kemas rumah ( puji diri sendiri tak percaya sila tanya family aku) tapi aku ni nak jugaklah kerja. Hidup zaman moden memerlukan kewangan yang kukuh. If laa aku kerja sampai malam siapa nak tolong kemas rumah. Aku tak naklah harapkan bibik. Itulah sepatutya suami isteri saling membantu. Aku masak dia kemas dapur. Aku basuh baju dia jemurkan. Aku kemas ruang tamu dia kemas bilik tidur. Muah sikit!


Lagipun perempuan ni ada jugaklah hari dia badmood and taknak turun pun dari katil. So pepandailah ye. (weh agaknya kalau orang baca tak jadi buat isteri).

Sometimes aku busy, aku harap dia pandai lah iron baju sendiri. Kan? Haa bagus!

Ketiga:

mampu hidup berkeluarga

Aku rasa aku kena cari calon yang empat lima tahun tua dari aku. Yang lagi matang dari aku. Sebab aku rasa aku terlalu sukar untuk dijaga, Time aku badmood lagi lagi lah kan.

Suami aku mestilah kukuh kewangan. Aku tak kisah sangat tua mana dia ni (maximum 7 years) tapi before kahwin mestilah dah bekerja. At least ada rumah tak kisah la rumah sewa ataupun tak habis bayar lagi pun. Tapi boleh sara keluarga kami.

Keempat:

tak main games


Aku rasa ni payah sikit. Tapi kalau aku sabar mesti aku akan betul betul jumpa one day. Aku dahla tak suka main games pastu kalau suami suka main games susah laa aku. Mesti dia akan main games je zzzzzz. Baik dia kahwin dengan game. Aku nak suami yang suka membaca. Takpun suka melancong ke suka shopping ke. Lagi seronok. Aku harap la bakal suami bukan kaki bola. Please laa awak jadi yang ganjil.


Nanti bola ada dekat tv, aku tahu dah dia akan buat hal sendiri je. Uish rimas!


Kelima:

 pandai masak


Selalu watak dalam cerita korea lelaki dia pandai masak.

"Awak, saya harap awak pandai masak okey. Nanti kita buat jadual memasak. Kita plan menu kita apa. "



Awak nampak handsome sangat bila pakai apron.


Bila mesti orang akan cakap. Tinggi gila taste kau. Tapi tak salah berharap. Nanti makbul kang korang jugak yang meroyan. So, behave sikit.

Tolong aminkan impian aku ni haa.

If laa sesiapa yang ada ciri ciri ni sila jumpa parents aku as soon as possible. Kita bincang bahahahaha.


Takpa muka tak handsome asalkan awak mampu bawak saya ke syurga.

Kalau muka awak tenang tu adalah bonus. Saya ulang takpa tak handsome asalkan boleh bawak saya ke syurga.

Bai.

No comments: