Nuffnang ads

Thursday, 2 June 2016

kau dan aku terlalu berbeza




Hai dan selamat pagi.
Sekarang dah pukul 2 pagi dan aku tak tidur lagi. Sebab banyak sangat benda yang aku fikir. Pasal persahabatan, pasal percintaan, keluarga dan masalah kerja yang tak pernah siap.

Sebenarnya apa yang aku nak dalam hidup aku??? Kenapa nikmat bahagia yang aku rasa dulu dah semakin hilang? Kenapa aku rasa aku seorang diri? Perasaan ni aku pernah rasa masa aku tingkatan 3. Seminggu sebelum PMR. Aku rasa kena macam kena tikam belakang. Dengan semua orang.

Malam ni perasaan tu datang lagi. Aku rasa macam tak tahu nak gambarkan perasaan aku macam mana. Bila mana aku percaya dekat seseorang dan sayang dia dan dia hancurkan kepercayaan aku.
Wei tak kelakar. Putus cinta pon tak sakit macam ni.

Aku ada teka-teki.
Tahu tak apa yang paling sakit dalam bersahabat?

Kau sayang dia tapi dia buat kau macam sampah.

Tulah perasaan aku malam ni. Aku tak pernah buat kau macam ni tahu tak. Dalam setiap perkara yang kau buat, salah kau ke. Aku letakkan diri aku dalam situasi kau, cuba faham situasi kau macam mana, kalau kau salah aku tegur aku cakap. Apa yang tak kena aku cuba perbetulkan. Salah kau aku tak kutuk belakang, aku tak pergi hina kau depan kawan aku yang lain. Aku pergi mesej kau, tanya apa yang tak kena. Tapi kau??? Apa yang kau rasa tak kena depan mata kau, kau perlekehkan aku.


Okeylah. Aku boleh terima kau cakap kau sibuk kau tak sempat nak tanya khabar aku. Tapi janganlah kau buang masa kau dengan hinaan kau. Wei serius aku rasa terhina gila malam ni.

Kecewa pon ade. Kau kata kau sayang aku, tapi kau buat aku macam ni? Kau kata aku kawan kau? Tapi apa yang kau buat ni salah.

Aku tak mampu nak mesej kau. Aku kecewa gila. Hati aku hancur. Aku ingat bila kumpulan kawan yang kecil aku takkan ade kesedihan sebab kawan. Harini kau buktikan sejauh mana aku sayang orang tu, orang tu takkan sayang kau sama seperti mana kau sayang dia.

TAHNIAH!

Kau berjaya buat aku menangis. Kau berjaya sakitkan hati aku. Kau berjaya buktikan dekat aku bahawa kawan sejati tu memang tak wujud. Tahniah!

Tapi aku tak pernah salahkan kau. Mungkin aku melampau. Mungkin silap aku yang kau pernah cakap tapi aku tak endah. Mungkin aku pernah goreskan hati kau.

Aku tak minat nak dengar ucapan maaf kau lagi setakat ni. Bodoh! Nak buat apa harapkan maaf kau, kau tak salah. Aku yang bodoh percayakan kau. Aku yang silap letak harga persahabatan kita tinggi dari segalanya.

Aku selalu bangga dengan persahabatan kita. Tapi hari ni aku kalah.



Buat masa ni, jangan cari aku. Aku tak layak untuk kau mesej. Aku tak layak dipanggil kawan kau. Mungkin betul, aku tak jaga maruah aku mana layak nak berkawan dengan orang malaikat seperti kau. Terima kasih. 

No comments: