Nuffnang ads

Thursday, 9 April 2015

The life of Lekir Amethyst

Nama diberi toi . Nasib tak jadi tomyam.


Hidup Toi ni macam lifeless gila sebab masa dia banyak dengan headphone merah dia tu je. Aku rasa kami macam katak yang melalak gila bila panggil dia. Sumpah kami macam orang gila. Lagu yang dia pasang pun kami boleh dengar. Wei Toi volume kuat tu tak pecah anak telinga ke?

Aku suka sangat kalau dia cakap "leggo nana". Kami selalu play the part leggo nana sampai Bat dengan Noi menyampah.


Haa toi si hotsetap WeChat. Dia suka sangat selfie sampai memory phone dia penuh dengan selfie je. Kalau dia pergi mana mana mesti ada je mamat wechat tegur dia. Terasa macam dia retis pulak sebab pergi mana mana ada orang kenal. Rajin betul Toi duduk melayan chat chat. Kalau aku hai memang tak akan. Tapi Toi bahagia. 

Sejak 2 3 hari ni Toi duduk dilamun cinta. Aku pun penat tengok dia bila si dia tak mesej sebab busy dengan exam. Handsome jugaklah mamat tu. Toi, nanti kahwin ngan Pareez jangan lupa jemput aku. Aku nak pegang gaun kahwin mu nanti. 



Aku sedih sikit sebab course degree yang Toi pilih tu terpisah dari kami semua. Kami semua ambik bahasa tapi dia je yang ambik science admin. Kami mungkin dekat Shah Alam tapi Toi dekat Seremban. Sedih sikit. Tapi nasib aku dengan dia duduk Terengganu so tak ada masalah la bila nak lepak sekali.


Takpe Toi, nanti kami pergi melawat mu hokey.



Aku dah boleh hafal baju Toi setiap hari. Baju Toi banyak warna merah. Handphone dia pun warna merah. Suka benor warna merah.


Toi. aku harap mu bahagia dengan pilihanmu. Haa jangan nangis seorang. Sebab aku tak suka. Pastu kalau ada masalh tell me anytime. love you sayang. Aummmmm aummm


the life of Kasturi Garnet

Okey next entri is Kasturi Garnet. Ataupun K E N T A N G.


Okey perkara yang paling aku ingat pasal budak ni keras kepala. Kekadang aku rasa nak sepak je dia sebab keras kepala sangat. Sebab dia tegas pendirian kot jadi apa apa yang kami cakap dia susah sikit nak terima. Sebab dia ada pendapat sendiri.

Dia selalu sudi dengar kisah aku yang tak seronok tu. Walaupun benda tu tak kelakar mana pun dia punya gelak alahai. 


Dia selalu marah kalau aku baca buku mengarut. Dia cakap aku tak bermoral tak senonoh lah macam macam kutukan dia. Last last dia cakap nak pinjam buku tu sebab dia terpengaruh dengan buku tu.

" Tiya, kalau kau jadi macam aku sebab buku tu kau jangan marahkan aku eheh"


Dia antara orang yang jadi mangsa bila aku nak test lipstik ataupun pemerah pipi. Sebab pipi dia senang nak applykan make up. Kami lah antara golongan yang pergi watson sebab nak try make up dan perfume free. 


Dia suka baca blog aku. Weh tiya kau bila nak bagi link blog kau. Aku penat dah dengar janji kau. Hii penipuuuu bila tah nak bagi.


Aku rasa sebab bosan kot dia selalu stalk blog aku. Cis rindu aku tapi taknak mengaku ye kentang. Tiya ni bijak. Sebab even dia tak study sangat pointer dia perghh tinggi. Macam orang yang selalu duduk dengan buku 24 jam.


Kalau dia badmood jangan pernah pergi tegur dia taupun kau akan menyesal seumur hidup. Kalau dia tengah tidur lagilah jangan pernah pergi kejutkan dia. Nanti kau akan kena marah kaw kaw.


Tiya ni suka betul tidur lepas asar. Weh tiya mak aku cakap kalau selalu tidur lepas asar hingga maghrib nanti suami kau ada gigi taring macam pontianak tau. Takpun kau akan bertukar jadi anak monyet.Hahaha. Mohon insaf selepas kau baca entri ni.


Aku harap dia dapat suami yang handsome baik dan tak keras kepala maca dia. Satu lagi hal tiya yang aku tak boleh blah ni ego dia. Jahanam betul dia punya ego sampaikan tembok besar china pun kalah. Hmmmphhhhh. Aku harap kita boleh sambung degree sesama jugak sebab aku taknak hilang kau. Aku tak puas lagi bermanja dengan kau. 

"tiya, bila kita leh gi MYNY nak usha abang hotsetap yang kita minat tu, nak jumpa last. Mana tahu tu jodoh"

Aku takkan puas nak hadap muka kau. Walaupun kita selalu jugak ada selisih paham, aku harap itulah yang akan buatkan kau ingat aku. Jangan pernah tak sayang aku tau. Haa jangan hilangkan gambar aku dengan kesayangan ataupun kau akan menyesal nanti tiya.

Bye.

the life of Jebat Sapphire

Tik tok tik tok.

Jam berdetik berlalu.


Tinggal beberapa hari lagi kami dekat UiTM di hatiku ni. Bumi Kuantan yang sangat seronok. Bumi Kuantan yang dicintai.


Okey aku akan mula buat entri pasal kehidupan kami sebagai budak law, sebagai pelajar UiTM. 


Sebab blog aku adalah tempat aku berkongsi sayang so apa yang aku cerita adalah berkisarkan kasih sayang sahaja. 


Okey, back to story . Tajuk entry adalah Jebat Sapphire. Sebagaimana yang semua orang tahu Jebat Sapphire ni kawan baik aku. Antara orang yang paling aku sayang.

Die seorang yang sangat pembersih. Even nak makan atas katil dia pun kena marah. Dia ada sehelai toto biru yang kami selalu buat tikar masa lepak ataupun buat kerja atas lantai. Haa nak makan atas toto tu pun dia tak bagi. Hmpphhhh. Pastu dia selalu insecure dengan kekotoran sekeliling dia. Aku bagi contoh yang senang je. Kalau aku sentuh muka dia takpun kiss pipi dia mesti dia lap balik. Dia takut naik jerawat if ada sesuatu melekat dekat muka dia. What a nonsense. Dan dia tak akan pergi tempat kotor. Sebab takut muka dia gatal. Kalau dia rasa tangan dia kotor mesti terus pergi basuh tangan. Selalu sangat basuh tangan. Kewajipan pergi mana mana basuh tangan dulu. Even tempat basuh tangan tu jauh.


Kalau aku pinjam baju dia mesti akan basuh baju tu sendiri. Sebab dia lah aku asingkan setiap jenis baju aku. Dulu aku tak senonoh sikit sebab campurka semua baju dalam satu baldi. Sekarang baju putih asing, tudung asing dan lain-lain. Mohon future husband tak baca perkara ni.



Perkara aku yang duduk perhatikan dia ni ialah sangat optimis. Penat sangat aku dengan dia. Apa apa yang berlaku mesti dia optimis. Even benda tu tak rasional sekalipun dia akan tetap fikir from the other side. Haih kami pernah buat confession dan antara perkara buruk pasal dia ialah terlalu optimis. Lol lawak. 


Seorang yang sangat baik. SANGAT. Aku tak tahu nak balas macam mana kebaikan dia dalam hidup aku. Selalu kejutkan aku solat subuh. Aku tak pernah jumpa pun kawan yang akan sabar kejutkan aku subuh tapi Bat adalah orang yang sabar. Dia memang jam kami. Dia baik sampai apa pun dia buat aku payah nak marah. Sekarang phone aku rosak. Pastu dia baik bagi aku pinjam handphone dia kalau aku nak berwhatsapp dengan someone. 

Perkara paling lawak pasal Bat adalah katak. Weh sumpah dia takut sangat dengan katak. Kalau cakap pasal katak tengah makan mesti dia merajuk. Dia cakap geli. Hari tu aku siap kena temankan dia mandi sebab ada bunyi katak dekat blok kami. 


Tak pandai share makanan. Aku tak tahu kenapa dia ada perangai ceni. Kalau kau nak makan dengan dia baik jangan share. Sebab dia terlalu teruja dengan makanan dan dia kan makan sepuasnya. Kadang-kadang bebudak ni selalu dajalkan dia dengan taknak share makanan dengan Bat. 


Suka sangat buat kerja pelik. Tengah study mesti ada idea nak buat video lah. Nak tangkap gambarlah. Tak pandai memasak sebab dia selalu duduk dengan nenek dia so nenek dia yang masak. Sekarang kalau dia rasa nak buat sesuatu dia dah pandai guna istilah "cita cita". *terpengaruh dengan aku la tu


Sangat sukakan red velvet Tapi dia ni demand sikit sebab nak yang secret receipe je. Yang lain dia cakap tak sedap.

Aku harap dia dapat sambung EPC dekat UiTM Shah Alam nanti. Aku harap kita dapat sambung degree sesama walaupun kau selalu tanya aku nak pergi spa tak kalau dapat. Aku harap cita cita aku nak duduk serumah kau tercapai Bat. Aku nak sangat jadi orang yang selalu masakkan makanan feveret kau. Nak tengok persepsi muka kau yang teruja tu. 


Dalam hidup kita, kita akan ada sebab kenapa kita masih kuat dan mampu senyum walau banyak kali jatuh. Kaulah antara sebab aku masih berdiri hari ni, 

Aku harap jugak plan kita nak pergi legoland bulan Ogos nanti tercapai. Doakan.