Nuffnang ads

Thursday, 4 August 2016

HIM




Hai semua. Aku tetiba gigih nak update blog malam malam macam ni sebab baru lepas skrol timeline Bujibu (seekor kucing milik Hanis Zalikha dan Hairul Azreen).


Nilah Bujibu demok demok. Sumpah comel gila rasa nak pijak pijak sebab geram. Kalau kalian ada follow twitter or insta die memang terhibur.

Ada satu malam tu aku tak tidur sebab skrol TL Bujibu ni. K k k.


Okay tetiba aku nak cerita kisah aku dan kucing aku.


Aku bela kucing tu since dari umur darjah empat kot.

Kucing aku nama Choki Halimunan Santa.


WEH THE HECK NAMA KUCING AKU NAMPAK PELIK GILAAA!!

Choki- nama panggilan

Halimunan- sebab selalu hilang

Santa- sebab penuh keajaiban


Ayah aku selalu panggil die Choka. okey whatever ayah.


One day ade orang buang nenek Choki ni depan rumah aku.Lepas tu nenek die tu lahirkan mak dia dan akhirnya mak dia pun melahirkan anak seramai 4 ekor. Weh aku ingat lagi.


Mak aku benci kucing yang kecik-kecik tau. Dia geli katanya. So kami letak kotak kat luar rumah dan letak Choki dan adik beradiknya dalam kotak tu.


Pada suatu malam, nampak seekor kelibat hitam dan datang memakan adik beradik dia. Weh sedih gilaa aku dengar bunyi emak Choki cari anak anak dia yang hilang dibaham oleh bapak kucing yang durjana itu. Mak Choki nami Chiko okay. Nenek die nama Chiki. The hell. Aku yang bagi nama semua kucing aku.


Masa Choki lahir adik beradik die semua warna putih bertompok hitam. Choki je lain sebab warna coklat macam warne tikus. Aku google jap.



Ha macam nilah kucing aku. Beza die ekor die pendek dan bersimpul.

LOL


Comel kan kucing aku. Yes I know.


Okay Choki je terselamat sebab malam tu aku tak tidur sebab baca novel. Aku dengar bunyi Choki tu mengiau kuat gila. Tahu tak?? Bapak kucing dah gigit Choki dekat mulut dia.


Aku panggil kakak aku dan kami pakat kejar. Thanks God kami berjaya selamatkan Choki. Sebab malam tu aku emo aku teremosi dengan emak aku. Aku cakap dekat Mak biarlah Mak nak halau Semat keluar rumah pun Semat nak letak anak kucing ni dalam rumah.


Weh lawak sia.


Lepas tu mak aku diamkan je. Sebab 3 ekor dah mati . Nangis!!


Aku bela dia bagi minum susu semua. Nenek Choki mase tu lahirkan baby baru. Nama dia Putih. Lepas tu Putih kena jangkitan kuman dan mati. Sedihnya.


Maka tinggallah Choki seeokor diri di rumah kami sebagai anak tunggal.


Choki ni baik tau. Tak buang najis merata. Pembunuh tikus dan cicak yang tegar. Tak kencing merata.


Boleh dikatakan Choki ni baik sangat.


Setiap malam aku dan adik aku akan berebut nak tidur dengan Choki. Aku suka letak Choki atas perut lol.


Aku tahu Choki tidur selepas punyi purr hilang.


Tahu tak apa bunyi purr?  Bunyi kucinglah. Vibration.

Sebab kami selalu gaduh sebab nak tidur dengan Choki akhirnya Choki serabut. Selepas dia tengok aku tidur dengan lena maka Choki pun akan menyelinap masuk ke dalam bilik nenek aku.


Dia akan tidur kat situ.


Aman kot. Nenek akan marah kami kalau kami bising takpun sebab nak ambik Choki.


Setiap kali menyapu sampah, banyak betul dugaannya. Choki ni menikus nak mati. Dia akan datang gigit bulu penyapu sebab geram tengok penyapu bergerak. Haritu dia gigit kaki abang aku sebab abang aku pakai seluar track yang berbunyi seh seh seh tu. LOL


Ha Choki ni selalu terlekat dekat kerusi sebab ekor dia macam  cangkuk tau. Sila rujuk gambar di bawah.



Setiap  kali aku panggi Ucimak (baca: kucing mak) mesti tak sampai seminit mesti Choki akan datang berlari-lari dekat aku.

"Ucimak mana? Ucimaaaakkk!! Choki chokaa !!" - cara aku panggil kucing aku.
Choki sangatlah comel.


Nak dijadikan cerita, suatu malam mak aku suruh keluarkan Choki dari rumah sebab tak hujan. Choki masuk balik dalam bilik lepas aku keluarkan dia. Sebab mak aku suruh bising dah semua. Aku pun penuh ketaatan keluarkan balik.


Keesokannya Choki hilang!!


Nenek cakap Choki kena gigit dengan ular. Masa tu awal tahun darjah enam. Aku cari dia dalam semak semua tiga hari.

Sebab nenek tak sanggup menipu aku yang kononnya mungkin Choki terjatuh dalam perigi buta yang dekat hutan tu akhirnya nenek bagitahu yang ayah yang langgar dia pagi tu dengan kereta. Weh sedih nak mati. Aku nangis suruh abang aku tunjuk kat mana tempat Choki ditanam (baca: kubur Choki).


Aku ingat lagi kakak aku menangis. Choki tu kucing dia sebenarnya. Dia yang cop nak bela sebab dia cakap Choki comel.


Jadi setiap pagi Jumaat aku akan ke kubur Choki tanya dia apa khabar dan cerita macam macam. Comel kan aku? LOL. Rumah aku kan dekat pinggiran hutan jadi banyaklah pokok pokok hutan yang berbunga cantik. Aku akan petik bunga tu semua dan letak dekat kubur Choki.


Faham tak aku terpengaruh dengan cerita. LOL


Aku siap janji atas nama kubur Choki aku akan dapatkan 5A setiap kali peperiksaan. Setiap kali sehari sebelum nak exam aku akan pergi ke kubur Choki.

Aku akan cakap "Esok ucima nak exam." LOL


Masa dapat 5A UPSR aku bisik, "Choki mak berjaya dah". Peh lawak sia.


Aku berhenti jenguk kubur Choki sebab masuk asrama. Dan aku tahu yang sia-sia je benda aku buat.

Aku selalu doa nak masuk syurga degan Choki tau. Sampailah sekarang aku selalu doa macam tu. Aku masih menyesal keluarkan dia malam tu. Kalau tak... hmm

Aku takde gambar Choki sebab semua gambar Choki dalam PC yang punah tu. Sekian.


okay done bercerita. Happy weekend guys! take care ^_^